Tuesday, October 4, 2011

Re: RG2011... RENUNGAN : Birokrasi yang menyusahkan

Terdapat perbezaan layanan. Pd sy sistem kasta warisan Hindu masih lagi berakar umbi walaupun umat Melayu telah berabab lamanya mendapat petunjuk Ilahi.
From: "khalili@memwire.com" <khalili@memwire.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 3 October 2011 3:39 PM
Subject: Re: RG2011... RENUNGAN : Birokrasi yang menyusahkan
 
ceh birokrasi kunun ... kalu dato ngn tan sri mintak ..xyah isi borang pon ..menjelir pegawai antor

BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com
09/30/2011 20:08
Please respond to
respeks_group@yahoogroups.com

To
undisclosed-recipients:;
cc
Subject
RG2011... RENUNGAN : Birokrasi yang menyusahkan





 
Birokrasi yang menyusahkan
~ gambar hiasan ~

Alkisah seorang pengemis yang kelaparan bertemu dengan seorang pengawai kerajaan di sebuah bandar kecil.

"Tuan, tolonglah. Sudah dua hari saya kelaparan. Hulurkanlah sedikit bantuan untuk saya."

"Ya, saya faham masalah kamu. Tetapi sebagai pegawai, saya tidak boleh mengeluarkan wang kerajaan begitu sahaja, kamu perlu terlebih dahulu mengisi borang."

"Saya hanya memerlukan wang sekadar membeli makanan untuk hari ini cukuplah."

"Ya, saya faham. Tetapu kamu perlu mengisi borang juga."

"Baiklah. Berikan saya borang itu."

"Oh, di sini tidak ada borang itu. Kamu perlu pergi ke Unit Bantuan."

"Ði mana?"

"Ði tingkat atas."

Pengemis itu pu pergi ke pejabat yang dimaksudkan. Setelah mengisi borang, dia pun menyerahkannya semula kepada pegawai yang bertugas.

"Bila saya boleh mendapat bantuan?" tanyannya.

"Kami tidak pasti bila, kerana borang ini perlu diluluskan oleh pegawai atasan."

"Oh, setelah itu barulah saya dapat bantuan, ya?"

"Kamu perlu menunggu sehingga kami menghantar pegawai dari bahagia penyelidik untuk menyiasat latar belakang kamu."

Pengemis kebingungan. Betapa sukarnya hanya untuk mendapat makanan untuk menghilangkan kelaparannya pada hari itu.

"Bila pegawai penyelidik akan datang menemui saya?"

"Itu bergantung pada kelulusan pegawai bahagian penyelidikan. Setelah laporan penyelidikan selesai, satu surat pengesahan akan dihanrat ke bahagian kewangan dan dari sana satu surat kelulusan akan ditandatangani oleh pihak bendahari yang akan mengeluarkan satu surat yang membolehkan pegawai kewangan mengeluarkan wang tersebut. Ðan kamu hanya boleh datang mengambil wang bantuan itu setelah dikeluarkan surat panggilan yang bercop rasmi daripada bahagian pentadbiran."

"Apa yang saya boleh buat sekarang?"

"Tunggu pegawai penyelidik datang. Sekarang mereka berada di daerah lain, mungkin setelah mendapat senarai tugasan baru mereka akan melawat kamu."

"Tetapi saya lapar. Saya perlukan makanan untuk hari ini."

"Maaf, kami perlu ikut prosedur. Kami ingin pastikan tidak ada penyelewengan dalam pengeluaran wang."

"Tuan sendiri tidak boleh bantu saya?"

"Maaf, saya pegawai kebajikan, bukan badan kebajikan!"

Pengajaran
 :

Peraturan dibuat untuk memudahkan sistem. Namun, ini tidak menafikan soal budi bicara dan sikap toleransi. Ði mana-mana pun sentiasa ada ruang untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit tanpa menggadaikan rasa kemanusiaan yang seharusnya mendasari mana-mana sistem buatan manusia.

Renung-renungkan.....

Sumber : Solusi Isu#29
Anda mungkin juga meminati: Lapan mesej Haji Wida' Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan Ku pujuk hatiku : Jangan marah, jangan marah, jangan marah… Lambat kahwin, apa silapnya? Kita sepatutnya kecewa dengan sikap sendiri KATEGORi: Renungan --
~ 睡眠不足のママ ~

http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤


______________________________________________________________________
This email has been scanned by the MessageLabs Email Security System.
For more information please visit http://www.messagelabs.com/email
______________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment