Saturday, October 15, 2011

RG2011... Bajet 2012, bantuan RM500 kepada rakyat akan GAGAL jika

 

Di mana2 pun pasti ada keciciran ini, sama ada sengaja atau tak sengaja atau disebabkan proses yg pelik.
Saya katakan 'proses yg pelik' berdasarkan pengalaman beberapa tahun menghadapi banjir di Kuantan. Sebenarnya kawasan saya bukan kawasan takungan air pun, taman sebelan tak banjir kami yg banjir kerana semasa taman ini dibina, tidak ditambak secukupnya. Ada tangan2 ghaib yg telah hilangkan sebahgian wang untuk tambah tanah.
 
Bila banjir melanda,satu lorong semua kena banjir tapi ada yg dapat bantuan ada yg tak dapat.Munasabah ker kalau jiran sebelah menyebelah dapat, tiba2 sorang duk tengah2 tak dapat? Alasannya depa tak terima borang. patutnya jgn tunggu mangsa hantar borang, k/tgn jabatan kebajikan masyarakat dah ada nama2 penduduk disitu..pejabat depa pun  ada komputer, malah boleh pakai googel earth untuk tengok kawasan.  Kemudiannya, mangsa yg tak ada nama diminta tulis nama dalam satu senarai, ada juga yg kena panjat pejabat tanah nak daftar nama tercicir.. lepas tu buat tukun tiruan. Bukan tak ada peruntukan, malah duit tunai berlambak2 dikeluarkan melalui maybank. 
 
Audit tak ada, rekod tak ada. Inilah namanya 'proses yg pelik' . Saya dah tolong bawa perkara ni kepada  majlis bencana alam, tulis surat memaklumkan keadaan dan beri berpuluh cadangan yg disuarakan oleh mangsa banjir ,tapi mesin yg beri jawapan balas. Tak per la..payah kalau kerja tak ada integriti ,tunggulah soal jawab di akhirat.
 
From: Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
To: pasn9@yahoogroups.com; taman_alamanda@yahoogroups.com; assaidiyyah@yahoogroups.com; darul-khusus@yahoogroups.com; islah-net@yahoogroups.com; gerak-usrah@yahoogroups.com; suaraulama@yahoogroups.com; relexjap@yahoogroups.com; harakah_daily@yahoogroups.com; xbxl@yahoogroups.com; sdara82@yahoogroups.com; MISGUSAlumni@yahoogroups.com; jenaka@yahoogroups.com; cyberdigest@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; malaycafe@yahoogroups.com; maynetwork@yahoogroups.com; mymasjid@yahoogroups.com; panoramaku@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com; Sutera@yahoogroups.com; umno-reform@yahoogroups.com; cyberkasih@yahoogroups.com; Menganggur@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; Watan_Sabah@yahoogroups.com; parti-keadilan@yahoogroups.com; Minda_UMNO_PAS_keADILan@yahoogroups.com; Malaysian_Students_Free_Speech@yahoogroups.com; idealis_mahasiswa@yahoogroups.com; Usahawan_Melayu@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 8 October 2011 10:35 PM
Subject: (INGATAN) Bajet 2012, bantuan RM500 kepada rakyat akan GAGAL jika

 
Ada banyak perkara yang ingin saya ulas mengenai bajet 2012. Dalam ruangan ini saya ingin ulas pemberian sekali sahaja RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Program ini akan GAGAL sekiranya pelaksanaan di peringkat akar umbi tidak telus dan tidak menyeluruh. Ingat lagi tak program Kupon Beras untuk keluarga miskin yang dicanang-canang pada tahun 2009.

Program tersebut diberi nama SUBUR iaitu Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) dengan kos RM60 juta sebulan. Ianya dilancarkan pada 13 Oktober 2009, akan tetapi kabinet menangguhkan program ini pada 15 Nov 2009 atas alasan ramai nama yang tercicir, dan ada nama yang telah meninggal dunia terdapat dalam senarai yang menerima bantuan.

Untuk mendapatkan RM500 , perlu mendaftar di LHDN. Bagaimana kita nak pastikan setiap keluarga di kampung mendapat bantuan tersebut, juga setiap keluarga orang asal? Bagaimana pula nak dikira satu isi keluarga? Kalau dalam satu rumah di kampung ada pasangan datuk dan nenek, pasangan emak dan ayah, pasangan abang dan kakak ipar, pasangan kakak dan abang ipar dan pasangan cucu sulung yang sudah berkahwin, sudah di kira 5 ketua isi rumah yang pastinya pendapatan mereka bawah RM 3,000 sebulan.

Kalau semua ini dapat dilaksanakan sampai ke peringkat akar umbi, memang amat baik. Bagaimana kita hendak pastikan tiada yang tercicir seperti Program Kupon Beras SUBUR yang akhirnya ditangguhkan? Juga seperti kisah IBU PERGI PEJABAT KE PEJABAT TAGIH SIMPATI pada hujung artikel ini.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com

INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article

PEMBERIAN KUPON BERAS PERCUMA
Pada 13 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200 000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini. Pemberian kupon khas tersebut bagi mengantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong yang bernilaiRM60 juta sebulan.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/4952-pemberian-kupon-beras-percuma.html

ORANG MATI PUN LAYAK DAPAT KUPON BERAS
Di mana silapnya ? Bukan kupon beras sahaja, banyak bantuan kerajaan sebelum ini ada yang tidak sampai ke golongan sasaran. Tak percaya tanyalah orang kampung siapa selalu dapat bantuan kewangan, rumah PPRT, bantuan lembu, tanah pinggir dan sebagainya ?
http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

KEMENTERIAN PERTANIAN DIMINTA TANGGUH SUBSIDI BERAS
BACHOK, 15 Nov (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta menangguhkan cadangan pemberian subsidi beras kepada golongan miskin pada bulan depan kepada suatu tarikh lain untuk memberi peluang lebih ramai rakyat mendapat faedah. Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein bimbang jika cadangan itu dilaksanakan pada tempoh berkenaan, hanya sebilangan kecil iaitu mereka yang mendaftar dengan E-Kasih sahaja yang mendapat faedah."Kerajaan persekutuan membelanjakan peruntukan sebanyak RM60 juta sebulan bagi tujuan itu," katanya.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=455408

KERAJAAN TANGGUH PROGRAM SUBSIDI BERAS
2010/04/07
KERAJAAN menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) bagi membolehkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPP) Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat pengesahan senarai nama dalam daftar e-kasih dan memasukkan semula senarai yang tercicir.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaantangguhprogramsubsidiberas/Article/index_html

IBU PERGI PEJABAT KE PEJABAT TAGIH SIMPATI

Hanya semata-mata untuk memberi makan kepada keluarga dan merawat anaknya yang sakit, seorang ibu terpaksa menebalkan muka, pergi dari satu pejabat ke satu pejabat untuk menagih simpati mereka yang sudi membantu. Rohariza Che Lah, 32, tidak bekerja serta mempunyai 3 orang anak, telah berbuat demikian sejak anak bongsu kesayangannya Mohamad Shahrul Danish Hisham, 2 tahun telah disahkan mempunyai masalah jantung di Hospital Sultanah Bahiyah.

Anaknya memerlukan rawatan yang kerap yang dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan pergi balik dan segala yang berkaitan. Rohaiza dan keluarganya meneruskan kehidupan dengan bantuan jirannya yang prihatin, menyewa di sebuah bilik yang sempit dengan sewa RM80 sebulan.

Beliau ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi belum mendengar apa-apa maklum balas.Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini, bolehlah berjumpa mereka di bilik sewaan mereka di No. 140, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard, Alor Star, kerana mereka tidak mempunyai telefon dan akaun bank.
http://waghih.blogspot.com/2011/10/ibu-pergi-pejabat-ke-pejabat-tagih.html



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment