Wednesday, October 19, 2011

Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT MENYESATKAN -

 

mana negara malaysia ada kerosakaan!! kan negara maju,negara islam contoh!(pusat judi sama banyak dgn mesjid)(lebih ramai akan hadir di prgm2 hiburan berbanding prgm ibadah dan kuliah)rakyat berbilang kaumnya aman damai,(melayu dgn melayu kutuk mengutuk,melayu dgn cina jeling2,melayu dgn india,sumpah seranah) negara bebas rasuah(yg ada cuma politik wang,dan urusan wang bawah meja aje)pemimpin kebanyakaan menunjukaan contoh yg baik2(spt rumah besar2,kerita besar2,girlfren keliling pinggang,cakap lain buat lain)  macam2 lagi ada...cuma kerosakan aje tak ada...KATA MERIKA! SIAPA MERIKA?? pandang,dengar,analisa disekililing kita.

--- On Tue, 10/18/11, aziz.hussain@bbraun.com <aziz.hussain@bbraun.com> wrote:

From: aziz.hussain@bbraun.com <aziz.hussain@bbraun.com>
Subject: Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT MENYESATKAN -
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, October 18, 2011, 4:07 PM

 

Negara ni rosak disebabkan segelintir manusia yang gilakan kuasa, negara ni
akan rosak disebabkan fanatik manusia kepada satu2 kuasa yang masih kelam,
negara ni akan rosak oleh sikap2 orang seperti awak yang hanya pandai
menuduh sana menuduh sini, gelar sana gelar sini tidak ada kesyukuran
dengan apa yang ada malah jadi tamak dan angkuh.
mengaku melayu tapi hati dan pemikiran selalu merosakan melayu, angkuh dan
tamak , mengupat atau menggelar yang elok adalah sikap ....syaitan tapi itu
lah yang diamalkan demi politik tamak .


|------------>
| From: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|"Wan Zailan" <wanzailan@ajikl.com.my> |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| To: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|<respeks_group@yahoogroups.com> |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| Date: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|10/18/2011 03:02 PM |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| Subject: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT MENYESATKAN - |
>----------------------------------------------------------|









hahahah mana hudud umno,


united myanmar nepal organisation, umno bn dgn kerjasama jab pendaftaran,
kdn galak beri mykad pada pendatang asing utk jadi pengundi, memang patut
tukar nama hahahahah
bersedia ke jalan raya , nagara dah rosak sebab bn nak kekal berkuasa
----- Original Message -----
From: Ae One
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 17, 2011 10:45 AM.
Subject: Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI
SESAT MENYESATKAN -




dah lama dah Tuan Guru tanya kat Umno... kalau ini hudud PAS.. hudud
Umno mana? ataupun hudud yg sebenar mana? Umno memang penentang hukum
Allah...



From: Hizamri Johari <hizamri@yahoo.com>
To: YG1 - Aku Anak Malaysia <akuanakmalaysia@yahoogroups.com>; YG1 -
Aku Jelita <akujelita@yahoogroups.com>; YG1 - Al-Falaah <
al-falaah@yahoogroups.com>; YG1 - Ampang Mewah
<ampangmewah@yahoogroups.com>; YG1 - Apa Apa Saja
<apaapaaje@yahoogroups.com>; YG1 - Baiduri Group
<baidurigroup@yahoogroups.com>; YG1 - Blalang Group
<blalang_group@yahoogroups.com>; YG1 - Bukuku Kekasihku
<bukukukekasihku@yahoogroups.com>; YG1 - Bunga Melur Putih
<bungamelur_putih@yahoogroups.com>; YG1 - Chainz of Frenz
<chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; YG1 - Dang Anum
<dang_anum@yahoogroups.com>; YG1 - Darul Khusus
<darul-khusus@yahoogroups.com>; YG1 - Fewett Komuniti
<Fewett_Komuniti@yahoogroups.com>; YG1 - Hasriezam Group
<hasriezam@yahoogroups.com>; YG1 - Hizamri List
<hizamri_list@yahoogroups.com>; YG1 - Ibu Tunggal
<ibu_tunggal@yahoogroups.com>; YG1 - Idaman Group
<Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; YG1 - Idaman Ielaki
<idaman_lelaki@yahoogroups.com>; YG1- Bersamamu Chat
<Bersamamu-Chat@yahoogroups.com>; YG2 - Ingatan
<ingatan@yahoogroups.com>; YG2 - IT Malaysia
<it_malaysia@yahoogroups.com>; YG2 - Kelakar
<Kelakar@yahoogroups.com>; YG2 - Kenalan Abadi
<KENALAN-ABADI@yahoogroups.com>; YG2 - KL Menjerit
<KLmenjerit@yahoogroups.com>; YG2 - Mahligai
<mahligai@yahoogroups.com>; YG2 - Malaysia News
<MalaysiaNews@yahoogroups.com>; YG2 - Malaysia Ria
<malaysiaria@yahoogroups.com>; YG2 - Mangkuk Hayun
<mangkukhayun@yahoogroups.com>; YG2 - Mat Rempit STVC
<Mat_Rempit_Snatch_Thieves_Violent_Crimes@yahoogroups.com>; YG2 -
Melayu Bogel <melayu_bogel@yahoogroups.com>; YG2 - Melayu Cyber
<melayucyber@yahoogroups.com>; YG2 - Pak Belang
<pakbelang@yahoogroups.com>; YG2 - Penawar Ku
<penawarku@yahoogroups.com>; YG2 - Pro Letar
<proletar@yahoogroups.com>; YG2 - Promo Akbar
<PromoAkbar@yahoogroups.com>; YG2 - Promo Bisnis
<Promo-Bisnis@yahoogroups.com>; YG4 - Krj Taqwa
<krj-taqwa@yahoogroups.com>; YG4 - Perisik Rakyat
<PerisikRakyat@yahoogroups.com>; YG4 - Romance Relationship
<romance_relationship_online@yahoogroups.com>; YG4 - Sahabat
Interaktif <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>; YG4 - Srip Shah Alam
<sripbj-sig@yahoogroups.com>; YG4 - Taman-Taman Syurga
<Taman2Syurga@yahoogroups.com>; YG4 - Teman Hidup
<TemanHidup@yahoogroups.com>; YG4 - Tipah Groups
<tipah@yahoogroups.com>; YG4 - UiTM Community
<UiTM_Community@yahoogroups.com>; YG4 - UiTM Melaka
<UiTM-melaka@yahoogroups.com>; YG4 - University Of Arizona
<uofa-my@yahoogroups.com>; YG4 - Warung Net
<Warung_net@yahoogroups.com>; YG4 - Warung_Kopi
<Warung_Kopi@yahoogroups.com>; YG4 - Wawasan Baru
<WawasanBaru@yahoogroups.com>; YG4 - Zaza Groups
<zazagroups@yahoogroups.com>; YG4- Respeks Group
<respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "mrlabiu@yahoo.com" <mrlabiu@yahoo.com>
Sent: Sunday, 16 October 2011, 17:47
Subject: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT
MENYESATKAN -


Salam

Yang pasti sesat.. Mereka yang menetang hukum Allah SWT...

HR Termizi :
Umar ra berkata :.
Rasul SAW merejam, Abu Bakar merejam, aku pun merejam.
Kalau tidak kerana tidak mahu menambah kitab Allah, tentulah aku
sudah menulisnya dalam mushaf.
Sesungguhnya, aku takut kaum selepasku akan menjadi KAFIR kerana
tidak mendapatinya dalam kitab Allah.
(Himpunan Hadith Hukum Hudud - ms 85)

Yang pasti menyesatkan.. Fatwa dari mereka yang bodoh/jahil..

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar
Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut
(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.
Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih
orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin
yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim


Jelas tercatit untuk kes rogol :

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima
aduan mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan
hukuman, meskipun aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol
seseorang, dilakukan tanpa mengemukakan empat saksi.

Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas
wanita itu disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa
mengemukakan empat saksi.


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri


From: zulfahmi zainal <zulfahmihafiz@yahoo.com.my>



assalammualaikum sahabat, banyak2 istighfar.....

ISLAM DULU KINI DAN SELAMANYA
From: hamden yahaya <mrlabiu@yahoo.com>
Subject: Re: [Idaman_Group] HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI
SESAT MENYESATKAN


ertinya, HUKUM HUDUD ciptaan PAS tidak merujuk jumhur ulama
Malaysia/Dunia Muslim.
Apakah HUKUM HUDUD ciptaan PAS itu cuma MANIPFESTO untuk memikat
pengundi pilihanraya sahaja
From: nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>
Subject: [Idaman_Group] HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT
MENYESATKAN






"Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah
2:269)

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun
Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):

BAHAGIAN III

Keterangan

39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam
Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah
dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau
kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan
keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua
kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah
sekurang-kurangnya dua orang.

(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan
zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki
Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa
yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta
tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal
al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya
dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia
boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi
hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan
keraguan.

(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia
benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina
pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka
benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan
yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan
pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap
saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap
tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya,
tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan
itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu
tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu
ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman
itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi
keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan,
atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya
menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan
saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang,
maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang
demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman
hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong
tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan
dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa
paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi
di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika
perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi
sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan
dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan
tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan
nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu
benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah
dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.

(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap
tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan
terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu
hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang
membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia
sedang menjalani hukuman.

(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman
ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman
itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang
menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta
diberhentikan.

(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman
dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang
berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik
iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah
terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3)
keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan
satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang
perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan
yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian
hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat
membuktikan sebaliknya.

(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan,
bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya
yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau
apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan
tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk,
hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa
dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat
membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman
hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana
tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang
ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan
kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman
ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan
hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada
ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau
dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat.

Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak
memaklumkan kepada orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah
merogolnya.

Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah
berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah
disahkan oleh mangsa sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah
merogolnya.

Perbicaraan yang dilakukan oleh Nabi akhirnya memutuskan bahawa
suspek dikenakan hukuman rejam, kerana telah disabitkan merogol
mangsa (akan dinyatakan selepas ini bahawa menurut pandangan yang
kuat, beliau tidak direjam).

Namun, sebelum hukuman dilaksanakan, bangun seorang lelaki lain
membuat pengakuan bahawa beliaulah sebenarnya yang merogol mangsa,
bukannya suspek tadi yang telah disahkan sendiri oleh mangsa.

Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol
mangsa, manakala suspek dan mangsa rogol yang telah tersilap
menuduhnya (suspek) merogol, dibebaskan.

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima
aduan mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan
hukuman, meskipun aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol
seseorang, dilakukan tanpa mengemukakan empat saksi.

Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas
wanita itu disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa
mengemukakan empat saksi.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunannya dalam
Kitab al-Hudud, bab Ma Ja'a Fi al-Mar'ah Iza Ustukrihat 'Ala al-Zina
(Bab berkenaan wanita yang dipaksa berzina), hadis bernombor 1454.

Terjemahan hadis yang diriwayatkan oleh 'Alqamah bin Wa'il al-Kindi
daripada ayahnya itu, seperti berikut :

"Sesungguhnya [terdapat] seorang wanita telah keluar [dari rumahnya]
pada zaman Nabi s.a.w [kerana] mahu [mengerjakan] solat [di masjid].
Lalu seorang lelaki menemuinya [di tengah jalan] lantas menindih dan
merogolnya serta melempiaskan hajat [nafsu] nya.

Lantas wanita tersebut bertempik lalu perogolnya melarikan diri.
[Selepas itu] seorang lelaki menemui wanita tersebut, lalu beliau
berkata, "sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atas ku
[perkara] demikian [yakni merogolnya]".

Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orang-orang Muhajirin
lantas berkata,"sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku
[perkara] demikian [yakni merogolnya].

Memperkosanya

Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh
wanita itu bahawa dia yang telah memperkosanya, lantas mereka
membawanya kepada wanita itu seraya dia berkata, "ya, dialah orangnya
[yang telah merogolku]".

Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah s.a.w. Tatkala
Baginda s.a.w memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang
lelaki yang [sebenarnya] telah merogol wanita itu sambil berkata,
"wahai Rasulullah, akulah orangnya [yang merogol wanita itu].

Lantas Baginda bersabda kepada wanita itu, "Pergilah, sesungguhnya
Allah telah mengampunkanmu". Baginda [seterusnya] berkata kepada
lelaki [yang didakwa oleh wanita itu sebagai orang yang merogolnya]
dengan kata-kata yang baik.

Seterusnya Baginda bersabda kepada lelaki yang [mengaku] merogolnya,
"rejamlah dia" sambil bersabda, "sesungguhnya dia telah bertaubat
[kepada Allah] dengan taubat yang jika seluruh penduduk Madinah
bertaubat seperti itu, nescaya diterima [Allah] daripada mereka
[taubat itu]".

Berkenaan kedudukan hadis ini, Imam Tirmizi berkata, "[hadis] ini
hasan gharib sahih" (Sunan Tirmizi, jil.6, hlm.35).

Menurut al-Albani, hadis ini adalah hadis sahih dalam kategori hasan
(baik) kecuali sabda Baginda s.a.w yang berbunyi, "rejamlah dia".

Menurut al-Albani, berdasarkan pendapat yang kuat, lelaki yang
mengaku merogol itu tidak direjam (Lihat al-Jami' al-Sahih Sunan
al-Tirmizi, jil.4, hlm.56).

Ringkasnya, hadis ini adalah hadis yang sahih yang boleh dijadikan
hujjah.
KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42

Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi
dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari
saksi-saksi.
Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan
bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri
daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa
kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya,
perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin
mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke
atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan
dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol
berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab
jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan
mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong
maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini
bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi
saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau
rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa.
Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan
umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti
di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi
mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan
dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin
mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS.
Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence'
iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol.
Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di
tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk
mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh
undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka
pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan
terlepas daripada apa-apa hukuman.

Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia
akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini
kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang
ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada
alternatif, contohnya penerimaan 'circumstantial evidence' seperti
yang disebutkan di atas. Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan
dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4
saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut:
"Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang
perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan
yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian
hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat
membuktikan sebaliknya."

Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum
berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak
dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan
hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100
kali rotan.

Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan
PAS ini? Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam
tidak sekali-kalinya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya "
Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan
menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud
di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari
sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu
disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud,
tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS

SUMBER :Malaysiakini/blog














Aziz Hussain
B Braun Medical Industries Sdn Bhd (Co.Reg.No. 19051-M) - Aesculap Plant
Bayan Lepas Free Industrial Zone
P. O. Box 980, 11900 Penang, Malaysia
Tel : ++60-4-6323 608 Fax : ++60-4-6438 989
http://www.bbraun.com.my
********************************************************************************
The information contained in this communication is confidential, may be
attorney-client privileged, may constitute inside information, and is intended
only for the use of the addressee. It is the property of the company of the
sender of this e-mail. Unauthorized use, disclosure, or copying of this
communication or any part thereof is strictly prohibited and may be unlawful.
If you have received this communication in error, please notify us immediately
by return e-mail and destroy this communication and all copies thereof,
including all attachments.
********************************************************************************

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment