Thursday, October 6, 2011

RG2011... RENUNGAN : Ðendam, penyakit yang tidak kelihatan

 

Ðendam, penyakit yang tidak kelihatan




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini dikongsikan satu artikel nukilan pemangkin minda yang tersenarai di bloglist iaitu Ðr Azhar Sarip, yang sangat menarik untuk dijadikan santapan minda buat pembaca setia dan pengunjung Laman-Seri. Ia berkaitan dengan penyakit hati yang tidak kelihatan di mata kasar dan tidak pula boleh di x-ray oleh mesin yang canggih manggih sekalipun iaitu 'dendam'.

Bila kita bercakap tentang sakit, maka pastinya kita sering memikirkan penyakit-penyakit yang dapat dilihat kesakitannya. Kita lebih memahami kesakitan yang dialami oleh orang yang patah tangannya dari mereka yang mengalami penyakit darah tinggi.

Kita lebih kasihan kepada mereka yang luka di kepala dari mereka yang menggigil menahan kesakitan migrain. Justeru, manusia sememangnya lebih mudah memahami apa yang dilihatnya dari apa yang tersirat di sebalik pandangan mata kasar.

Jika kita katakan pula tentang sakit yang tidak nampak oleh mata kasar, maka secara mudahnya kita mengatakan ia adalah penyakit ghaib. Ghaib kerana kita tidak melihatnya namun seandainya kita sudah melihatnya maka hilanglah keghaiban tersebut.

Kanser misalnya, boleh kita katakan penyakit ghaib kerana tidak nampak oleh mata kasar, tetapi apabila zaman semakin moden serta banyak kelengkapan perubatan yang canggih, kanser cukup mudah dikesan dan tiada lagi istilah keghaiban padanya.

Oleh yang demikian, penyakit yang kita katakan ghaib belum tentu ghaib secara hakiki, namun ada juga penyakit yang benar-benar ghaib. Ghaib kerana ia sukar untuk diterjemahkan oleh mata kasar mahupun kanta yang canggih. Penyakit ini dinamakan 'penyakit hati'. Penyakit hati pula ada banyak jenis dan rupa, ia saling berkait, biar tidak serupa tetapi mudah cerita ianya datang dari baka yang sama, ibarat adik-beradik di dunia nyata.



--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment