Tuesday, October 18, 2011

RG2011... Fw: Agenda Selangorku

 

----- Original Message -----
 

Agenda Selangorku: Ke Arah Menjadikan Selangor Negeri Idaman Dan Contoh

selangorkini
 

Agenda Selangorku Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun 2011-2013 telah dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 16 September 2011.

Agenda Selangorku bertujuan menjelaskan falsafah pentadbiran dan wawasan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor serta menggariskan program-program dan perancangan kerajaan negeri untuk tempoh dua tahun akan datang.

Agenda ini akan memandu negeri dan pihak terlibat untuk menjadikan Selangor negeri contoh. Semua program yang akan diteruskan dalam tempoh dua tahun akan datang tetap mendukung prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban sama seperti program-program yang telah dan sedang dilaksanakan sekarang.

Agenda Selangorku dihasilkan menerusi proses perundingan yang mengabungkan dua pendekatan iaitu mengumpul maklum balas dan mengadunkan semua maklum balas yang diterima.

Proses perundingan melibatkan kerajaan negeri dengan ketua masyarakat dan pihak industri menerusi sesi dialog yang telah diadakan di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sesi soal jawab bersama Menteri Besar.

Selain itu, dokumen Agenda Selangorku turut menggunakan laporan dan dokumen sebagai rujukan seperti Halatuju Selangor 2025, hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center, rancangan The Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, kertas cadangan dari pelbagai badan bukan kerajaan, laporan hasil pertemuan Menteri Besar dengan PBT dan Dialog Bajet 2011.

Dokumen ini, digariskan wawasan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam menyediakan pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi., yang merangkumi Pemuliharaan Tanah, Perdagangan dan Pelaburan, Sungai Bersih, Transformasi Pertanian, Pengwujudan Pekerjaan / Pengurangan Kemiskinan, dan Pendidikan.

Untuk membela golongan berpendapatan rendah, semua anak syarikat negeri akan implimentasikan gaji minima RM1,500 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2012. Ini bagi mengesa kerajaan Persekutuan memperkenalkan gaji minima kebangsaan dan menunjukkan komitmen kerajaan negeri.

Dokumen ini mengandungi wawasan negeri untuk menjadikan bandar-bandar dan pekan-pekan sesuai didiami dengan kualiti kehidupan yang tinggi menerusi perubahan kepada Penyampaian Perkhidmatan Awam, Pengangkutan Awam dan Kesediaan, Kemapanan Persekitaran, Kemapanan Bekalan Air, Membina Bandar yang Lebih Selamat dan Menyediakan Perumahan Murah.

Rumah mampu milik seluas 850-1,000 kaki persegi berharga RM100,000 akan dibangunkan dan disasarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,5000 hingga RM5,000 sebulan. Sejumlah 11,000 unit akan dibina setiap tahun oleh PKNS di kawasan seperti Hulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Langat, Petlaing dan Shah Alam. Projek sulung telah bermula di Bangi.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta untuk pemasangan CCTV demi keselamatan penduduk.

Setiap DUN pula diperuntukkan RM1 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, jambatan, longkang dan sebagainya di bawah selian pihak berkuasa tempatan.

RM5 juta diberi untuk pembangunan kampung-kampung baru dan RM4 juta untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi.

Dalam dokumen ini juga menerangkan wawasan negeri melahirkan masyarakat bermoral dengan prinsip kesedaran sivik yang tinggi menerusi Seni dan Kebudayaan, Agama dan Masyarakat, Isu Berkaitan Jantina, Orang Asli, Kesihatan dan Memperkasakan golongan Pemuda.

Digariskan juga wawasan Kerajaan Selangor sebagai negeri yang memiliki pentadbiran yang bertanggungjawab, telus dan mantap dengan wawasan untuk Membentuk semula Kerajaan Tempatan, Dewan Undangan Negeri, Ketelusan dan Kebertanggungjawaban, dan Masyarakat Awam.

Sehubungan itu, Pilihan raya tempatan yang pertama dirancang dilakukan di Petaling Jaya pada 2012.

Dokumen ini menerangkan cabaran-cabaran yang dihadapi Kerajaan Selangor dalam melaksanakan segala perancangan ini serta perincian beberapa halangan dari segi hubungan dengan kerajaan persekutuan, had-had sumber negeri, isu-isu kapasiti di peringkat kerajaan tempatan.

Dokumen ini meliputi topik yang luas dan cita-cita kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana sumber dan bidang kuasa kerajaan negeri yang terhad, program-progam yang digariskan dalam Agenda ini sebagai cubaan untuk memaksimakan impak dari sumber yang kecil.

Justeru, kebanyakan program-program ini sekadar 'projek-projek perintis' atau fasa pertama kemudian ditapis dan diperkembangkan secara berperingkat ke seluruh negeri.

Isi kandungan penuh dan terperinci Agenda Selangorku: Pelan Tindakan dan Visi Untuk tiga tahun (2011-2013).

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment