Sunday, October 16, 2011

RG2011... JANGAN GUNAKAN NEGARA SEBAGAI TEMPAT BEREKSPERIMEN

 

Jangan Gunakan Negara Sebagai Tempat Bereksperimen – Shafie Apdal


Malaysia bukan sebuah negara yang boleh digunakan sebagai tempat bereksperimen oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata sifat pembangkang itu tidak mencerminkan ketetapan dalam membawa matlamat perjuangan mereka, dan ia seolah-oleh sebagai 'eksperimen'.

"Jangan gunakan negara Malaysia sebagai satu tempat bereksperimen untuk generasi masa depan. Sekejap halal sekejap haram, sekejap boleh buat hudud, sekejap tak nak buat hudud.

"Bila Umno berpakat dengan MCA dan MIC, ia haram, bila PAS berpakat dengan DAP, ia halal," katanya ketika berucap menutup majlis Penerangan Perdana peringkat Perak di Dewan Jubli Perak hari ini.

Sementara itu, ketika sidang akhbar, beliau berkata gagasan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya tranformasi pentadbiran kerajaan, malah dalam sektor ekonomi, politik dan sosio ekonomi rakyat.

"Kita akan pastikan gagasan ini dan program transformasi dapat difahami oleh rakyat, dan sekaligus rakyat dapat bekerjasama untuk menjayakan pelan ini," katanya.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata program Transformasi Luar Bandar bukan sekadar membebaskan masyarakat daripada belenggu kemiskinan serta meningkatkan prasarana, malah bermatlamat melonjakkan kawasan itu ke satu tahap yang lebih baik.

Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi sedang melatih hampir 200 penuntut institut pengajian tinggi dari luar bandar untuk menjadi duta Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu menjayakan program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata majlis penerangan perdana berkenaan adalah yang ketujuh selepas dilancarkan Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada awal bulan ini di ibu negara.

"Selepas tujuh kali diadakan, apa yang dapat disimpulkan adalah sokongan terhadap BN amat jelas meningkat di negeri-negeri," katanya sambil menambah majlis itu akan diadakan di kawasan parlimen pilihan di mana BN mencatat kemenangan majoriti dan kalah menerusi 3,500 undi ke bawah.


Best Nation.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment