Saturday, February 18, 2012

Re: RG2011... Fw: Sekalipun Kelantan Dizalimi, Tetap Bina Lebuhraya

 

Biasa la..kalau dah benci..baik mcamana pun dikatakan tak baik juga..dah paham sgt dah..tak terkejut pun.

Hati kalau dah busuk dan jahat..mrk sanggup membunuh asalkan tercapai hajatnya..

Inilah jenis manusia di akhir zaman..iman sgt nipis dan sanggup mengadai agama islam.


Sent from my BlueBerry®

-----Original Message-----
From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 17 Feb 2012 06:12:21
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Sekalipun Kelantan Dizalimi, Tetap Bina Lebuhraya

Malam tadi dalam siaran berita TV3 (suku), PM Najib dengan gaya tersendiri dan bersahaja (nak muntah betul aku tengok) telah mengatakan kepada rakyat Sabah negeri termiskin ialah Kelantan. Betul ke Kelantan termiskin?


From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, February 13, 2012 11:24 PM
Subject: RG2011... Fw: Sekalipun Kelantan Dizalimi, Tetap Bina Lebuhraya


 
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Sekalipun Kelantan Dizalimi Kerajaan Pusat, Kelantan Tetap Bina Lebuhraya
Posted by greenboc
 

Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

"Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

"Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat," katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

"Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

Bantuan pusat diperincikan

Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya. -mk


Kenyataan Media :PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI
>
>1. Projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) tetapi tidak terlaksana sehingga ke hari ini. Ia telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.
>
>2. Namun begitu sehingga kini projek tersebut tidak dimulakan. Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan Negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya ini melalui inisiatif Kerajaan Negeri.
>
>3. Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai pada 2 Januari 2012 dan ditutup pada 9 Februari 2012. Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.
>
>4. Untuk makluman, pembinaan lebuhraya sepanjang 73 km yang bertaraf R5 dengan 9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5- 1.8 Billion.
>
>5. Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.
>
>6. Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju. Insyaallah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.
>
>YB Dato' Hj Husam B. Musa
>Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan
>dan Kebajikan Negeri Kelantan


Ulasan GB

Sekalipun projek lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini dan wang royaltinya dirampas dan dirompak oleh Kerajaan Pusat, namun Kelantan membuktikan, dengan bantuan Allah, ia tetap mampu membangun.

Dan apabila ia terlaksana, akan tumbanglah kerajaan pusat yang sepatutnya di bawah konsep "federalisma", menjadi tanggungjawab kerajaan pusat melaksanakan pembangunan tanpa melihat kepada parti apa yang memerintah.

Kezaliman dan kekejaman kerajaan pusat terhadap rakyat Kelantan, insyaAllah akan terbalas. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.

Dan GB pernah mengulas di SINI. Petikan:


Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat Kelantan dengan merompak hasil royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan.
>
>Di dalam keadaan apa sekalipun, kerajaan UMNO BN tidak sewajarnya menganak-tirikan kerajaan negeri yan diperintah oleh Pakatan Rakyat, di dalam konteks Kelantan, diperintah oleh PAS.
>
>Hukum kebenaran akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan.
>
>Pemerhatian GB: Dan Allah itu Maha Adil. Apabila orang yang dizalimi itu bersabar, Allah akan mengangkat darjatnya. Dan apabila UMNO BN tumbang, anak Kelantan jugalah yang berkemungkinan bakal menjadi orang penting di dalam kerajaan baru di Putrajaya untuk membetulkan semula semua kepincangan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN.
>
>Teruskan perjuangan, janji Allah pasti berlaku, kemenangan itu tetap menjadi milik orang beriman.

Ya, anak kelahiran Kelantan bersama-sama anak kelahiran Perak yang kerajaannya dirampas dan digulingkan secara tidak demokratik bakal memimpin Putrajaya satu hari nanti!
 
comments:
 
nana penang said...
Dok kira apa tah sapa yang janji sapa yang tak tunai. Demi kepentingan rakyat jelata, Kelantan ada duit buat saja laa. Rakyat sedang menilai SAPA BUAT APA ! Apa pun Allah Maha Mengetahui !
Aku tabik sama Sultan Kelantan !
Anonymous said...
ini bukan soal siapa ada duit x de duit, tapi soal pengabaian dan pengkhianatan kerajaan pusat terhadap neegeri Kelantan.

Sepatutnya kerajaan Kelantan bawa isu royalti ini sampai peringkat antarabangsa.
Anonymous said...
setuju dengan anon12:11,
soalnya dalam negeri ada perkara dibawah tanggongjawap kerajaan pusat dan ada perkara dibawah tanggong jawab kerajaan negeri,kalau kerajaan pusat tidak melaksanakan tanggong jawabnya bagi balik kutipan cukai yg datang dari hasil dalam negeri tersebut,kelantan mempunyai telaga minyak hasilnya kerajaan pusat yg diketuai oleh umno yg kununnya membela melayu yg sapu kalau betul bela melayu mengapa menganak tirikan rakyat kelantan yg mujoritinya orang melayu atau hanya membela melayu haprak keturunan barua penjajah.
Amir said...
BN nak tunggu rampas Kelantan dulu, lepas tu baru laa diorang bagi semua wang royalti dan teruskan semua projek pembangunan.

Masalahnya, kalau setakat berkempen sekadar bagi umpan nak bina stadium, atau lain-lain kebendaan, nampak gayanya memang takkan jadi kenyataan la mimpi orang BN ni.

Bagi orang Kelate, kami dah biasa tengok pemimpin yang begitu dekat dengan rakyat...boleh imamkan solat, cukur jambul bayi setiap subuh Jumaat, tak kisah tidur di lantai masjid, bagi kuliah agama setiap minggu...

Boleh pemimpin BN sekurang-kurangnya tunjukkan kami kualiti yang sama, kalau pun tak lebih? ;)
nana penang said...
Yooo hantam Nana nampak. Apa yang U all cakap betoi tapi kalau nak harap yang berjanji.... sampai bila rakyat Kelantan nak menanggung KETIADAAN LEBUH RAYA ? Sebab tu Nana kata RAKYAT MENILAI......... Tabik kat Sultan Kelantan !
Anonymous said...
Buat projek tanpa tol baru UMNO menggelabah
Anonymous said...
Anon 0213 : wa sokong sama lu bro !
1 Malaysia said...
Hai Nana,
Tahukah anda bahawa BN hanya tahu tinggalkan "tahi" untuk dibersihkan? Kalau tak caya, tanya CM hang, Guan Eng.
talibramli said...
Tahukah anda bagaimana dajjal datang?
Sebelum dajal datang bumi akan kemarau selama 3 tahun. Dan datang dajjal untuk menjadi penyelamat..siapa yang ikut akan mendapat makanan dan air..siapa yang ingkar akan kebuluran kecuali dengan banyak berzikir...
Macam itulah yang terjadi kepada Kelantan..jika Rakyat kelantan keturunan Bani Hashim ini menyokong BN maka royalti akan dipulangkan. Jika tidak maka royalti akan dikira wang ehsan...
dajal ini membawa air dan api..jika berkata dia 'air' maka sebaliknya..jika kata 'api' maka juga sebaliknya...
Ingatlah mengambil duit royalti itu sama juga memakan harta anak yatim dan orang miskin...

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment