Sunday, February 12, 2012

Re: RG2011... Fw: Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion

Ada wang patutnya dilaburkan spaya mendapat pulangan balik terutama dalam membaiki kehidupan rakyat.


From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 10, 2012 2:59 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion

Buat apa simpan duit banyak-banyak? Gunakan untuk naikkan taraf infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat. Duit banyak tapi jalan berlubang, kotor, takda lampu jalan, pangangkutan awam kurang pun nak buat apa?

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, February 6, 2012 11:42 PM
Subject: RG2011... Fw: Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion
 
----- Original Message -----

Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion
 
selatanonline
Blog Liang Lahat

Aku ingat lagi sewaktu PRU12 semakin hampir..
pemimpin UMNO ramai yang kata kalau PR perintah Selangor habis negeri ni jatuh miskin..
huru hara,sebab UMNO kata PR tidak pandai mentadbir...

Tapi dengan keadaan sekarang ni memang membuatkan UMNO takut yang teramat sangat.

 
Ekonomi Selangor semakin berkembang pesat...
disamping dapat memberikan kebajikan buat rakyat
Selangor...
Kerajaan negeri Selangor kini sudah dapat meningkatkan jumlah Simpanan Kerajaan Negeri Selangor

FB Khalid Ibrahim
Syabas..!!!
Kerajaan Negeri Selangor...

Dah ler siap dapat membantu rakyat dengan mengagihkan hasil negeri sebanyak RM500 juta dalam program merakyatkan ekonomi selangor...

Dapat pulak simpan duit kerajaan negeri dengan begitu banyak sekali...
jumlah yang tidak dapat dicapai dizaman BN..

So...
sekarang siapa yang tak pandai mentadbir sebenarnya..?
 
Posted by aya
 
 
 
 

BN Tak Akan Menang Di Selangor - Khir Toyo

Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.

Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.
"Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

"Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

"Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno,
orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

52 peratus pengundi bukan Melayu

Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

"Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat," katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Pusingan akhir

Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti
mana yang mahu dipilihnya.

"Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.

"Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya," tambahnya.



No comments:

Post a Comment