Monday, October 17, 2011

Re: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud

mohalim yea. erm. yea ak yea gak tu. brunei kecik je. raja pun Islam.
 
kalau arab saudi tu mana besar dengan malaysia?? raja dia tak Islam ke?? atau raja dia hanya arab je. ada pembangkang kat arab saudi??
 
kalau nak buat. buat je. tapi kalau tak nak. macam2 alasan.
 
aku teringat alasan orang yang tak puasa bulan ramadan, fuh... macam2 alasan. ada tu siap ngaku bukan melayu lagi. 

--- 11/10/15 (토)에 TopengPerak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: TopengPerak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
제목: Re: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
참조: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 10월 15일 (토요일) 오후 5:05

 
"Raja Berperlembagaan" dekat Negara Malaysia ni bukan beragama Islam ke..?

"Tiada pembangkang dalam Negara Brunei" - Masalahnya dekat Malaysia ni yang dok bangkang & tak nak laksana Hukum Allah ni bukan "Pembangkang", tapi "KERAJAAN".

Banyak la alasan... Kalau dah "Munafik" tu bagi la hujah apa pun...


2011/10/15 Mohd Halim <mohalim@yahoo.com>
Negara Brunai boleh lakukan kerana negara tersebut diperintah oleh seorang Raja Islam bukan raja berpelembagaan seperti di Malaysia dimana di negara tersebut sangat kecil (1/10 dari saiz Sarawak) dan terdiri daripada 99% orang Melayu berugama Islam. Tiada pembangkang dalam negara Brunai.


From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, October 15, 2011 4:39 AM
Subject: RG2011... Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud

 
----- Original Message -----

Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Ucapan Sultan Brunei yang mahu Undang2 Syariah Islam yang didalamnya termasuk Hudud dilaksanakan di negara itu.

Brunei yang merdeka pada 1984 ( 17 thn ) sudah bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya undang2 Allah.Adakah Malaysia yang sudah merdeka selama 54 tahun masih belum bersedia melaksanakan Hudud ??? Tidak ...Umno memang tidak mahu hukum ini dilaksanakan.

Memetik Ucapan Tuanku Sultan Brunei " Siapakah kita dihadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang2 ini bukanlah baru digubal,tetapi telah termaktub didalam Al quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih "...sayu,sebak pun ada.

Bertuahlah rakyat Brunei yang dikurniakan pemimpin yang benar2 takutkan Allah,takbirrrr !!! Allahuakbar !!!
 

Hudud: Malaysia patut contohi Brunei

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
 

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.
"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Kelmarin, Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.
Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.
Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan merupakan ketua agama Islam.
"Sekiranya terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Undang-undang syariah pelihara wanita
Sementara itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada semua.
Katanya, melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika ini.
"Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri.
"Selama ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita.
"Dengan adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja.
Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini.
"Secara kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda," katanya.Hrkh



No comments:

Post a Comment