Tak habis2 fitnah...tak takut Allah ker?
On Thu, Feb 2, 2012 at 9:48 PM, Nik Faizal Mokhlas <mnikfaizal@yahoo.com> wrote:
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 9:04 PM |Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpalinG dari PAS. Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.
Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.
Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.
Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata.
Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?
Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!!PS :Alangkah baik sekiranya jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada pemimpin PAS dari golongan Ulama dan jawatan Mursyidul Am Pas diambilalih oleh Ybhg, Datuk Dr. Haron Din sekiranya ditakdirkan Pakatan mengambilalih kerajaan. Itu akan saya ibaratkan sebagai satu kemenangan kepada umat Islam diMalaysia.
--
Xstream-BOP
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment