Tuesday, October 11, 2011

RG2011... MAKAN BERBUNYI

 

 

Ape yer nak buat.... kalau ketua kita makan macam ne.....?? sebab dia kata elok makan mcm ne .... tapi kalau org kita MELAYU ler pantang ....

 

agak2 korang lah kan, korang makan berbunyi ke tak? kalau makan keropok rangup2 bunyi krakkrukk krakkrukk krakkk tu memang dah lumrah lah kan. makanan ranggup. memang akan berbunyi lah sebab kejadian n keadaan keranggupan. iklan kat TV pun akan tunjukkan tahap keranggupan keropok2 tu smua. lagi ranggup lagi lah sedap. mcm potato chips tu lah. kalo tak ranggup maknanya dah masuk angin.

tapi kalau makan nasi, makan kek, makan roti, dan lain-lain makanan yang langsung tiada sifat keranggupan, perlu ke mengeluarkan bunyi mengecap mecap chapp?

orang tua-tua cukup pantang kalau makan berbunyi. kata mereka tiada adab. umpama makan dengan cicak. sbb cicak kan mecapp mecapp gitu. tambah2 lagi kalau yang keluarkan bunyi tu adalah seorang perempuan. tak ke perempuan patutnya sopan, jaga tingkah laku, adab semua. buat aku rasa macam nak lempang laju2, tampar je mulut tuh. buat malu kaum aje laa.

so apa kita nak kategorikan orang yang makan berbunyi chap chap chap nih? mak bapak tak ajar, tak pernah nak didik? Makan berbunyi tu menunjukkan didikan yg diterima seseorang dari keluarganya. Maknanya dia tak pernah diajar atau ditegur. Makan pun kena laa ada disiplin bukan setakat mengunyah tetapi apabila menggunakan sudu dan garfu pun ada caranya. Baru laa nampak sopan dan beradab.

Macam mana kita nak tegur orang yang makan berbunyi ni? kalau kita dah penah tegur, tapi still tak jalan, macam mana? adakah disebabkan mak bapak sendiri tak pernah nak tegur kesalahan adab anak sendiri, menjadikan teguran orang lain dianggap kosong, tak penting?

aku dah sangat terseksa jiwa raga. cair taik telinga aku ni tiap hari dengar chap chap chap. geli! meloyakan! pencemaran bunyi laa senang cerita. peringatan lah, kalau ada adik beradik sedara mara makan bunyi, tegur2 lah. sbb ape? yang buruknya orang akan salahkan keturunan, kaum kerabat, mak bapak. 

jadi silalah makan dengan cara yang beradap. kalau kau makan berchapchapchap berkemungkinan orang akan cuba menjauhi diri mereka daripada anda. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh pah hazirah :)

 

Thank You & Best Regards,

Roslina Mn Nasir,

HR DepT

Lot.15,Lebuh Hishamuddin 3,Kaw 20,

Bandar Sultan Suleiman,

42000 Port Klang,

Selangor Darul Ehsan.

Tel : +60(3)-31763446

Fax: +60(3)-31764229

Email: roslina@medipro.com.my

P Save our trees. THINK BEFORE YOU PRINT

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment