Wednesday, October 26, 2011

RG2011... Fw: Penyata Kewangan Kerajaan Sngor/PP Meningkat

 

----- Original Message -----

Laporan Audit: Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2%

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan," laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik.

Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.

Bagaimanapun hasil kerajaan negeri berjumlah RM1,571.50 juta menurun RM192.36 juta berbanding 2009 sebanyak RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

"Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri," laporan itu dipetik.

Namun, pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan tidak memuaskan di mana secara purata, kerajaan Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.89 juta (1.6%).

Manakala pencapaian pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri pula, secara umumnya dicatatkan berada pada tahap sangat baik, jelas laporan itu.

Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5%) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009.

Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Projek Ladang Hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.

Dalam rumusannya, Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut.

"Kerajaan Negeri juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat," jelasnya. -KD

Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.
-tvsnews
 

comments:

Anonymous said...

hidup selangor.
hidup rakyat (penyokong pr saja) selangor.
hidup khalid ibrahim.
pergi mampus noh omar.

 

Semua Petunjuk Kewangan P.Pinang Meningkat, Berjaya Lupus 95% Hutang Peninggalan BN

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

comments:

Anonymous said...

TV3 haram lapor teguran pada kerajaan PR ...siapa nak percaya kecuali ayam,itik,kambing,hanjing serta makcik pakcik kampung di johor yg setaraf..haha

Anonymous said...

pedulikan tv3 haramjadah tu.
ramai dah tak tengok tv gilababi tu.
apa yang patut dibuat.
cetak banyak2, kemudian edarkan.
supaya rakyat tau cara mana
duit mereka dibelanjakan.
pru13 nanti, kasi ajar malaun2 tu.

Anonymous said...

Penyokong dan Ahli umno Pulau pinang wajib sedar dan segera meninggalkan umno dengan menyokong pakatan rakyat.

Act Now! said...

Pertama sekali, kerajaan Bangsat Najis sudah sekian lama merogol hak hidup rakyat dan merampas harta rakyat.
https://sites.google.com/site/1moneysia/ ~

Kedua, kalau rakyat nak kuburkan Bangsat Najis mudah sahaja.
Jutaan rakyat fotokopi wang, sekelip mata semua jadi jutawan.
http://selangormydreamstate.blogspot.com/ ~

MALANGNYA, RAKYAT TERAMATLAH BODOH dan terus diperdungu oleh agama palsu yang dicipta untuk memecah-belah rakyat bodoh agar mudah memerintah rakyat bodoh.

Kebodohan rakyat yang tak terhingga inilah membolehkan kerajaan kroni korup keparat makin mandul minda dan jahanam jiwa sehingga sanggup membunuh rakyat setiap saat. Buktinya terpampang jelas setiap hari tapi maklumlah RAKYAT TERAMATLAH BODOH.
https://sites.google.com/site/1moneysia/ ~

Mattamam said...

Melayu penang..bertaubat lah..mr sama2 sokong kerajaan pr yg telus n berintegriti..laporan audit dah membuktikannya..jgn lg diperbodohkan oleh mamak2 yg mnyamar melayu demi membolot harta d negeri anda..

Anonymous said...

Alhamdulillah satu petunjuk Terbaik utk ubah PEMERINTAHAN malaysia yg bahlool kepada yg bermanafaatkan ekonomi malaysia....turunkan harga barang 0 kan tarif electrik...Bil Air di selangor pada saya ok....tukar PM di PRU13.....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment