Tuesday, October 25, 2011

Re: RG2011... PAS punca utama HIMPUN gagal.

 

HIMPUN dianjurkan oleh UMNO ke?..  mana perginya Melayu Islam dalam UMNO?..

2011/10/25 rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
 
Ok la tu... Ada la jugak tak sampai 5 ribu orang yang tak taksub...
Taksub sungguh nak menyalahkan PAS...
 

From: madi asmadi <asmadi_munawar@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 25 October 2011 4:20 PM
Subject: Re: RG2011... PAS punca utama HIMPUN gagal.

Payah kalau org terlalu taksub dengan politik. tidak boleh membezakan. Antara keperluan politik atau kepentingan umat Islam. Ni masa bila nk bersatu. kalau semua diletakkan dia atas platform politik. Aduiiiiiiiiiiiiiii pening la dorg ni .

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, October 25, 2011 1:20 PM
Subject: RG2011... PAS punca utama HIMPUN gagal.

 

----- Original Message -----

PAS punca utama HIMPUN gagal. - UTUSAN

amenoworld
 
PAS buat apa pun salah. Pergi salah. Tak pergi pun salah. Sokong salah. Tak sokong pun salah. Neh seme tak betul dan tak patut. Awang selamat tak boleh macam neh. Dia tak boleh salahkan PAS dalam semua hal. Dia tak boleh menuduh pas sebagai punca kegagalan HIMPUN. 

PAS takde kaitan dengan semua benda neh. PAS tak pernah melarang ahli2 pas dan pr daripada menyertai HIMPUN. Pas cuma menegaskan bahawa ahli pas tidak akan menyertai HIMPUN atas label politik bagi mengelak kekeliruan yang mungkin timbul. Tapi ahli pas masih boleh menyertai HIMPUN atas label sebagai orang islam. Ko nak pergi, ko pergi. Ko taknak pergi ko punya pasal. Larang? Tak pernah. Jadi, kat sini tang mana pas bersalah pula?

Kalau pas boikot perhimpunan neh maka apa sebab nasaruddin ada kat situ? Nasaruddin tue sapa? Hasan ali tue sapa pula? Kalau bukan ahli pas maka sapa pula mereka?

Lihat bawah neh ;

Awang bersyukur, Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam semalam berjalan lancar, tenang dan tanpa provokasi. Ribuan hadir di sebalik pelbagai usaha pihak tertentu untuk menggagalkannya. Ada sabotaj secara langsung mahupun tidak langsung.

Minggu lalu, Pas Pusat mengeluarkan pendirian rasmi tidak menyokong perhimpunan itu. Aneh, sedangkan dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja, parti itu tidak pun mengeluarkan pendirian rasmi walaupun didesak oleh pimpinan Dewan Pemudanya. Sebaliknya ada beberapa pemimpin Pas mengenakan tekanan ke atas JAIS menyamai pendirian pemimpin DAP dan PKR. Siasatan kes itu akhirnya mendapati ada cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam.

Selain faktor Pas menolak Himpun, pihak tertentu di Selangor menggunakan pelbagai taktik mengalihkan perhatian daripada perhimpunan itu. Antaranya mengadakan beberapa acara keramaian berhampiran stadium.-AWANGSELAMAT-

Yar.. 

berhenti salahkan pas dalam hal neh.  Bukan kah semalam tpm mengadakan lawatan apa tah di selangor? Kenapa dia tak hadir kat himpun semalam? Kenapa tak persoalkan ketua sendiri tapi sibuk pasal program orang lain?

Mana pergi menteri agama malaysia yang nama jamil khir tue? Mana pergi ustazah cantik yang nama mashitah tue? Di malaysia ada berapa negeri? Setiap satu negeri ada mufti. Jadi mana pergi semua mufti negeri tue? Mana pergi 3 juta ahli umno? 

Bukan kah ahli2 pas dan pkr dah ramai keluar parti? Tak mustahil pas tak mampu hadirkan penyokong yang ramai semalam ini kerana kebanyakan ahli pas dah masuk umno. So, kenapa awang selamat nak salahkan pas dalam hal neh? Kenapa awang selamat tak kerahkan ahli2 umno, patriot dan perkasa untuk hadir perhimpunan neh? Bukan kah mereka itu orang melayu = orang islam?

Aku cuma separuh melayu. Sebab tue aku tak hadir. Herm. Faham kan? Sila lihat di bawah neh ;

Bila mereka sendiri menetapkan dan mempromosikan benda neh sebagai agenda orang melayu dan ia gagal mendapat sambutan, mereka salahkan orang lain pula. Adil ka? Urusan islam sepatutnya ialah urusan umat islam. Kenapa perlu nak cakap pasal melayu?Adakah 99.9 muslim di malaysia ialah bangsanya melayu asli?

Apa yang berlaku menyerlahkan suatu hakikat bahawa parti pembangkang termasuk sebahagian pemimpin Pas menjadi penghalang kepada usaha mempertahankan akidah umat Islam.

DAP, parti paling berpengaruh dalam kerajaan Selangor, tentunya lega betapa percaturan parti itu terus berjaya untuk memecah belahkan dan melemahkan umat Islam. Begitu bijaknya DAP berpolitik tanpa mengorbankan agama anutan ahli dan penyokong mereka.

Sekali lagi jelas menunjukkan Pas tunduk kepada DAP demi politik untuk meraih undi bukan Melayu pada pilihan raya akan datang. Buat pertama kali dalam sejarah, kepimpinan Pas begitu tunduk dan dayus.

Pas lebih rela bertuankan S. Ambiga untuk menjayakan perhimpunan haram Bersih daripada berpegang kepada kesatuan Islam untuk menangani ancaman murtad. Menjijikkan. Sedangkan semua NGO Islam memperakukan bahawa ancaman murtad di negara ini semakin serius dan membimbangkan.-AWANGSELAMAT-

Heh. 

Pas penghalang? Aku terpaksa respect dengan awang selamat. Ia bukan kerja mudah bagi orang hipokrit untuk terus menulis bahawa dia lah orang baik dan semua yang lain ialah jahat. 

Awang selamat dia lupa pas bawa usul akta cegah murtad di parlimen sebanyak 3 kali. Fakta dan bukti hansard parlimen menyatakan dengan jelas usul itu di bawa oleh pas tapi ditolak oleh umno. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi tiga kali. 

Dan selepas semua itu berlaku, dengan berani awang selamat mengatakan pas penghalang kepada usaha mempertahankan akidah umat islam? Sebab tue aku cakap, aku terpaksa respect. Ia bukan kerja mudah bagi orang jahat untuk terus berlagak hipokrit bahawa mereka ialah orang baik. 

Mereka menuduh bersih sebagai agenda murtad. Tapi sampai sekarang pun aku masih tak murtad2 lagi. Kenapa? Aku bukan doa minta untuk murtad. Tapi aku cakap pasal fakta. Berapa ramai orang islam yang berjaya ambiga murtadkan selepas bersih? Siapa yang murtad? Ada sesiapa murtad? Boleh bagi confession tak kat sini?
Ada sesiapa yang dapat upah rm200? Aku masih tak dapat2 lagi. Ada sesiapa yang kena bom? Ada sesiapa yang bankrupt? Nampaknya tiada. Yang ada cuma kematian. Aku takmo ulas bab kematian arwah. Yang dah pergi, dia dah pergi. Yang ada perlu meneruskan misi. 

HIMPUN neh tak salah. Kalau ia di anjurkan pas aku boleh gerenti ia akan menjadi himpunan yang besar dan bersejarah. Tapi masalahnya tiada sesiapa yang berminat nak join bila umno dalang di balik himpun. Ia bukan pasal umno. Ia pasal hipokrit. Umno pandai cakap. Dan akan terus bercakap bila situasi memerlukan. Tapi bila bab pelaksanaan mereka hancur. 

Sebab ada 55 tahun pengalaman neh. Maka rakyat sendiri taknak turun support himpun. Mengenangkan umno sebahagian daripada himpun ia kembali membuka luka dan sejarah lama. Ia mengingatkan orang islam terhadap pengkhianatan umno. Ia mengingatkan kami kepada SAR. Ia mengingatkan kami kepada kasino. Ia mengingatkan kami kepada kilang arak. Ia mengingatkan kami kepada majalah mangga. Ia mengingatkan kami kepada semua benda2 yang orang islam tak patut buat. Sebab itu himpun di tolak. Harap awang selamat sedar dan faham tentang neh.

Aku pernah fikir adakah kerana ia dibuat di shah alam ? Adakah kerana ia dibuat pada akhir bulan time orang takde duit? Adakah ia kurang dipromosikan? Tapi aku percaya semua itu cuma faktor sampingan. 

Apabila seseorang itu berkehendak mereka akan usahakan melalui apa jua cara. Walaupun jalan disekat. Walaupun polis menghalang. Walaupun hujan turun. Walaupun ada halangan. Walaupun ada provokasi dan fitnah melampau. Sayang. Umno tak faham benda simple macam neh. Ia perlukan aku untuk menulis supaya mereka faham isi ahti sebenar seorang rakyat.


Ameno : Adakah hanya pas je yang islam di malaysia neh?
 

Comments
 

 KerajaanMsiaBiol
Penulisan yang sangat baik dengan resoaning yang lengkap!
 
Kempen x cukup hebat kot.. sbb tu x mencapai sasaran..
dan ·
terbaik la,puas hati aku baca!
 
ape2pun 'melayu' jugak duk kt atas sekali..
hahahahahahaha..
orang kedah ·
ni entry paling best......aku suka patploh kali......n idea2 sgt bernas.....
matkilau · 
tak tahu lah orang umno bace ke tak mende ni.. apsal ahli umno yang ramai2 melayu tak pegi? lepas tu salahkan pas? pas takde halang pun orang umno pegi...

baik pergi perhimpunan tabligh mcm kat nilai tu, takde publisiti takde flyers2..full house!!
 
peahcrum · 
tapi sayang hanya golongan kami yang dapat tahu cerita sebenar,mungkin ada pendekatan lain bagi para ibu,bapa bapa..lebih lebih lagi para ATUK ATUK yang berSONGKOK dapat info ni...yg dalam kepala otak masih lagi SEKOLAH,JALANRAYA...JALANRAYA,SEKOLAH....LAMPU JALAN...
 
bob ·
mana pejuang melayu? jawap knapa umnooooooooooooo yg ahlinya berjota-jota tak join himpun? mana pi perkasa dan patriot?





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment