Monday, October 10, 2011

RG2011... Berhati-hati dengan apa yang kita makan, pakai dan guna

 

Salam alaik,

Sila ke link di bawah ini untuk berita sepenuhnya berkenaan kesan AGENT ORANGE, sejenis bahan kimia pembunuh tumbuhan yang digunakan Tentera Amerika semasa Perang Vietnam.

-> http://english.aljazeera.net/programmes/peopleandpower/2011/09/2011928111920665336.html

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang terkena kesan sampingan Agent Orange akibat pencemarannya di dalam Kitaran Alam pada air sungai, takungan air bawah tanah, tanah, tumbuhan dan haiwan di 7.4juta hectare tanah di Vietnam dan sebahagian lagi di Kemboja dan Laos.

Link-link ini pula mempaparkan laporan lebih lanjut dan saman yang dikemukakan oleh mangsa kesan sampingan Agent Orange.


Sejak setahun yang lalu, saya terlihat beberapa produk MADU ASLI dari Vietnam di dalam beberapa Pasaraya Popular.

Saya harap sahabat semua berhati-hati kerana kita tidak ketahui dari kawasan mana Madu Asli ini dihasilkan di Vietnam.

Sebelum ini, pernah saya utarakan beberapa produk lain dari China termasuklah permainan kanak-kanak yang diperbuat daripada Plastik, apabila disentuh mengganggu hormon pembesaran atau menghayalkan. Juga berkenaan jenis Polymer yang digunakan oleh paip PVC saluran air sebelum ia diharamkan baru-baru ini.

Kita juga telah tergempar baru-baru ini dengan hadirnya DNA babi di dalam produk Mentega. Dah berpuluh tahun lamanya, hanya baru ini sahaja kita sedar setelah berkoyan masuk badan.

Kita juga ketahui bahawa sarapan kesihatan kanak-kanak yang giat dicanang oleh beberapa pengusaha makanan juga mempunyai kandungan GULA YANG AMAT TINGGI. Hanya baru-baru ini sahaja kerajaan menyiarkan tindakan dan pemantauan terhadap pemakanan anak-anak di sekolah supaya tidak boyak (obese). Selain daripada BOYAK, akibat gula cukup banyak - termasuklah hiperaktif, diabetes, sakit kulit, gangguan hormon dan banyak lagi.

Ia memaparkan bahawa RAMAI PENGUSAHA masih tidak ambil peduli dengan produk yang mereka offer pada kita dan kesannya. Yang penting untung. ... untung.... untung.

Oleh itu, kita sendiri yang perlu menyusun keperluan keluarga dengan lebih bertanggungjawab.

Walaupun kita berniat baik di dalam pemberian kepada ahli keluarga, kita perlu perihatin dan ketahui apa yang masuk ke dalam badan, apa yang dipakai dan apa yang diguna setiap.

Agar ahli keluarga kita dapat sejahtera seumur hidup dan mendoakan kita setelah pemergian.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.-------------------------www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment