Tuesday, October 4, 2011

Re: RG2011... MENGHUKUM ADALAH TAKTIK PERJUANGAN PARTI POLITIK ORANG ISLAM.

 

 
Gaya bahasa tuan persis seorang yang amat berilmu tetapi tuan juga telah
menyembunyikan fakta & maklumat kerana tuan pro UMporNO.
 
Jika Pakatan Rakyat tidak bergabung manakan cukup kerusi parlimen untuk
mendapatkan majoriti 2/3 kerana BN telah memperbanyakkan kerusi
parlimen di kawasan2 yang kecil bilangan pengundi tetapi oleh kerana
mereka sokong BN maka diadakan juga kerusi 'tambahan' untuk
memastikan kuasa majoriti 2/3 mereka dapat dikekalkan.
 
Jika tuan jumlahkan bilangan pengundi diseluruh Malaysia tuan akan
dapati bilangan rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Rakyat  & BN
adalah hampir sama jumlahnya.Jangan lupa bahawa undi BN telah ditokok
tambah dengan undi2 yang telah pun dibuktikan kebelakangan ini adalah
undi2 yang palsu.
 
Saya percaya tuan arif akan hukum hakam Islam.Orang yang arif lebih berat
dosanya daripada orang yang naif. Sekurang2nya DAP memepertikaikan
hudud kerana mereka beranggapan ia bercanggah dengan perlembagaan
tetapi pemimpin UMNgOk pula berkata belum bersedia walaupun telah
lebih 50 tahun berkuasa. Tidak wajar bagi tuan memperlekehkan usaha
murni kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.
Gunakanlah ilmu tuan untuk membantu supaya orang2 yang tidak faham
hukum Islam ini faham mengapa hukum Islam yang adil ini perlu
dilaksanakan.
 
Jangan jangan mereka belum bersiap sedia dengan jentera jentera untuk melaksanakannya.Mungkin mereka belum bersedia dan tidak mempunyai cukup Pentadbir, Kewangan,Mahkamah Syariah, kaki tangan saperti Hakim dan Peguam Syariah, tukang sebat, tukang potong tangan,anggota Polis yang memahami hukum hudud dan sebagainya.
Amat dikesali dan mengecewakan sekiranya apa yang saya nyatakan ini benar.Sudah berpuluh puluh tahun berjuang melaungkan hudud, tak kan tak ada persiapan untuk melaksanakan nya? Jangan pula jadi macam orang nak buat rumah.Rumah belum siap dah nak masukkan perabot dan segala macam peralatan didalamnya.
 
Bukankah kerajaan pusat yang menghalang perlaksanaanya di Kelantan?
Tiada kedai jual judi ekor, magnum, toto & damacai di Kelantan kerana
Kelantan ada kuasa untuk menghalang penjualannya di negeri Kelantan.
 
Setiap kali hendak pilihanraya, isu hudud akan dimainkan semula oleh puak2 UMNgOk untuk menakut2kan orang2 bukan Islam yang memang naif
tentang hukum hakam Islam tetapi puak2 UMNgOk ni memang meragui
hukum Allah SWT & memang dah terbukti salah guna kuasa melampaui
batas fikiran hinggakan belian peralatan keselamatan negara kita harganya
amat mahal berbanding belian produk yang sama oleh negara2 lain didunia
ini, begitu juga kos2 projek yang selalu perlu ditambah daripada kos asal
yang telah diluluskan untuk kroni2 mereka.
 
Apa kata kita cuba, try, test Pakatan Rakyat memerintah untuk sepenggal? 
Maka dengan itu akan dapatlah kita bandingkan dengan pemerintahan BN.
BN juga pernah merayu supaya bagi BN diberi peluang untuk memerintah
semula Kelantan untuk sepenggal. Lihatlah & dengarlah sendiri buktinya..
 
 
 
 


--- On Mon, 3/10/11, amri el wahab . <amriwahab@gmail.com> wrote:

From: amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
Subject: RG2011... MENGHUKUM ADALAH TAKTIK PERJUANGAN PARTI POLITIK ORANG ISLAM.
To: perisikrakyat@yahoogroups.com, respeks_group@yahoogroups.com, renungan_iktibar@yahoogroups.com, relexjap@yahoogroups.com, penawarku@yahoogroups.com, sahabatinteraktif@yahoogroups.com, ingatan@yahoogroups.com, pakbelang@yahoogroups.com, sedarlah@yahoogroups.com
Date: Monday, 3 October, 2011, 10:12 AM

 
Parti politik orang Islam mempunyai banyak musuh dan lawan sebaik sahaja mereka istihar diri sebagai parti pembangkang.Permusuhan adalah berpunca dari sikap permusuhan mereka terhadap parti pemerintah (yang juga parti orang Islam) kerana tersangat ingin merebut kuasa.Namun sudah lebih setengah abad mereka berjuang tetapi hingga kini perjuangan melalui parti politik pilihanraya belum lagi dapat menyakinkan umat Islam bahawa Islam yang mereka bawa itu cantik dan indah.Peribadi pejuang pejuang Islam dalam parti politik bersikap keras, kasar dan tidak sopan dalam berpolitik, terutama dalam ceramah ceramah mereka (baik di atas pentas politik atau masjid masjid), yang rata rata hanya menjatuhkan hukum lebih dari memperbaiki keadaan kepada orang yang tak sealiran dengan mereka.Mereka sebenarnya gagal menyakinkan umat Islam kerana keindahan Islam itu tidak ada atau tidak menonjol di dalam kehidupan mereka (terutama dari sudut pertuturan mereka dalam berceramah).
 
Sekarang kita lihat parti pemerintah sudah sangat lemah.Tetapi parti pembangkang yang bercita cita Islam pun lagi lemah dan masih tidak dapat menjatuhkan musuhnya yang amat lemah itu.Kelemahan mereka menonjol apabila kita lihat mereka terpaksa bergabung dengan parti musyrikin kononnya untuk mendapat kekuatan.(Saya pernah menulis tentang bahaya berkerjasama dengan kaum kafir.Sesiapa yang terlepas pandang tulisan ini sila baca di sini KLIK) Namun walaupun demikian, parti pemerintah yang lemah masih merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti pembangkang ini.Dalam isu semasa contohnya, dalam hal menegakkan hukum hudud,mereka masih berdolak dalik untuk melaksanakan nya walaupun mereka di benarkan melaksanakan di negeri bawah pemerintahan mereka di Kelantan.Jangan jangan mereka belum bersiap sedia dengan jentera jentera untuk melaksanakannya.Mungkin mereka belum bersedia dan tidak mempunyai cukup Pentadbir, Kewangan,Mahkamah Syariah, kaki tangan saperti Hakim dan Peguam Syariah, tukang sebat, tukang potong tangan,anggota Polis yang memahami hukum hudud dan sebagainya.
 
Amat dikesali dan mengecewakan sekiranya apa yang saya nyatakan ini benar.Sudah berpuluh puluh tahun berjuang melaungkan hudud, tak kan tak ada persiapan untuk melaksanakan nya? Jangan pula jadi macam orang nak buat rumah.Rumah belum siap dah nak masukkan perabot dan segala macam peralatan didalamnya.
 
Wallahu'alam.

Salaam & Regards

Amri el Wahab

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment