Friday, February 3, 2012

Re: RG2011... Fw: Tarik Jawatan 'Profesor'

 

kenapa ia memalukan pulak....
dia bukan lagi professor UIA. maka gelaran Professor tidak layak ada pada dia...



2012/2/2 ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg>
 

----- Original Message -----
 

Tarik Jawatan 'Profesor', Dr.Aziz Bari Tidak Kisah Tetapi 'Sedih Melihat Gelagat UIAM' Sebenarnya !

PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 31 Jan - Pakar perlembagaan dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari (foto) hari ini berkata beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor. Beliau menegaskan, dia tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya. "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya. "Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.
 
 
Beliau dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA. "Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. "Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya. Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu. Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak saya belum bergelar profesor lagi. "Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya.
 
 
Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada rektor sepuluh tahun lalu. "Tidak seperti orang lain saya tidak memohon, Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor. "Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," tambah beliau lagi.

[Tindakan UIAM menarik gelaran "profesor" Dr.Aziz Bari ini sebenarnya satu isu yang cukup memalukan dan amat kebudak-budakan sebenarnya. Ternyata nampak benar, UIAM kini sudah menjadi alat kepada politik pemerintah. Mereka sanggup lakukan apa saja demi menjaga nama baik, sedangkan mereka lupa rakyat melihat apa yang dilakukan. Apapun, syabas dan tahniah kepada Dr.Aziz Bari kerana berani untuk mempertahankan kebenaran. Sudah menjadi dasar, apabila ada mana-mana tokoh akademik dan individu yang didapati mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kerajaan maka akhirnya mereka akan dicop sebagai pengkhianat. Sedangkan, mereka yang menjadi mangsa itulah sebenarnya yang benar-benar jujur dalam perjuangan. Kini, Dr.Aziz Bari lebih bebas untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan beliau terhadap isu politik tanahair selepas dirinya meninggalkan UIAM. Semoga masa depan beliau akan lebih cerah hendaknya selepas ini bila bersama rakyat].
 
 

Gara-Gara Tidak Selari Dengan Aspirasi Kerajaan, UIAM "Tarik Gelaran Profesor" Dari Dr.Aziz Bari !

PDO
 
KUALA LUMPUR, 31 Jan - Apa sudah jadi dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agaknya?. Nampak benar UIAM kini sudah menjadi alat "UMNO Barisan Nasional" dalam menentukan sebarang tindakan kepada mana-mana pihak terutamanya kakitangan mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi kerajaan. Lantaran itulah kita dapat melihat mereka ini akhirnya terpaksa akur dengan arahan pihak penguasa yang cuba untuk menggunakan pengaruh mereka. Selepas beberapa tindakan dilakukan terhadap universiti terbabit, Dr.Abdul Aziz Bari (foto) pula ditarik gelaran "profesor" oleh UIAM.
 
 
Beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. ''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," kata beliau. Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang beri pengikhtirafan kepada Dr.Aziz Bari sebagai pakar undang-undang serta perlembagaan.

[Apa yang menarik dalam isu ini ialah betapa rendahnya standard Utusan Malaysia bilamana terpaksa menjawab soalan bodoh yang dikemukakan oleh entah sesiapa tentang hal Dr.Aziz Bari itu pakar undang-undang dan perlembagaan. Sebenarnya yang menulis soalan itu adalah wartawan akhbar terbabit sendiri, bagi menimbulkan isu. Maka itu, sepatutnya mereka ini perlu faham bahawa Dr.Aziz Bari diiktiraf oleh rakyat sebagai pakar kerana dia sudah lebih 22 tahun mengajar bab itu di UIAM. Malah, sudah ribuan pengamal undang-undang yang dilahirkan oleh beliau selama ini. Kerajaan juga banyak merujuk hak undang-undang dan perlembagaan darinya. Cuma, apa yang menjadi masalah ialah bila dia mengeluarkan pendapat dan kenyataan yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan akhirnya dia akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan. Inilah yang berlaku, namun majoriti rakyat tetap menganggap beliau adalah pakar].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment