Diorang tu dah jadi bebal dan bangang akibat banyak makan duit haram, rasuah dan seleweng..hati dah jadi hitam, otak dah jadi bejat. Kena mandikan dengan air sungai 7 kuala baru dapat sedikit akal kot? Itu pun kalau tak dibaham buaya..
From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, February 14, 2012 5:29 PM
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, February 14, 2012 5:29 PM
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
Hukum matematik 1 labih kecil daripada 2 dan 2 lebih kecil daripada 3 dan gitulah seterusnya...
Kerusi DAP di Parlimen lebih sedikit berbanding PAS dan PKR? Secara logiknya dengan memenangi semua kerusi DAP masih cukup untuk menubuhkan kerajaan. 2/3 diperlukan untuk menjadi kerajaan. Adakah kerusi DAP di parlimen melebih 2/3. Itu belum lagi dikira akta itu dan ini yang berhubung kait dengan pelembagaan Tubuh Negeri atau Tubuh Kerajaan.
Jadi siapa yang kata jika DAP menang akan jadi PM dan pemerintah di Malaysia? Kalau negeri pun hanya dinegeri yang tak ada Sultan atau Raja. Banyak kali dah perkara ini dibangkitkan, tapi rupanya masih tak paham-paham juga. Itulah akibatnya bila jadi Melayu yang hanya bersemangat Melayu tapi tak berilmu. Takut pada bayang-bayang sendiri, dan suka mendengar cerita dongeng dah karut tanpa mahu menyelidik duduk perkara yang sebenar.
From: hamid hamid <hamidfujitv@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 14 February 2012, 11:01
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 14 February 2012, 11:01
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
memang lah DAP, belum dapat kuasa janji yg mcm2 lah....yg menarik2 utk pancing undi....tunggu lah nanti bila depa dah dpt kuasa...baru padan lah dgn muka melayu2 semua....yg ada pun tak sedar diri...baik sokong dan tolong melayu....walaupun depa di kata kan jahat tapi masih ada semnagant melayu....kalau DAP mampuih pi lah melayu....
2012/2/13 abrashid abdullah <abrashid57@yahoo.com>
Tak tau le kalau awak pun bukan melayu tulin nak biar kan LGE halau melayu sperti Kuan Yew d singaporeFrom: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "kipptdoc@yahoo.com" <kipptdoc@yahoo.com>; "mohroslan@gmail.com" <mohroslan@gmail.com>; "abrashid57@yahoo.com" <abrashid57@yahoo.com>
Sent: Sunday, February 12, 2012 9:14 PM
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
Melayu tulin belum tentu ikut ajaran sebenar..........Masa BN perintah takde rumah kena 'reban' & tanah kena ambik ka???Wajibke tukar nama bila memeluk agama Islam???Bab Hassan akidah, biaq pi la ka dia.......From: abrashid abdullah <abrashid57@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "kipptdoc@yahoo.com" <kipptdoc@yahoo.com>; "rbk_2020@yahoo.com.sg" <rbk_2020@yahoo.com.sg>; "mohroslan@gmail.com" <mohroslan@gmail.com>
Sent: Saturday, 11 February 2012, 18:54
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
Biar betul LGE pecah dan reban geraimelayu dikatakan baik.Nak kenal siapa ZairilDia anak kepada Khir bin Johari yang berkawin perempuan cina benama Christine, makna kata dia bukan melayu tulin sebab tu dia dok sokong LGE,Kenapa dia perlu buloh nama tok wan dia sekali jijik rasanya. Kalau buboh Zairil Khir orang tak kena .Fikir sendiri dan sebagaiahli PAS saya dan rakan rakan dah mula kelua beri sokongan kat Dr Hasan Ali dan geng tegah ISLAM hapus parasitFrom: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "kipptdoc@yahoo.com" <kipptdoc@yahoo.com>
Sent: Thursday, February 9, 2012 1:10 PM
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
Kalau menangis pun 5 tahun aje....BN perintah berpuluh2 tahun tapi rakyat Melayu Penang menderita... Sejak LGE DAP mentadbir Penang terbukti jauh lebih baik.... Dah lama sangat BN bermaharajalela...Melayu boleh bersatu dibawah PAS kerana pemimpin PAS tidak korup tetapi pemimpin BN terlalu rakus & korup...From: KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 8 February 2012, 23:33
Subject: Re: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
Orang Melayu paham sangat dengan sikap DAP.... sebelum dapat kuasa sangat baik lembut gigi dari lidah bila dah berkuasa hahahahaha tengok lah macam mana dia akan putar orang melayu.... oleh itu orang melayu mesti berhati hati,,,,,,,,,jangan menagis kemudian hari......From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Friday, 3 February 2012 4:03 PM
Subject: RG2011... Fitnah murahan Hasan Ali terhadap DAP Oleh Zairil Khir Johari
Agenda sebenar Datuk Dr Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata.Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik.Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas:* Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.* Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.* Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam?Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?Di samping itu, baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan membayar RM200,000 kerana memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang paling nyata bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita.Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui.Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.
Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan AliKUALA LUMPUR,: Semua ahli PAS diseru memberi fokus kepada persiapan Pilihan Raya U
mum ke-13 dan tidak perlu melayan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Hasan berhak memperkatakan apa sahaja yang beliau mahu namun PAS tidak akan melayannya, lebih-lebih lagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga sudah dipecat dari parti itu
"Kita ambil sikap tak layan lah sebab kita anggap dia bukan lagi ahli PAS dan dia nak kata apa pun itu pandangan dia.
"Dalam konteks parti ini bukan tumpuan utama buat masa ini sebab seluruh jentera kita harus fokus kepada pilihan raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap siri jelajah oleh Dr Hasan yang antara lain menyerang beberapa pimpinan parti itu.
"Walau apapun, kita akan pantau perkembangan dia (Hasan) dan bagaimana serangan dia kepada PAS.
"Kalau kita lihat serangan itu bersifat fitnah atau sebagainya, kemungkinan ada pihak akan ambil tindakan undang-undang secara peribadi," katanya.
Mengulas penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh Dr Hasan pula, Tuan Ibrahim yakin ianya tidak menjejaskan PAS sama-sekali.
Malah sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Hasan sememangnya berhak berbuat demikian dan PAS sama sekali tidak menghalang.
"Nak tubuh NGO Jati ke apa ke, ikut dia la sebab negara kita dasar terbuka dan dia bebas untuk tubuhkan apa-apa dia mahu," tegas Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim ketika mengulas perkara itu kepada beberapa media sebelum ini berkata, penubuhan NGO Jati itu juga bukan satu ancaman kepada PAS.
Malah beliau juga yakin ahli PAS sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan Dr Hasan itu.
Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.
"Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan 'kemuncup' yang ada," katany"Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary.""Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely necessary."CONFIDENTIALITY POLICY:THIS E-MAIL AND ANY ATTACHMENTS SENT WITH IT ARE STRICTLY CONFIDENTIAL AND PROPRIETARY TO SILTERRA MALAYSIA SDN BHD, AND ARE INTENDED SOLELY FOR THE ADDRESSEE OR ENTITY TO WHOM THEY ARE ADDRESSED. IF YOU ARE NOT THE INTENDED ADDRESSEE OR PERSON RESPONSIBLE FOR DELIVERING THIS E-MAIL TO THE INTENDED RECIPIENT, YOU MUST NOT READ, COPY, FORWARD OR DISTRIBUTE IT OR TAKE ANY ACTION IN RELIANCE THEREON. PLEASE INFORM THE SENDER IMMEDIATELY IF YOU RECEIVE THIS E-MAIL IN ERROR, DELETE THIS E-MAIL FROM YOUR SYSTEM AND DESTROY ALL COPIES OF IT - ANY USE, DISCLOSURE, FORWARDING OR PRINTING OF ITS CONTENTS IS STRICTLY PROHIBITED.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment