Thursday, October 13, 2011

Re: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP

 

Malaysia bukan negara Islam.
Agama Islam di Malaysia pula adalah merupakan agama bagi Persekutuan.

From: ashikin sauid <ashikin.sauid@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 14 October 2011 10:22 AM
Subject: Re: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP

 
dh2 le tu junior..x yah la tarbiyah org dlm group ni..buat penat je..ko tu yg buta hati. ish ish...




2011/10/14 ajis <aiecyber@yahoo.com>
 
betul tu bro... aku sokong.... kata malaysia negara islam... tapi hukum islam di ketepikan.. ape cite... baik takyah buh nama negara islam... klu dah negara islam tu kena kena laikut hukum allah... tgk pada arab tu hah... dah nama negara islam hukum hudud digunakan... bukan kat sana takde org bukan islam... yg menjadi masalah di malaysia ni atas pemerintahan... tok najib mmg takut kena sebat sebab tu dia tak approve mende2 ni yg berkait ngn dia.. TAKUT.... pastu lagi 1 org yg duk cakap pasal taknak jalankan hukum hudut tu islam pada nama je.. tapi tak tahu pemahaman dalam islam tu mende.... sebab tu la jadi jahil.... duk pikir pasal org bukan islam asl tak pikir tuk org islam... lagipun majoriti kat malaysia ni pun org islam... so  pikir la sebelum allah laknat nnt
 
thanks,
aziz/ajis


From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 13, 2011 8:51 AM

Subject: Re: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP

 

 Ye la bro, aku sokong hudud nih..tak sabar rasanya..geram pulak bila ada yang nak halang nih!. Korang ni islam ke bukan? tapi kenapa hukuman hudud yang nak dijalankan ni asing antara orang islam dengan bukan islam? buat betul2 la tak payah asing2kan. Ikut Quran. baru betul. Tapi kalo ada penjelasan lain nak buat asing-asing aku nak dengar jugak. kenapa boleh jadi macam tu. Kalo boleh biarlah penjelasan tu dari sudut pandangan agama, bukannya jawapan yang meraban2 sambil menyalahkan aku pulak. Anggap jelah aku ni bodoh serta kurang membaca dan terangkan kat aku kenapa asing-asingkan hudud tu antara orang islam dengan orang bukan islam, tak ikut betul2. adakah untuk testing dulu ke? atau ape? adakah dengan cara mengasing2kan hudud tersebut mendatangkan pahala atau dosa.. Kalo semua pakai hudud kan bagus, Bole aku tengok bangsa lain yang curi juta2 kene potong tangan. Bangsa lain nak sokong ke, taknak sokong ke, lantak diorang la, Kita melayu yang berkuasa sekarang ni.



From: Rizuwan Muhammad <myrizone@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 13 October 2011 1:16 AM
Subject: Re: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP

 
melayu memang tolak hukum allah..tp orang islam akan berlapang dada dan paham dgn hukum allah..pilihla nk ikut mana..(org salah jer tkt undang2 islam)

--- On Fri, 10/7/11, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Subject: Re: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, October 7, 2011, 5:37 AM

 
Pada pendapat saya kita tidak perlu tanya sesiapa pun sebab undang-undang syariah sudah sedia ada sama seperti nikah cerai dan sebagainya. Sudahkah pegawai undang syariah menjalankan tugas dengan effisien? Tidak timbul nak bawa ke parlimen dan sebagainya sebab undang-undang syariah sudah ada. yang penting mantapkan
 
rhirowati - rhirowati

From: tokda tokda <tokda_tokda@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, October 4, 2011 12:01 AM
Subject: Re: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP
 
nak nyampok juga nih..,

apa kene mengena hukum hudud tu dgn MCA/DAP., mereka tu islam ker.,
mereka tu fhm ke apa hukum hudud tu..

yang peliknye sekarang ni.., orang islam yg tak nak n menolak hukum hudud.,
tu yg perlu kita fikir.., sedangkn hukum tu bukan hukum yg dbawa atau di perentahkn oleh TG NIK AZIZ atau TG HJ HADI., tp hukum yg dperintahkn ole Allah.., kepada  hambanya orang2 islam.,
bukan kepada penganut agama lain..,

tu yg kita nk kena fikir.., orng islam yg tak nak, yg takut dan yg menetang perlaksanaa hukum HUDUD yg dperintahkn oleh Allah ke atas hambanya yg mengaku beragama islam..,

guano weh demo..junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com> demo oghe islam ko.., apa alasan demo tentang sangat hukum hudud tu..,
takut kena sula dan kena rejam ko.., 
kalo demo bukan islam.., jangan brcakap tentng hukum HUDUD.. keran demo tak layak, hukum HUDUD buke untuk demo..,

From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, September 30, 2011 3:51 AM
Subject: 답장: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP
 
cerdik bodoh seseorang tu dinilai dari segi ilmu serta pengetahuan. bukan banyak atau sikit seseorang tu menulis atau membaca.
 
PR satu parti?? kalau bukan so apa cerdiknya junior.rizz......
 
negara kebajikan?? hudud?? manifesto pas??  apa tu??
 
agak2 junior.rizz dah gila kot. tak tau nak beza.
 
jadi sekarang ni siapa yang perintah malaysia?? pas?? pr?? kalau BN yang perintah malaysia, makanya kata2 soi lek harus diambik berat, sebab hanya pihak kerajaan yang boleh usulkan dalam parlimen. pembangkang takde kuasa. hanya boleh soal balas je.
 
disinilah letaknya kebodohan junior.rizz albatkiyyah.
 
negara kebajikan tu manifesto Pas. bukan PR. apa bodohnya junior.rizz.
 
hudud tu kerajaan negeri kelantan nak buat. kelantan  ada ym Dap ke?? jadi apa nak kecoh, sebab hudud tidak pernah dibincangkan di peringkat PR. hanya di kelantan yang mana drafnya sudah diluluskan.
 
di perak ada yb mca?? kalau ada makanya di situlah mca akan tentang umno nak kaji hudud.
 
tapi tak tahu la di johor. takut2 mb umno hanya bayangan mca. sebab tu la diam je. muhyidin pun macam kecut perut. maklumla undi melayu terhadap umno merosok. duk harap mca je.
--- 11/9/27 (화)에 junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
제목: RG2011... HUDUD: MASALAHNYA BUKAN MCA/GERAKKAN TAPI PAS/DAP
받는 사람: "respeks_group" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 9월 27일 (화요일) 오후 2:41

 
 

Hudud: Masalahnya Bukan MCA/Gerakan Tapi PAS/DAP

Penulis ada sedikit tidak fahamlah dengan balaci PAS ini semua.  Apa yang masalah bila MCA dan Gerakan masing-masing keluar kenyataan tidak setuju hudud dilaksanakan di Malaysia yang sampai berebut-rebut balaci kutip kenyataan masing-masing Chua Soi Lek dan Tsu Koon?
Pokok persoalannya ialah PAS kejap nak laksana hudud, kejap kebajikan, kejap komunis dan sekarang hudud balik.  Itu isunya, MCA dan Gerakan apa pulak kena mengena?  UMNO dari azali dah kata hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia.  Nak tuduh UMNO kafir sebab berpendirian sedemikian?  Cerminlah diri sendiri dulu.
3 tahun kebelakangan ini memang banyak perkara menarik tentang PAS.  Sampai satu tahap, PAS setaraf macam PKR, perjuangannya ntah apa-apa.  Oleh itu, toksahlah nak mengalih tajuk perbincangan dengan campur aduk kenyataan MCA dan Gerakan bila setiap kali isu hudud timbul balik.
Kedua parti ini memang menentang hudud, satu parti cina, satu lagi parti campur-campur, takdak beza dengan DAP yang kini jadi kawan PAS.  Apa mau kondem?  Hudud ini isu dimulai PAS, masalah PAS, so apa nak dikaitkan dengan MCA dan Gerakan termasuk UMNO?
Dalam Islam memang hudud soal perundangan tapi di Malaysia hudud adalah modal politik PAS nak dapatkan undi, tidak lebih dan tidak kurang.  Macam-macam alasan beri kenapa tak mahu laksana tapi macam-macam janji beri macamlah nak buat sangat setiap kali ada pilihanraya atau dalam hal sekarang, dekat nak pilihanraya.
Cerita sebenarnya, MCA dan Gerakan mengaji hudud lebih baik dari PAS, sama juga DAP.  Mereka tahu dan rujuk kepada negara-negara di dunia yang melaksanakan hudud sekarang.  Tidak ada antara negara tersebut yang mengasing-ngasingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam.
Arab Saudi sebagai contoh, kalau orang Islam bunuh orang, bukan Islam bunuh orang, hukumnya tetap pancung, mana ada beza-beza?  Inilah situasinya yang berlaku dalam kes pembunuhan jururawat warga Britain Yvonne Gilford pada 1996 oleh Debbie Perry di Arab Saudi pada 1996.  Pengakhirannya hukuman pancung tidak dilaksanakan, sebab keluarga Yvonne sanggup terima wang pampasan ganti darah – bukan sebab dia kristian, baca lanjut sini.
PAS saja dalam dunia yang mengasing-asingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam.  Islam mencuri potong tangan, kristian curi bayar denda.
Kaedah ini reflek keadilan Islam ka?
Ini tidak ikut Islam sama sekali, sebab itu kita kata hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia, tidak bermakna kita menolaknya.  PAS saja dah tolak nak laksana hudud berapa kali dalam 3 tahun kebelakangan ni?  Penulis rasa sudah beberapa kali, antaranya sebab ekonomi (Hadi Awang, 28 Disember 2008), paling banyak sebab perlembagaan (tapi dia janji boleh laksana), adakah itu menjadikan PAS tidak Islam dan balacinya murtad?
Cubalah PAS berhenti jadi bodoh dan belajar menerima kesilapan.  Kesilapan pertama kerana menjadikan isu agama sebagai isu politik, kedua kerana cuba mengalih tumpuan kepada pihak lain setiap kali tidak boleh menjawab perkara asas yang dibincangkan.
MCA dan Gerakan tidak bersekutu dengan PAS, sebaliknya DAP.  Jadi apa sahaja bantahan oleh 2 pihak ini sepatutnya tidak memberi kesan kepada politik PAS, sebaliknya pulak bila DAP yang buat bantahan.  Gerakan dan MCA memberikan pendirian masing-masing yang jelas konsisten, bukan macam PAS.  Kejap nak buat, kejap taknak buat, kemudian nak buat balik.
Kenyataan itu pulak diluar konteks politik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan DAP.
Dan berbincang tentang hudud ni pun (dalam konteks politik Malaysia) adalah satu pembaziran masa.  Yang berjanji pun tak pernah nak melaksanakan walaupun dah berkuasa di beberapa negeri.  Kelantan dan Terengganu ada draf, Kedah?  Siapa ada dengar pasal draf hudud di Kedah?  Seingat penulis tak pernah sekali dibangkitkan soal nak laksana hudud di Kedah, apatah lagi nak buat draf.
Pendek kata hanya modal politik, maklum, pilihanraya nak mula tak berapa lama lagi.  Kita dok bincang panjang lebar, siap tuduh sana sini orang sebagai kafir, rupanya, hanya modal PAS nak dapat undi, nak dapat kuasa.  Bila menang dan tak boleh nak buat, tuduh perlembagaanlah itulah inilah.
Ini semua skrip lama lah dei.

21 Responses for "Hudud: Masalahnya Bukan MCA/Gerakan Tapi PAS/DAP"

  1. wan says:
    salam.PAS dh hilang pngaruh org2 melayu.sb tu dia cuba nk alih isu hudud.kalau ya pon.knp nk tggu sbb DAP.DAP sah2 nk bubarkan ngra islam dan hak2 melayu.ji PAS nk tggu apa lagikan.jaid semua ni isu sgaja dimainkan oleh PAS.
  2. ciku says:
    lagu lama di dendangkan kembali.. akan ada hujah2 untuk mengkafirkan UMNO.. ini yang baguih tetang kesengalan pas, perjuangannya konsisten untuk menggunakan hudud sebagai tools untuk meraih undi simpati sebanyak mungkin, orang kata "nyawa" terakhir.. kesian bila tgk pas cenggini.. mengelupur ( ngelupo kata orang perak ) selalu demi survival politik.. yang pengikutnya pulak tak pernah serik dengan mimpi fantasi yang dihidangkan oleh puak mereka.. bangun la pas, berjuangla dengan lebih bermaruah.. sekurang2nya kaum lain respek sikit kat melayu kerana punya pemimpin yang hebat, lihat seperti perjuangan Umno ( kecuali paklah ), telah banyak rintangan besar berjaya di hadapi ( yang kebanyakan pemimpin lain gagal ), dan pernah dijadikan rujukan… bukan macam pas, melalak, melolong, mengelupur kata merekalah "terhebat" walhal puak hangpala yang "lembik"… cermin diri dulu sebelum melalak dengan meletakkan diri hangpa lebih hebat dari UMNO.. setaraf pun tidak.. dalam puak pembangang pun hangpa kena sepak terajang je .. jadi lauk..
  3. yeop says:
    adakah nik aziz "dibayar" rm 2 juta oleh umno untuk bangkitkan isu hudud? konspirasi umno? agen umno? haha..minta harakah tolong bongkar…
  4. Anti Ungrateful Immigrants says:
    PAS anjeng yang dungu! Bodo nak mampos!
  5. tengkudin says:
    ikut kata hadi boroi…0.00001% je dalam islam..jadi kalau nak tipu totok PASS…inilah jadinya… DRAMAKING PAS pasal hudud!!
    Tun mahathir dah cabar soh laksanakan..silakan la PAS!!
    jangan lupa..draft hudud PAS berbeza2 dengan kelantan dan terengganu dulu masa PAs perintag terengganu…
    p/s: sian ayam yang nak berkokok tu dah mati …janji hadi boroi..sebelum ayam berkokok..hudud dah terlaksana..tapi ayam entah kemana..hudud PAs entah kemana..
    wayang kulit PAS dah kembali lagi…hehehe
  6. shahrul says:
    isu lama diulang kembali demi untuk menarik undi melayu setelah mereka mengetahui yang orang melayu kini majoritinya hampir 80% tidak menyokong mereka…..sama la macam si aljuburi cepat2 mengeluarkan kenyataan menyokong hudud apabila si n.ajis kata nak laksanakan hudud…piiiirrraaaahhh….kenapa sekarang dah terdesak baru nak buat ni semua…..kenapa masa menang pru12 dulu tak nak laksanakan….siap kata itu hanya 0.000001% dari hukum Al-Quran ? mana isle nya yang sebenarnya yang diamalkan ? orang macam ni kita nak jadikan pemimpin ke ?
  7. kun aguero says:
    ambik artikel dri utuseks malaysia..dh xde sumber lain ker?hahaha..sian..
  8. bujuk says:
    Apapun korang kata, PAS tetap perjuangkan hudud sebagai hukum Allah yg. sesuai di mana2 dan bila2 masa. Persoalan tak mampu laksanakan dengan taknak laksanakan ada perbezaan. Allah pun uji kita sekadar kemampuan kita. PAS dah draf hudud di k'tan dan t'ganu sebagai usaha dan kesungguhan untuk laksanakan hukum Allah ini. kita kata m'sia ni negara Islam tapi hukum Islam diketepikan. Apakah Islam itu hanya Solat, puasa, zakat dan haji ajeee..? Ye.. Kedah belum draf hudud, ini kerana mereka hanya menang majoriti mudah jadi perlukan strategi untuk draf hudud. Tak guna draf kemudian gagal diluluskan di DUN. Aku tak nafikan hudud sebagai senjata politik PAS, tapi lebih dari itu ialah menjalankan perintah Allah sebagai hambanya. Sama seperti UMNO perjuangkan melayu, adakah sekadar politik? tentulah lebih dari itu untuk memartabatkan maruah orang melayu. Aku hanya harap hudud dapat dilaksanakan di negara Islam M'sia. sebagai umat Islam kita sepatutnya menyokong mana2 pihak yg. nak laksanakan hudud dan saling membantu supaya cita2 ini tercapai. Pedulikan DAP,MCA,Gerakan dan lain2… kalau benar mereka semua tolak, ini peluang UMNO dan PAS bergabung dan mamacu kerajaan MELAYU DAN ISLAM di M'sia. Kita boleh buat banyak kemajuan dan kepada bangsa dan agama. Bolehkah UMNO dan PAS tinggalkan rakan kafir untuk ISLAM. Kerana ada satu hadis lebih kurang "Allah rahmati/berkati dua orang yg. bertemu dan berpisah kerana Allah".
    • yeop says:
      PAS ada 2 pilihan sbg strategi awal untuk melaksanakan hukum hudud..
      Pilihan pertama:
      Bergabung dgn UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.
      Mengapakah PAS tak mahu bersatu dgn UMNO? bukankah ini strategi yang lebih memudahkan untuk menjalankan hukum hudud? Sesudah bergabung kelak, andai kata hudud tetap tidak dapat dilaksanakan kerana halangan dan kekangan dari UMNO , kita fikir umat Islam akan tolak UMNO dan beralih sokongan kepada PAS.
      ATAU
      Pilihan ke-2
      Tinggalkan Pakatan bersama DAP dan berjuang atas landasan sendiri
      Sekiranya PAS berasa tidak yakin atau serik bergabung dgn UMNO ( kita yakin PAS akan berhujah bahawa dulu pun PAS pernah bergabung dgn UMNO ), mengapa tidak mahu berjuang bersendirian?
      Cerdikkah PAS untuk terus berada dalam Pakatan, yang mana di situ juga ada DAP yang terang2 menolak hukum hudud? Tak pernah rasanya sekalipun pemimpin DAP berlembut tentang hukum hudud sepanjang kewujudan parti itu. Dimanakah maruah pemimpin PAS apabila perjuangan hudud PAS ditentang secara konsisten oleh DAP?
      Sekiranya pemimpin PAS berhujah bahawa pemimpin UMNO juga tolak hudud ( walaupun tiada bukti kukuh, jelas dan nyata UMNO tolak hudud, hanya berprasangka buruk), maka dalam sifir politiknya ia adalah logik kerana UMNO musuh politik PAS. Tetapi jika rakan sebantal PAS pun menolak perjuangan PAS, dan PAS masih boleh tidur sebantal dengan mereka, maka di mana asas kemunasabahan laungan PAS itu?
      Menyalahkan musuh politik mereka (UMNO) kerana terhalangnya perlaksanaan hukum hudud, tetapi masih berada dalam satu kelambu dengan pihak yang tanpa ragu-ragu lagi menentang hukum hudud (DAP), bukankah ini tindakan tidak masuk akal?
      Kalau bukan hanya untuk mengejar kuasa dan kedudukan, kita tidak nampak sebarang relevansi untuk PAS terus memperjuangkan hukum hudud atau dengan kata lainnya hanya untuk dijadikan modal politik dan bukan perjuangan hakiki.
      Bukankah itu lebih mempersenda hukum Allah?
    • ciku says:
      pejuangkanlah bujuk dengan cara yang lebih profesional dan bermaruah, orang kata " nak seribu daya, taknak seribu dalih".. bukannya "kesungguhan" untuk melaksanakannya timbul bila tarikh pilihanraya dah dekat.. sekadar "draf" dan tak menyeluruh macam "melepaskan batuk ditangga", janji ada ( tangkap muat ) baik rentikan la dulu bujuk.. pusingla sampai tunggang terbalik dunia hingga semua bintang kat milky way nih pecah pun semua orang dah tau takda menda yang hangpa cuba tegakkan bujuk.. tempo dia sama ja tak pernah berubah, pas ja yang betui, suci dan waaaww.. inilah kelebihan pas, mereka tak pernah merasa salah dan tak pernah rasa bersalah, den kagum atas keslambalan mereka walaupun rata2 tindakan pemimpin mereka tidak bermaruah tapi masih tebalkan muka untuk menjilat lagi.. aku kagum.. heheh
    • c5 says:
      kah kah kah
  9. Tubir says:
    Sekarang kita dah tau siapa diantara parti komponen bnyangmemakai dewi toping untukkelansungan kaum merika.Kaum cina ni tamak dan kedekut .Diantara MCA dan DAP serta gerakan tiada bezanya .Tidak macam umno dan pas yang sungguh berbeza .Orang orang islam tidak akan sehaluan dari dulu sehinga lah sekarang .walaupun umat islam diambang kemusnahan yang dicipta oleh umat islam sendiri .Kenapa umat islam tidak boleh bersatu?Setiap ketua atau ulamak mempunyai pandangan serta tafsiranya sendiri tentang sesatu hukum ,maka dari berbezaan itu yang membuat serta menimbulkan perbalahan atau lebih malang lagi perpecahan serta perperangan.Ingatkahkita macam mana empat mazhab ini ujud?
  10. Brother_Borak says:
    Salam. Alahai! Tiada modal lain ke? Hudud lagi. Graf hudud oleh Pas ini kalau kita perhatikan ianya akan menaik dan turun. Sekejap nak buat sekejap kata tidak. Sekejap kata nak buat juga sekejap lagi babi-babi ini bising dia kata tidak ada dalam Al-Quran pulak. Pas secara rasminya telah meninggalkan Hudud dan negara islam dalam satu ucapan pada muktamar Pas. Dia tukarkan dengan negara kebajikan. Sekarang ini timbul lagi cerita Hudud ni. Kalau mengikut kata Ketua Dewan Pemuda Pas, isu ini adalah isu bermusim. Isu ini adalah untuk musim pilihanraya nak dekat. Ini orang Pas sendiri yang cakap bukan kita. Jelas disini Hudud ini adalah mainan politik Pas untuk mendapatkan kembali sokongan ahli-ahli mereka sendiri yang mulai ragu-ragu untuk mengundi Pas. Dalam erti kata lain ini adalah sandiwara Pas. Apabila Pas menukarkan dasar mereka kepada negara kebajikan dan mereka didapati gagal bertindak dalam urusan kebajikan kepada rakyat maka mereka mendapati sokongan rakyat semakin berkurang kepada mereka. Buktinya di pilihanraya negeri Sarawak. Mereka kecundang dalam semua kerusi. Maka dengan itu satu langkah drastik terpaksa dilakukan dengan mengwujudkan semula isu Hudud yang mereka telah tinggalkan dibelakang. Malangnya isu ini tetap menjadi duri dalam daging kepada mereka kerana rakan mereka peluk dalam tidur tidak mahu menyokong mereka. Orang kurang upaya yang paling lantang bersuara. Sehingga sekarang ini pun Nik Aziz tidak dapat nak mendakwah mereka ini. Zaman Saidina Umar Al Khatab BUKAN 'Saidina' LGE ya, ketika sahabat berperang dan mendapati mereka masih belum mencapai kemenangan berita ini telah disampaikan kepada Saidina Umar. Selepas berfikir sejenak Saidina Umar bertanya, adakah sunah rasulullah yang tertinggal dalam amalan mereka ketika berperang? Jawab mereka ada iaitu bersugi. Selepas itu sahabat mendapat kemenangan dengan mudah selepas bersugi. Moralnya disini, Saidina Umar bermuhasabah diri dalam mencari penyelesaian. Tidakkah Nik Aziz juga patut bermuhasabah diri kenapa sehingga sekarang ini Pas masih gagal dalam melaksanakan hukum Hudud. Kenapa Hudud? Kenapa tidak hukum Qisas dan Ta'jiz? Apakah Qisas dan Ta'jiz ini bukan hukum syarak? Apakah hukuman yang kerajaan gunakan sekarang iaitu pembunuh dihukum mati ini tidak berada dalam amalan Hudud, Qisas dan Ta'jiz?
    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.
    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU
    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA
  11. Observer says:
    Hudud ni kalau di bahasa cinakan, membawa maksud "kelam kabut, kucau kacir", tak caya, copy dan paste tulisan ni…糊塗的 Gi tanya org Cina.
  12. observer as well says:
    Observer 24/9 7.299pm Bila guna page http://translate.google.com.my/ 糊塗的 maksudnya "stupid" bukan yang kamu katakan
    Kawan2 boleh guna address tu nak "baca" suratkhabar china dan ketahuai apa yang mereka siarkan(selain dariguna option "translate" dari google search)
  13. c5 says:
    apa hai … tbo-tibo cakap cino lak ?
__._,_._









__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment