Wednesday, October 26, 2011

Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil

 

"Untuk makluman bilangan gadis2 melahirkan anak diluar nikah di sekolah harapan melaka ini adalah lebih ramai berasal dari kelantan berbanding dengan melaka sendiri"

Statement ni ada bukti ke x de..? boleh keluarkan statistik sah jumlah pelajar & dari mana merekea2 ini..? Kalau tak betul kenyataan tu dah dikira fitnah...Fitnah ni dosanya lebh besar dari buang bayi.

2011/10/19 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
 

Hahahahahahah...pandai pakcik cadang nama yang sedap didengar. So kalau pakcik ada anak buah atau sedara mara yang menghadapi masalah termengandung, jangan lupa bawa ke sekolah ini. Jangan pula anak yang lahir dikelar atau dibuang merata2. Ibu yang mengandung haram tu eloklah diserahkan kepada TGNA untuk diputuskan apa nak dibuat dengannya.

2011/10/17 para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
 

Betul. hantarlah remaja-remaja perempuan yang telah melakukan zina itu ke Sekolah Harapan di Melaka itu. Sekolah itu juga dikenali sebagai "SIHARAM" (Sekolah Ibu Hamil Ali Rustam Melaka).
 
para_jump101

--- On Sun, 10/16/11, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>

Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, October 16, 2011, 8:46 PM

 
Benar. Fikir-fikirkanlah. Nak buang anak merata2 dalam tong sampah, dalam sungai, perigi buta, tandas, tangk air, semak samun atau di rumah sekolah harapan seperti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri melaka?

Setakat ini sekolah harapan telah berjaya menyelamatkan bayi dari dibuang merata2. Anak gadis yang bersalin di sana mendapat didikan asas agama, kaunseling dan akhirnya diterima oleh keluarga dengan baik, bahkan anak2 yang dilahirkan juga telah diambil oleh keluarga sendiri. Bukankah ini suatu kejayaan yang dapat menutup maruah keluarga islam? Soal menggalakkan lagi perbuatan zina tidak timbul kerana tanpa sekolah harapan ini pun kejadian zina telah berlaku  sekian lama, bukan sahaja melibatkan gadis islam biasa, bahkan juga gadis2 islam yang sedang menuntut di sekolah2 agama!!!!!. Untuk makluman bilangan gadis2 melahirkan anak diluar nikah di sekolah harapan melaka ini adalah lebih ramai berasal dari kelantan berbanding dengan melaka sendiri!!!!!! Apa cerita?

2011/10/16 <wealthkeepcoming@yahoo.com>
 
Kena tengok sudut lain juga.. Ke mana arah tujuan mereka bila dah mengandung begitu??kena Mak bapak yg halau mereka keluar.. Arah mana??
Dah terlanjur, mengandung.. Memang kena ada tempat.. Dr dibiar diluar bersendirian.. Terjebak dlm dunia pelacuran.. Anak2 remaja ni perlu bimbingan, bantuan.. Moga dgn adanya asrama ini dgn tenaga pengajar dpt membimbing mereka ke jalan lurus..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Umie Addy <umieaddy@yahoo.com>
Date: Mon, 15 Aug 2011 22:01:53 -0700 (PDT)
Subject: RG2011... Asrama untuk gadis hamil

 

Renungkanlah...ianya seperti menggalakkan lagi gadis-gadis ni semua galak melakukan maksiat sehingga terlahirnya anak-anak luar nikah seperti di negara2 Yahudi..akhirnya bumi Malaysia ini akan penuh dengan maksiat yang tiada penghujungnya...Kesian pada anak2 yang bakal lahir berstatuskan anak haram..

 

Asrama baharu untuk gadis hamil

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

SEKOLAH Harapan di Melaka ketika ini hanya mampu menempatkan 30 orang remaja hamil luar nikah pada satu-satu masa.


JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.
"Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.
"Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka," katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.
Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.
"Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing," katanya.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment