Wednesday, October 5, 2011

Re: RG2011... Re: BETUL KE NIII

 

puak puak ni buat apa pun, mereka tetap tidak akan sokong islam,
sebab tu aku cakap umno ni amik islam sekerat sekerat, yang suka ambil, tak suka lawan, huh.
sebijik macam perangai yahudi bani israel zaman Nabi Musa dulu, 9 perkara yang mereka minta dengan Nabi Musa agar berdoa kepada Allah, bila Allah perkenankan doa Nabi Musa, mereka tetap tidak beriman kepada Allah dan Nabi Musa. ada beza ker
----- Original Message -----
From: xstream
Sent: Monday, October 03, 2011 6:59 PM
Subject: RG2011... Re: BETUL KE NIII

 

Pelacur banyak kat KL bro...jengok2 dan tarbiahkan...masa Rasullulah SAW dulu pun sebelum jadi nabi dah ada dah pelacur dan keruntuhan moral yang teruk. Bila dah ramai masuk Islam dan hukum hudud pun diperkenalkan Allah jadi tiadalah ada sebab pun ko benci kelantan nak laksanakan hudud ketika keruntuhan moral terutama umat Islam sendiri. Penentang hudud macam tulah ada saja alasan nak khianat Allah. huhuhu...

2011/10/3 ziee lipan <ziee_lipan@yahoo.com>
Kata Kelantan dah bersedia nak buat hudud dan diperintak oleh saorang tok guru...tapi masalah keruntuhan moral..masalah AID dan HIV serta penagihan dadah tertinggi berbanding dengan negeri yang diperintah oleh bukan saorang tok guru...Kalau berjalan-jalan kat sekitar pasar malam pulak telinga bingit dok terdengar senikata dikir barat yang berunsur lucah sehinggakan sudah ilang seni lagu dikir barat yang asli...BELUM ABIS BAGI TAKZIRAH KUT..TU LAA ASYIK DOK SALAHKAN ORANG LAIN SESEKALI TU PANDANG2 LAA DIRI SENDIRI...
 
Kelantan rakyatnya kuat makan ubat kuat?>>>




Kes jenayah rogol di Kelantan khususnya membabitkan golongan kanak-kanak bawah umur semakin membimbangkan apabila negeri itu mencatatkan peningkatan 25 peratus atau 313 kes tahun lepas.


Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata 60 peratus daripada jumlah kes rogol dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri itu membabitkan mangsa berumur bawah 16 tahun.

"Sebanyak 23 kes rogol membabitkan mangsa bawah 12 tahun, 165 kes (umur 13 hingga 16 tahun) dan 125 kes melibatkan mangsa 16 tahun ke atas," katanya kepada pemberita pada perjumpaan khas dengan wartawan Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu .

Katanya, jajahan Kota Bharu mencatatkan jumlah kes rogol paling tinggi, diikuti jajahan Pasir Mas dan Pasir Puteh.


Melalui hasil kajian, Abdul Rahim berkata polis mendapati kejadian kes rogol berlaku disebabkan pergaulan bebas dan faktor suka sama suka
.- Bernama
 

Mayat bayi dalam perigi kebun getah

 
KOTA BHARU 2 Okt. - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah beg pakaian yang ditemui dalam perigi kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini, pagi ini.
Tuan Mat Tuan Lonik, 64, menemui mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu kira-kira pukul 8 pagi ketika dia ingin membersihkan dirinya selepas membuang air besar menggunakan air perigi tersebut.
Katanya, sewaktu mencedok air perigi itu yang sedalam kira-kira lima meter menggunakan baldi, dia tiba-tiba ternampak sebuah beg pakaian terapung dan tertutup rapi.
"Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg itu tidak ada. Saya terpaksa gunakan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut.
"Selepas membawa naik beg itu, alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang bayi berada di dalamnya," kata Tuan Mat ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk membersihkan diri sebelum memberitahu Penghulu dan orang kampung mengenai kejadian tersebut selain melaporkannya kepada polis.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya bayi perempuan berketurunan Melayu itu dilahirkan dua atau tiga hari lalu.
Katanya, selain menemui bayi dalam beg, pihaknya turut menemui satu bungkusan mengandungi baju, kain batik sarung, seluar dalam, coli serta tuala yang mempunyai kesan darah tidak jauh dari perigi berkenaan.
"Kita percaya barangan yang ditemui kira-kira 20 meter dari perigi itu relevan dengan kes melibatkan bayi tersebut. Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
"Kita sedang mengesan mereka yang bertanggungjawab dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati," ujarnya.



--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment