Thursday, October 13, 2011

Re: RG2011... Sejak kebelakangan ini PR semakin parah.

 

berita palsu bukan utk menyerang PAS ttp nak tunjuk kat pemimpin BN pusat yg Umno kelantan buat kerja... Untuk pengetahuan kes Hudud menyebabkan Usaha Umno Kelantan menjadi sia2 semula..


From: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 13 October 2011, 11:24
Subject: RG2011... Sejak kebelakangan ini PR semakin parah.

 

Pas Makin Sesak… Makin Ramai Ahlinya Lari Sertai UMNO Di Kelantan


TANAH MERAH, 12 Okt – Rakyat Kelantan khususnya pengikut Pas yang dahulunya menolak UMNO kini secara terus terang menzahirkan sokongan kepada UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata selain menghadiri program anjuran UMNO, ramai penyokong Pas pada masa yang sama telah menyertai UMNO.
"Saya sangat gembira dengan keadaan ini…jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.
"Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih," katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di sini malam tadi.
Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata penyokong Pas bertindak menyertai UMNO kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.
"Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik," katanya.
Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.
"Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat UMNOlah tempat sewajarnya kami berada," katanya.
Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai UMNO yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.
Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.
"Banyak bantuan yang kami dapat dan sebab itu kami berfikir Pas tidak akan mampu berbuat seperti ini. Pas tidak ada kerja lain hanya berpolitik 24 jam," katanya.

Makin Parah… 68 Pemuda Penyokong Setia Pas Isytihar Sertai UMNO


KUALA NERANG, 10 Okt – Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini,  menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai UMNO kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.
"Saya sertai UMNO disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada hari ini," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan UMNO di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam tadi.
Majlis penyerahan borang keanggotaan Umno diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah Badrol Hisham Hashim.
Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai UMNO disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar.
Sementara itu Mahdzir berkata ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan UMNO dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.
"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," kata beliau.

Terus Parah… 7000 Penyokong Pembangkang Serah Borang Sertai BN


SHAH ALAM, 17  Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Beliau menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN "Sirih Pulang ke Gagang" di sini.
Mereka adalah bekas penyokong pakatan Pas-DAP-PKR pada 2008 tetapi kini telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah Selangor kini serta telah mengambil keputusan menyokong BN.
Najib ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan tindakan mereka sebagai mencerminkan tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan BN dapat dipulihkan sejak pilihan raya umum 2008.
Sambil berterima kasih di atas sokongan mereka terhadap BN, Najib berkata : "Saya rasa amat terharu atas persetujuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong BN kerana kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat lagi utuh kerana kestabilan politik merupakan akar tunjang kepada masa depan negara kita."
Beliau berkata sekiranya keadaan politik terumbang-ambing dan tidak menentu serta tiada kestabilan politik, kesannya kepada negara adalah amat buruk. 
Katanya pelabur luar dan dalam negara akan bertanya sama ada wujud kestabilan politik di Malaysia sebelum membuat keputusan melabur.
"Jika kita dapat tunjukkan rakyat di Malaysia majoritinya menyokong BN saya percaya kesan pada ekonomi negara kita akan begitu memberangsangkan sekali dan kita akan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih tinggi lagi," katanya.
Perdana Menteri berkata aliran modal ke Malaysia akan membuka peluang pekerjaan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.
"Tentu tuan-tuan puan-puan mempunyai anak yang memerlukan pekerjaan dan ini akan jadi kenyataan jika kita boleh menambahkan pelaburan di dalam negara," katanya.
Najib berkata berkata kerajaan BN menyusun langkah untuk menolong semua kaum di negara ini termasuk golongan miskin dan berpendapatan rendah.
BN juga akan membantu menyelesaikan masalah yang khususnya dihadapi oleh
kaum India seperti ketiadaan MyKad, sijil kelahiran di mana kerajaan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyelesaikan masalah ini, katanya.
"Saya percaya banyak masalah sudah diselesaikan dan dalam masa terdekat banyak lagi masalah seperti ini akan diselesaikan oleh kerajaan BN," katanya.

Lebih Ramai Golongan Muda Di Kelantan Beri Sokongan Kepada UMNO – Mohd Fatmi


KOTA BAHARU, 31 Okt – Golongan pemuda di Kelantan di bawah kerajaan pimpinan PAS kini mula beralih sokongan kepada UMNO berikutan parti pembangkang di negeri itu dianggap ketinggalan zaman dalam perjuangan generasi baru.
Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata sambutan golongan muda terhadap UMNO amat menggalakkan setiap tahun berdasarkan peningkatan golongan itu dalam program politik anjuran mereka.
Misalnya, katanya, sejak sayap Puteri UMNO ditubuhkan lapan tahun lepas, penyertaan golongan muda adalah dingin sekali tetapi hari ini terdapat 400 wanita muda menyertai program motivasi sehari Puteri UMNO.
"Ini adalah suatu pencapaian. Terdapat perubahan paradigma di kalangan pemuda Kelantan masa kini. Keadaan semakin berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi dan kepimpinan Puteri UMNO di sini pada Sabtu.
Berikutan perubahan positif itu, Mohd Fatmi meminta Puetri UMNO Kelantan meningkatkan kempen maklumat dan kesedaran khususnya di kawasan Parlimen Kota Baharu bagi meraih sokongan golongan muda.
Katanya setiap ahli juga digesa mendapatkan dua ahli baru setiap bulan untuk menyertai Puteri UMNO.






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment