Thursday, October 20, 2011

Re: RG2011... Fw: Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b

bukan hak sape2 pun semuanya hak ALLAH swt kita ni menumpang sementara je...

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 19 October 2011, 16:32
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b

 
Daulat kerajaan kelantan setakat sempadan negeri yang berwarna merah tu saja (baca undang2 tubuh negeri kelantan). Lebih dari itu tak ada. Tetapi daulat kerajaan malaysia sampai beratus km ke laut (exclusive economic zone - eez). Hasil mahsul di luar pesisir pantai negeri kelantan dan negeri2 lain adalah hak kerajaan persekutuan. Sebab itu kalau kerajaan persekutuan nak bagi sedikit hasil minyak yang di perolehi kepada negeri2 hanyalah mengikut budi bicara atau perjanjian jika ada sebagai wang ehsan semata2. Jangan nak mengaku minyak dalam perut bumi yang jaraknya beratus km dari pantai cinta berahi (now pantai cahaya bulan) sebagai harta rakyat kelantan pula.

2011/10/19 haris <chescorpion@yahoo.com>
As-salam sedara...
statement tu biar LEBIH tak pe...jgn LEBIH-LEBIH nmpak sangat tk baca...
salah 1 kekayaan malaysia kerana minyak petronas...
sumber petronas tu dari 3 negeri terengganu, sarawak & KELANTAN....ulangi... KELANTAN...
abih tu.... mmg la kaya kerajaan nik aziz...dari royalti minyak yg di rompak oleh kerajaan pusat...
trengganu & sarawak dapat royalti (wang ehsan)....KELANTAN x di beri....dia buat rete sendiri....
mmg la kalah selangor n pp tuh...
mmg kena percaya...terbukti dgn perundangan bagai...kecuali sedara jer...
pasal royalti minyak kelantan (saman) ni dh heboh smpai luar negara dah...
sedara je tak baca... jadi baca tu biar LEBIH-LEBIH... LEBIH je x cukup !

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 18, 2011 11:04 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b

 
wahhhhh kayanya kerajan nik ajis yerr.... ini dh boleh kalahkan negeri selangorrr dan pp... nape sikit bebenar sebut tu??? tambah lagie supaya yg mendengar percaya. kahhkahhkahhh...
 
apasal tak sebut ratus ribu yg hadiri kat perhimpunan tu?? 1000 org mana cukup!!!

Pada 16 Oktober 2011 11:20 PM, ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg> menulis:
 
----- Original Message -----

Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b
 
selatanonline
 
Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.
-SH
 
Posted by tok_aji






No comments:

Post a Comment