Tuesday, October 18, 2011

RG2011... Fw: Kerajaan Negeri Ambil Alih Hutang Unisel

 

----- Original Message -----

Kerajaan Negeri Ambil Alih Hutang Unisel

selangorkini

SHAH ALAM 16 OKTOBER : Kerajaan Selangor telah mengambil alih bond Universiti Selangor (Unisel) berjumlah RM235 juta agar ia dapat memberi tumpuan dan dana kepada meningkatkan tarafnya sebagai insitusi pengajian tinggi di negara ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata bond atau hutang yang ditanggung Unisel selama 12 tahun operasinya sudah hampir dua kali ganda hutang asal.

Hutang asal RM150 juta, yang diambil dari bank untuk tujuan pembinaan Unisel, kini berjumlah RM235 juta, selepas dicampur faedah, kata Halimah.

Beban hutang ini telah menyekat usaha Unisel untuk mengembangkan operasi pendidikan dan pembangunnya, Halimah berkata.

"Kerajaan mengambil ketetapan untuk tidak membebankan Unisel. Unisel kerjanya melantik dan mendidik pelajar supaya mereka boleh maju dan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan lebih cergas."

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis konvokesyen ke-6 Unisel.

Halimah berkata dalam usaha meningkatkan taraf program pendidikannya, Unisel telah menandatangi beberapa perjanjian dengan universiti-universiti tersohor dunia.

"Unisel mendatangai MOU dengan universiti berprestij di dunia seperti Manchaster Universiti, Imperial College dan Cambridge University."

Majlis Konvokesyen ini dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seramai kira-kira 4,000 graduan menamatkan pengajian dengan daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas.

Istiadat konvokesyen kali ini juga menganugerahkan tiga anugerah istimewa kepada tiga orang pelajar cemerlang iaitu Nor Izzati Muhammad,22, Muhammad Asraf Mat Nor,25, dan Veera Shamaraj Balacandran,24, yang paling cemerlang sepanjang pengajian mereka di Unisel.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment