Tuesday, October 4, 2011

RG2011... PAS MALU, TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI!!!

 


PAS melalui lidah Nik Aziz, Haji Hadi dan para pemimpin utamanya sering mendakwa bahawa orang bukan Islam atau orang kafir Dzhimmi di negara ini terlepas dan bebas daripada terikat dengan hukum Hudud, merupakan satu fitnah atas nama agama - bahkan ia merupakan pembohongan yang jauh terpesong daripada kehendak ajaran Islam yang sebenar. Maka, tidak hairanlah, Tun Mahathir pernah mendakwa bahawa Hukum Hudud yang dicanang oleh PAS selama ini, bukanlah hukum Hudud yang sebenar, sebaliknya ia hanyalah hukum yang digubal dengan kejahilan dan retorik politik untuk berkuasa. Baca penjelasan berhubung hukum Hudud wajib dikenakan juga ke atas orang kafir Dzimmi yang tinggal di dalam sebuah negara Islam :

ISU ORANG BUKAN Islam tidak dikenakan hudud telah muncul di Malaysia sejak tahun 2003 apabila Parti Islam Semalaysia (PAS) melancarkan Draf Negara Islam (DNI)setebal 53 muka surat. Ketika melancarkan DNI ini, Tuan Haji Hadi antaranya menyentuh berkenaan hukum hudud kepada bukan Islam.
Isu ini menimbulkan kebingungan kepada ummat Islam di Malaysia. Saya sendiri dulu diajar oleh PAS bahawa orang kafir yang menjadi warga Negara Islam juga wajib dikenakan hudud. Jika selama ini PAS secara jelas dalam Draf Hudud Kelantan menyatakan hudud wajib ke atas Islam dan bukan Islam, tetapi secara rasminya DNI menidakkan hukum tersebut. Sangat menyedihkan apabila sesetengah ahli PAS, tetap mempertahankan apa saja keputusan ulama' mereka (termasuk bagi kes hudud ini) tetapi masih ada lagi sebilangan orang Islam yang teliti dalam menilai hukum syara' dan tidak menjadikan ulama' sebagai standard kebenaran. Golongan inilah yang mengalami kebingungan, tidak tahu bagaimana untuk berhukum.
Dalam Draf Negara Islam(DNI) yang dikeluarkan PAS pada tahun 2003 edisi bahasa melayu cetakan pertama muka surat 27 adalah dinyatakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Penduduk bukan Islam diberi pilihan samada hendak menerima hukum tersebut (hukum Islam) atau Common Law (hukum kufur). Firman Allah swt dalam Al Quran:
Maksudnya: Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram. Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakan kamu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; keran sesunguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.(Al-Maidah 42)
Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut di atas dikatakan PAS tidak adil, maka ketetapan Allah swt dalam ayat ini juga tidak adil. Memberi pilihan kepada orang bukan Islam samada menerima hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir atau sebaliknya bukanlah ketentuan yang PAS kepada mereka tetapi ketetapan yang Allah jelas dan nyata. Sebarang pertikaian dalam perkara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pembaca yang dikasihi,
Kewajipan kafir dzimmi dikenakan hukuman hudud adalah hukum qathie sebagaimana kewajipan solat, puasa, riba' dan lain-lain hukum qathie yang disampaikan secara tawatur baik dalam Al Quran mahupun Al Hadith. Tindakan PAS terutama Haji Hadi melaungkan di mana-mana hudud tidak dikenakan keatas bukan Islam dan malah mereka menyatakan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini sekaligus mempertikai hukum Allah adalah merupakan kecerobohan dalam agama. Penggunaan ayat 42 Surah Al Maidah tersebut jelas salah kaprah kerana ia digunakan pada konteks yang salah. Semua ini akan saya huraikan secara detail dalam siri-siri berikutnya.
Apa yang saya hendak saya pada siri pertama ini, adalah kewajipan kafir dzimmi dikenakan hudud adalah kewajipan yang qathie, bukan khilafiah. Tindakan mana-mana pihak menafikan hukum ini adalah merupakan kecerobohan dalam agama yang wajib dmuhasabah dan ditentang apatah lagi dibawa oleh ulama' yang memimpin parti Islam. Oleh itu saya minta kepada pembaca sekelian untuk menilai apa yang akan saya sampaikan ini berdasarkan hujah syara' semata, tiada selainnya. Janganlah ketaatan kepada ulama' menutup pintu hati kita dalam menilai kebenaran. Kerana Allah mengecam tindakan sedemikian secara keras dalam firmanNYa:
تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah: 31).
Oleh itu, mari kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita dalam memahami penjelasan berikutnya untuk menerima kebenaran sekiranya ia benar. Dan menolak kebathilan jika ia bathil. Kita mohon kepada Allah supaya kita berhukum dengan bersandarkan dalil syar'ie semata. Kita mohon juga kepada Tuhan yang Maha Pemberi Petunjuk, agar kita tidak berhukum kerana sekadar ketaatan kepada pemimpin kita, atau kepercayaan kepada ulama' tertentu melainkan semata atas kebenaran dalil Mu, ya Allah. Ameen,
Dalam surah Al Maidah ayat 41 hingga 45 Allah menceritakan betapa kedegilan Orang Yahudi dalam menerima seruan Nabi Musa. Kepada Nabi Musa diturunkan Kitab Taurat yang menjadi Kitab wahyu. Kemudian dalam ayat 46 dan 47, Allah menceritakan kepada Nabi Isa telah diturunkan Injil tetapi diingkari oleh Bani Israel. Seterusnya dalam ayat 48 Surah Al Maidah, Allah mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul yang baginya diwahyukan Al Quran sebagai sumber hukum.
Dan kami telah turunkan kepada mu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenar apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang yang diturunkan sebeklumnya) dan sebagai memansuhkan kitab-kitab yang lain;maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu memgikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada mu. Untuk tiap-tiap ummat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang.Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikannya satu ummat(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberiannya kepada mu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepada mu, apa yang telah yang kamu perselisihkan itu. (Al Maidah:48)


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment