Setuju dgn en ahmad razali! Berwaspada sentiasa_manusia merancang,mengkaji,menyelidik,meneroka alam cakerawala/bumi ciptaan Allah swt dan Allah swt mmg izinkan hamba2Nya mencari seberapa byk ilmu yg terdaya! tpi perlu ingat bhw perancangan/ilmu Allah itu mengatasi segala2nya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
-----Original Message-----
From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 3 Feb 2012 04:39:39
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Bunyi Aneh Dari Langit
Ada beberapa laporan mengatakan terdapat bunyi serupa atau hampir serupa di Poland, Russia dan beberapa negara Scandinavia serta Amerika Selatan pada tarikh berdekatan. Ada kilang kelapa sawit ke kat sana?
From: Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 3, 2012 11:41 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bunyi Aneh Dari Langit
sekiranya betul seperti yang di kaji kita terima dgn baik, sekiranya bukan kita terima juga dgn baik, sebab bunyi tu rasdanya malam baru ada tak tahulah jika siang pun bunyi, andai kita rasa amaran dari langit kita tinjau mungkin ada amalan luar tabii di sekitar Semarahan khasnya atau Serawak Am nya atau mungkin di Malaysia. Kebetulan ujian kilang tu pada tarikh tersebut maka kita anggap isu itu selesai atau kita berhati-hati dlam kitaran hidup setiap hari, mana tahu lepas ni bukan bunyi je tapi benda berat pula turan, be carefull.
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 2 February 2012 11:27 PM
Subject: RG2011... Fw: Bunyi Aneh Dari Langit
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
'Suara dari langit' terjawab
Posted by KedahLaNie
SHAH ALAM - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.
Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.
"Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.
"Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).
Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.
Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul 'Nyauman Langit'.
"Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.
"Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu," katanya.
Bunyi Aneh Dari Langit Itu Hanyalah Bunyi Mesin Kelapa Sawit?
Posted by greenboc
Masih ingatkah kisah 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?
Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia.
Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.
Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka.
Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.
" Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya," katanya.
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub)
comments:
Anonymous said...
Biasala, pihak berkuasa akan menafikan apa-apa yang pelik sekiranya ia benar berlaku. Denial Syndrome, untuk kepentingannya.
Kalau tak masakan FBI ada X-File.
Jiwa Islam said...
Setuju dengan komen di atas...kita tidak pernah mengambil sesuatu peristiwa,kejadian,bencana sebagai satu pengajaran...seperti biasa bila berlaku ribut,banjir besar,tsunami dan macam-macam lagi segera dinyatakan bencana alam dengan pelbagai faktor saintifik. hakikat peringatan daripada Allah Taala cuba dinafikan....bertaubatlah segera....nak tgu bila lagi...????
Anonymous said...
di negara luar yg kluar bunyi yg sama pun dr kilang kelapa sawit gak ker
Anonymous said...
boleh percaya ke ?
Anonymous said...
Kalau lah dari kilang kelapa sawit, kenapa pulak sebelum ini bunyi aneh itu tak pernah didengar sedang kilang kelapa sawit telah beroperasi lama. Bagai mana pula kilang kelapa sawit di kebanyakan tempat di Malaysia ini. Tak pun ada bunyi seperti di Samarahan tu. JELAS TAK APA YANG SAYA KATAKAN.
Anonymous said...
pihak berwajib di negara ni mcm nak sembunyikan fakta sebenar.
Bagi alasan mcm budak sekolah yang dapat spm gred 3.
pak din tua said...
Tak kisah la itu bunyi apa pun. Buat la kajian dan tolong sahkan akan bunyi apa sebenarnya itu, biag kita semua tak tettanya-tanya takut nanti jadi khurafat ka tahyul ka, macam2 la...... kan TV la banyak dok saji cite2 macam tu, tetapi semua mau ingat bahawa dunia sudah makin akhir zaman.....
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment