Sunday, February 12, 2012

Re: RG2011... Fwd: Erdogan Dan Kerajaan Turki Perlu Jelas

 

Salam alaik,

Orang Melayu dah jadi macam Pakistan dah. Kuat bergaduh. Apa saja boleh jadi bahan untuk bergaduh.

Cuma kat Pakistan mereka pakai AK-47 dan Bom-jangka untuk katamkan pihak musuh. Lepas tu, pihak satu lagi pulak katamkan pihak musuh ... berpanjangan bergenerasi lamanya.

Agaknya kalau dibiarkan budaya bergaduh ni meningkat lagi kat Malaya, boleh capai kemajuan sama seperti Pakistan.

Bala tak sudah-sudah. Bergaduh tak sudah-sudah. Dendam tak sudah-sudah. Tak reti-reti nak maaf-memaaf. Suka nak porak peranda.

Perangai orang Islam ke begini? Setahu saya makna ISLAM ialah AMAN dan SEJAHTERA? Jadinya kalau perangai dok suka nak gaduh, dah terkeluar dari landasan Islam. Tak betol ni..... tak betol....

Ni sampai pergi ke Turki nak dok semak lagi kepala Erdogan. Dah lah orang tua tu kena fikir macamana nak settlekan hal Gaza dan Syria.

Anwar bukan Nabi dan Najib pun bukan Maksum. Dua-dua kumpulan mereka ada isu INTEGRITI. Berdentam-dentum PEKONG masing-masing dah terbongkar dah.

Jangan ingat mana-mana dari mereka berdua ni boleh selesaikan segala isu negara.

Segala ISU akan selesai apabila ada TAQWA. Takut pada Allah. Sayang pada Allah. Hormat pada Allah.

Takut pada Allah bukan sekadar tunai 5 rukun Islam dan 6 rukun Islam.

Takut pada Allah ialah MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB:
- berbuat baik kepada semua makhluk ALLAH di atas mukabumi ini dengan menunaikan HAK MEREKA

Antara hak sebagai rakyat yang paling penting ialah:
- KEAMANAN
- KEMAKMURAN
- KESIHATAN

Ni dok pusingkan kepala rakyat dengan cara memporak-perandakan dan dok kerja katamkan dana-dana negeri dan negara untuk perkayakan kumpulan sendiri. Duit yang diamanah oleh rakyat seperti Tabung Haji, KWSP, Baitul-Mal dan CUKAI-CUKAI negeripun nak dicarca-marbakan dengan tangan-tangan KOTOR dan HANYIR masing-masing.

Lepas tu, dalam TV dok galakkan budaya hiburan, budaya khurafat dan budaya bergaduh di kalangan rakyat. TV cukup kuat pengaruh. Ada ASTRO, lagilah kuat masuk dan melekat kuat dalam celah-celah otak.

Hasilnya:
1. RAKYAT YANG PORAK PERANDA
2. RAKYAT YANG SUKA BERHIBUR
3. RAKYAT YANG DIPERBODOHKAN

Akibatnya maju dalam hal seperti :
Buang bayi, Merompak, Dadah, Mabuk, Rogol, Zina, Cerai-berai, Rasuah, Agama Songsang, Menipu, Fitnah, Kedekut untuk bersedekah, Murah hati dalam maksiat .....

Lambat laun bunuh-membunuh lah pulak.

Rakyatpun perlu taqwa. Tunaikan hak diri, keluarga dan jiran dengan hati yang gembira.

Hasilnya akan muncul ketua-ketua yang bertaqwa yang akan menunaikan tanggungjawab dengan baik untuk rakyat dan negara.

SEMUA BENDA PASTI SERASI. Omputih kata , "There is a match".

Yang baik pasti menarik yang baik. Yang jahat pasti akan menarik yang jahat.

Perkara pasal MATCHING ni kita semua sudah sedia maklum dari petikan Al-Quran dan nasihat Rasulullah,
1. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
2. Wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat
3. Ketua yang baik untuk rakyat yang baik
4. Ketua yang jahat untuk rakyat yang jahat

Jadinya ---- KITA PILIH LAH. Bukan pilih Anwar atau Najib. Bukan pilih UMNO, PKR, JATI, KITA atau PAS.

Tapi..... perlu pilih diri kita untuk jadi baik dan bertaqwa supaya dapat KETUA YANG BERTAQWA kelak, iaitu mereka yang akan menunaikan hak rakyat.

Kalau kita dok sibuk dengan hiburan dan maksiat TAPI inginkan WAKIL RAKYAT INTEGRITI, ... mustahil akan dapat. Suasana sekarang ialah BUKTInya....

Kembalilah ... kepada rahmat Allah, iaitu taqwa. Maaf-memaaf, tolong-menolong dalam kebaikan dan nasihat-menasihat untuk kebaikan serta menunaikan hak orang lain.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 10, 2012 2:50 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: Erdogan Dan Kerajaan Turki Perlu Jelas

 
Apa yang tak betulnya mengenai kenyataan itu? Statement itu (kalau betul) dalam konteks kebebasan akhbar dan bersuara. Ada press statement dan liputan activiti PR yang positif dalam media perdana?
 

From: Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my>
To: respeks groups <respeks_group@yahoogroups.com>; chainz <Chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; idaman groups <idaman_group@yahoogroups.co.uk>
Sent: Wednesday, February 8, 2012 2:06 PM
Subject: RG2011... Fwd: Erdogan Dan Kerajaan Turki Perlu Jelas
 


 


Erdogan Dan Kerajaan Turki Perlu Jelas Sama Ada Percaya Pada Anwar Atau Tidak..!!!

February 4, 2012   ·   oleh DukeOfMontecristo [mykmu.net]
anwar recep
Tahniah saya ucapkan kepada bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kerana berjaya meyakinkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan seluruh kepimpinan kerajaan negara itu bahawa Malaysia memang buruk dan teruk.
Dalam lawatan terbaru Anwar ke Turki, Anwar menafikan bahawa negara kita ini tidak demokrasi dan tidak ada satu pun media yang negara ini yang bebas untuk beroperasi.
Dan sudah tentunya PM Turki dan kepimpinannya percaya dan yakin dengan kata-kata Anwar tersebut memandangkan Anwar merupakan sahabat baiknya. Lihat saja di mana lokasi pilihan Anwar untuk bersembunyi ketika Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadapnya…
Merujuk kepada kenyataan Anwar itu, apakah benar Malaysia tidak demokrasi? Atau takrifan demokrasi yang diiktiraf Anwar hanyalah sekiranya Pakatan Haram menang PRU dan dia menjadi Perdana Menteri?
Anwar Burukkan Negara SendiriKenyataan Anwar yang dipetik dari media Turki, Today's Zaman.
Setiap kali pilihanraya diadakan, dan keputusan pilihanraya itu diumumkan oleh pegawai SPR yang dilantik. Sekiranya parti dari Pakatan Haram yang menang, maka pemimpin dan penyokong mereka akan bersorak. Sikit pun tidak mempersoal tentang "demokrasi". Sebut pun tidak!
Namun, sekiranya BN yang menang, maka terpacullah perkataan "tiada demokrasi" di Malaysia, SPR sudah aturkan kemenangan untuk BN dan segala dakwaan negatif terhadap kemenangan musuh politik mereka itu.
Itu skrip standard dan bukan perkara luar biasa yang ada pada pembangkang, khususnya Anwar sendiri. Standard itulah yang menggambarkan bahawa demokrasi sememangnya wujud di negara ini.
Selain itu, sekiranya demokrasi tidak wujud atau demokrasi di negara ini dikawal oleh BN, sudah tentulah pembangkang hanya sekadar akan menang 2 hingga 3 kerusi DUN di setiap negeri (termasuk Kelantan), dan hanya sekadar 20 kerusi Parlimen sahaja.
Itupun, sudah tentu BN akan pastikan hanya pemimpin-pemimpin pembangkang yang bodoh dan tolol serta senang "dibelasah" di DUN dan Parlimen sahaja untuk menang pilihanraya.
Percaya ke tidak ni?
Justeru, saya menggesa Perdana Menteri melalui Menteri Luarnya, Hanifah Aman untuk menuntut pendirian dari PM Turki mengenai kenyataan Anwar di hadapannya baru-baru ini. Erdogan perlu jelaskan sama ada beliau percaya atau tidak dengan dakwaan Anwar itu.
Mudah saja, kalau percaya, katakan saja percaya dan jika tidak, nyatakan Erdogan dan Turki tidak percaya pada pembohongan Anwar itu. Saya kira, takkanlah kenyataan sebegitu mudah pun Erdogan tak mampu buat? Demokrasi la sikit…apa yang akan berlaku selepas itu bergantunglah pada "jawapan" Erdogan, kan?
Dan benarkah kata-kata Anwar bahawa tiada media yang bebas untuk melaporkan berita di Malaysia?
Setahu saya, media begitu bebas di negara ini. Jika mahu dibandingkan dengan kebebasan media di antara Malaysia dan Singapura, bezanya bagai langit dengan bumi. Malaysia lebih terbuka dan bebas medianya berbanding Singapura yang menyekat sebarang media yang tidak menyebelahi rejim "Lee Kuan Yew & Son".
Contohnya, Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysia Today sangat bebas membuat liputan, malah ketika Perhimpunan Agong UMNO pun mereka diberikan pass media dan dilayan dengan baik.
Yang dikesali ialah kebebasan media yang terlampau terbuka itu menyebabkan media-media pro-pembangkang ini sesedap hati melaporkan berita fitnah. Sila rujuk kes 12 artikel yang membabitkan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud Vs Mkini.com yang akhirnya Malaysiakini memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri Sarawak itu.
Bukan itu saja, Utusan Malaysia sendiri meskipun dilihat adalah milik penuh UMNO pun pernah disaman oleh pemimpin pembangkang. Standardlah, ada saman yang dimenangi oleh pemimpin pembangkang dan ada juga yang dimenangi oleh Utusan.
Pokok pangkalnya di sini ialah "bahan berita" yang disiarkan. Kerajaan mana pun sekali sudah tentu tidak mahu rakyatnya dimomok dan disogok dengan laporan berita-berita fitnah, tidak benar, bohong dan tidak jelas.
Memandangkan ada segelintir media yang kurang beretika seperti itulah menjadi penyebab media terpaksa dikawal. Kalau tidak dikawal, makin menjadi-jadi pula fitnahnya.
Di Malaysia, fitnah dari media hanya dikawal menerusi undang-undang dan mahkamah. Kerajaan pun tak ada kuasa nak suruh itu dan ini kepada media. Bolehkah kerajaan suruh Harakah atau KeadilanDaily tulis ikut kemahuannya?
Pada penulis, sekiranya Anwar mahu terus begini menburuk-buruk dan menabur fitnah terhadap negara sendiri kepada masyarakat dunia, biarlah dakwaan tersebut logik, berfakta dan boleh diterima akal yang waras.
Terus terang saya katakan, sekiranya saya adalah seorang pembangkang, saya tidak akan sekali-kali memburuk-burukkan negara sendiri di mata orang, walaupun saya memang benci pada kerajaan yang mentadbirnya.
Itu sikap nasionalisma yang saya kira dimiliki oleh setiap warganegara, khususnya bumiputera negara ini, tapi tidak pada Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Ya, ianya menyedihkan sedikit memandangkan masih ada elemen "Si Kitul" di negara ini pada zaman moden ini. Namun sedar atau tidak, "Si Kitul" itulah yang mahu diangkat menjadi Perdana Menteri! Ada ke patutttt..?
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment