Friday, October 14, 2011

RG2011... Dream Team Harimau Malaya (undian Kafe Sukan)

 

Thursday, October 13, 2011

Dream Team Harimau Malaya

Banyak juga cadangan atau komen2 yang diberikan dalam group FB Kafe Sukan sejak kekalahan besar pasukan kita kepada Australia minggu lepas. Kebanyakannya meminta coach kita Datuk Rajagopal (RG) berundur. Ada jugak yang memberi komen tentang perlunya FAM dirombak dan ada yang memberi komen kesilapan RG tidak pandai memilih pemain.

Apa yang hanya mampu kita buat sebagai peminat yang tidak mempunyai suara? Aku tahu rombakan FAM cara yang terbaik untuk hasilkan pemain negara yang berkualiti tapi aku manusia biasa sempat ke tak, nak tengok hasil yang dituai tu? Jadi pelan jangka pendeklah jawabnya. Lebih molek kalau jangka panjang dan pendek dilakukan serentak. Baru hidup peminat bola bertambah ceria hendaknya!

Aku lihat banyak pilihan yang dibuat oleh ahli2 group. Tanggal 11 Oktober 2011 jam 10.25 pagi, kepala otak aku terdetik untuk membuat undian dream team untuk pasukan kebangsaan. Setiap seorang hanya layak mengundi 3 pemain yang dirasakan terbaik. Tarikh tutup ialah 13 Oktober 2011 pukul 8 pagi waktu Malaysia. Daripada undian tersebut baru aku rasa dapat membariskan pemain2 yang paling hebat di Malaysia ketika ini.

Wow! nampaknya ramai betul yang beri feedback yang baik. Terbaiklah geng2 Kafe Sukan. Walaupun tak banyak yang buat pencalonan mungkin beranggapan cadangan ini hanyalah sia2 sahaja namun masih ramai yang ambil bahagian iaitu seramai 118 ahli group telah membuat pencalonan. Sebanyak 70 pemain dari serata Malaysia telah dicalonkan.

Maka berderetlah pemain2 yang mempunyai kesaktian di dalam negara telah tersenarai. Pencalonan yang terhebat diberi kepada hero free kick kita iaitu Safiq Rahim iaitu sebanyak 52 pencalonan dan David Beckham Malaysia tewas tipis dengan ketinggalan satu pencalonan sahaja. namun begitu bukanlah pencalonan terbanyak yang dicari tapi skuad yang membariskan 22 pemain terbaik kebangsaaan dari kacamata peminat bolasepak yang dicari!

Nak tahu hasil undian dream team? ceritanya ada di sini http://www.bazookapenaka.com/2011/10/dream-team-harimau-malaya.html



--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment