Wednesday, October 12, 2011

RG2011... KENAIKKAN GAJI ADUN SELANGOR SATU KEPERLUAN - Khalid Ibrahim

 

ANUGAY HIPOKRIT!!!


Apa lagi yang nak diamukkan dek bekas Ahli Parlimen PKR ni? Tak habis - habis lagi ke dia nak mengamuk dengan Si Ketua Penipu tu?

Hari tu, dia berjaya menutup mulut puak - puak yang berani memurtadkan orang - orang Islam dan mereka yang KONONnya memperjuangkan Islam tu.

Kali ni, nampak gayanya, dia masih lagi menjadikan Si Ketua Penipu tu sebagai sasaran dalam sidang Dewan Rakyat hanya semata - mata kerana menolak kenaikan elaun baru - baru ini.

Kata Zulkifli Nordin, tindakan Pakatan Pembangkang menolak kenaikan elaun tu hanyalah merupakan gimik Politik semata - mata.

KONONnya, bagi Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang, ianya adalah tidak sesuai buat mereka untuk mengambil duit cukai rakyat  dan dijadikan gaji tambahan buat mereka.

Sambil menyifatkan Si Ketua Penipu tu sebagai 'Tidak Berguna', Zulkifli Nordin menjelaskan bahawa apa yang dikatakan oleh Pakatan Pembangkang itu hanya Retorik belaka.

Katanya, mereka menolak kenaikan elaun gaji bagi Ahli - Ahli Parlimen tetapi meluluskan kenaikan gaji bagi ADUN - ADUN Selangor dibawah pentadbiran Khalid Gagap.

Walaubagaimana pun, kenyataan Zulkifli Nordin itu dibidas oleh Ahli Parlimen DAP dengan menyatakan kenaikan itu adalah berdasarkan kenaikan dalam pendapatan Selangor.

Kenaikan gaji bagi ADUN Selangor, katanya, dibuat mengikut keperluan untuk penambah-baikan perkhidmatan ADUN - ADUNnya.

Wah! Kiranya, kalau tambah elaun ADUN tak pe, tapi elaun Ahli Parlimen tak boleh la ye. Kalau tambah elaun MP, kira macam ambik duit rakyat.

Tapi kalau tambah duit ADUN, tak kira macam ambik duit rakyat jugak ke? Tak kira la sama ada terdapat penambahan dalam pendapatan Negeri atau sebagainya.

Duit tu tetap jugak datang dari pembayar cukai iaitu rakyat sendiri. Lagi pun, nak tambah baik perkhidmatan ADUN menda kejadahnya pulak?

ADUN diorang bukannya buat kerja. Sama la dengan Ahli Parlimen diorang yang ada pada hari ni. Semuanya tak buat kerja untuk rakyat. Kerja pun setakat makan gaji buta je.

Dah la nak buat kerja untuk rakyat pun susah. Nak datang ke sidang Parlimen pun malas. Tak ke mengabiskan duit rakyat namanya tu.

Jadi, adakah layak mereka ambik gaji mereka selama hari ini? Patutnya, diorang ni tak payah dibayar gaji lansung. Baru padan muka diorang.

Kalau nak bayar pun, ikut kehadiran diorang datang dan duduk dalam sidang Parlimen. Baru berbaloi bayar gaji diorang. Kalau tidak, buat mengabihkan beras je la kerja diorang ni!!! Macam sial!!!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment