Thursday, October 13, 2011

Re: RG2011... BUDGET 2012: PENJELASAN MENGENAI SAR

 

kerajaan UMNO tak pernah salahguna kuasa..... hanya PAS aje yg salah guna kuasa..... dulu aku belajar kat SAR ... tp tak pernah plak disebut pasal PAS ke UMNO ......
SAR dianak tirikan kerana kerajaan bacul dgn tekanan Amerika......

Pengilang bekal beras skim al It'aam diugut
| Print |
Salmah Mat Husain   

KOTA BHARU, 13 Okt: Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dianggap semakin pudar, apabila diskriminasi politik masih menebal.

Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan menyingkir parti itu pada 1990 belum berpenghujung kerana deraan politik masih lagi subur dalam diari politik Umno.

Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras yang membekalkan beras skim al It'aam untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.

Skim berkenaan mulai diperkenalkan kerajaan negeri bermula Febuari lalu, di mana seramai 8,100 penduduk miskin yang disenaraikan di bawah senarai e-Tegar mendapat bantuan beras percuma 10 kg sebulan.

Bantuan beras percuma pada peringkat awal diperkenalkan Dun Wakaf Bharu tahun lepas, di mana seramai 225 penduduk miskin mendapat sumbangan Adun kawasan itu, Che Abdullah Mat Nawi.

Malangnya selepas 10 bulan skim itu berjalan lancar, Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan mendedahkan pemilik kilang dan pembekal beras percuma pula diugut.

"Saya difahamkan pembekal beras kepada skim al It'aam diberi amaran agar tidak ikut serta menjayakan program berkenaan," katanya di sini.

Menurut sumber pengilang dan pembekal beras yang terbabit skim al It'aam diugut akan ditarik lesen sekiranya terus memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.


On Tue, Oct 11, 2011 at 10:05 AM, junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:
 

 

Monday, October 10th, 2011 | Posted by
BUDGET 2012: PENJELASAN MENGENAI SAR

Bila PAS mula buka mulut, ketahuilah oleh pembaca semua yang 90% daripada sebab dia buka mulut ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan diri mereka lebih Islam dari yang lain.  Banyak yang berubah, termasuk dari segi dasar perjuangan tapi konsep propaganda PAS yang satu ini masih tidak berubah, skema macam itu juga.

Bukanlah dia kisah benar dengan isu yang disensasikan itu.  Yang penulis maksudkan ialah kecaman PAS ke atas Bajet 2012 sebab ketiadaan peruntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat.

Tak ke pelik? Dikala berjuta rakyat Malaysia sibuk bercerita di kedai kopi, laman sosial, laman sembang dan sebagainya mengenai pelbagai faedah yang diberikan kerajaan kepada rakyat dalam bajet 2012, PAS memilih untuk mensensasikan isu peruntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sebab itu penulis kata PAS bukan lagi untuk semua rakyat Malaysia, mereka sudah kembali menjadi milik eksklusif orang Islam saja.  Sementara pengurusan PAS ke atas orang Islam tidaklah sebaik mana, mereka sudah semakin hilang sokongan dari orang bukan Islam yang dulunya percaya PAS sudah berubah daripada radikal Islam kepada PAS For All.

Baiklah, kembali kepada isu SAR ini tadi.

Sebelum kita mula mengutuk atau menyokong soal ketiadaan peruntukkan kepada SAR, elok kita faham dari mana dan macam mana SAR boleh menerima peruntukkan dari kerajaan.  Secara dasarnya SAR adalah sekolah agama persendirian, bukan dimiliki oleh kerajaan.  Guru dan pengurusan mereka adalah dibawah pentadbir yang mereka adakan sendiri.

Kerana Sekolah kebangsaan tidak boleh menumpukan pembelajaran kepada agama Islam semata-mata, maka SAR ini mendapat perhatian ibu bapa yang menjadikannya sebagai tambahan kepada aliran sekolah kebangsaan sedia ada.

Atas kerana hebatnya sambutan orang ramai ke atas SAR ini, maka ramai lagi pengusaha yang melihat SAR bukan setakat medium pendidikkan malah sudah bertukar menjadi medium keuntungan.  Akibat terlalu asyik mengejar keuntungan, nasib dan kualiti pelajaran semakin lama semakin berkurangan dan hampir mencapai tahap tidak berkualiti.

Disinilah timbul desakan agar kerajaan membantu institusi ini dari segi kewangan terutamanya bagi memberi peluang kepada anak-anak mendalami ajaran agama Islam dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan aliran sekolah kebangsaan.

Oleh itu, proses kawal selia dan peruntukkan  SAR ini diletakkan dibawah Majlis Agama Islam negeri-negeri, bukan peringkat persekutuan.  Bila peruntukkan bukan dari persekutuan, maka itu tidak perlu disebut dalam pembentangan bajet nasional.

Soal SAR ini bukan baru ya tuan puan.  Kali terakhir ia menjadi sensasi ketika Tun Dr Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri lagi apabila kerajaan menarik balik bantuan kepada SAR kerana ia telah disalah guna PAS untuk memperkasakan partinya dengan wang rakyat!!!!

Tapi kecenderungan memahami separuh fakta telah menyebabkan sebilangan rakyat tidak melihat isu ini dari sudut yang diatas sebaliknya dari sudut kerajaan menekan pengembangan agama Islam dikalangan kanak-kanak melalui sekatan ke atas peruntukkan kerajaan kepada SAR.

Pendeknya beginilah, peruntukkan untuk sekolah agama bantuan penuh kerajaan, sekolah mubaligh dan sebagainya berada dibawah Kementerian Pelajaran, maka itu bajet mengenainya disebut dalam pembentangan bajet 2012.  Kalau pun dulu-dulu ia disebut dalam pembentangan Bajet nasional sebab seperti dikata peruntukkan kepada SAR pernah ditarik dan untuk mengembalikannya semula perlulah melalui diumum melalui pembentangan bajet nasional.

Bila dah dikembalikan, terserah kepada negeri-negeri untuk menguruskannya, nak buat apa sebut lagi dalam bajet kebangsaan?  Jelas bukan, apa yang susah sangat nak faham?  Tapi mengenangkan balaci pembangkang, PAS pula tu, soalan tersebut sudah dijawab dengan sendirinya.


 

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment