Sunday, February 12, 2012

Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP

 

Terima kasih buat dzayu kerana menjelaskan perkara ini. Apapun secara jujur bagi saya adalah lebih baik jika KWSP memberikan pinjaman terus kepada peminjam khususnya kepada pencarum tanpa perlu melalui pihak ketiga. Penggunaan wang KWSP perlu diselia dan dikawal untuk mengelakkan penyelewengan atau diberi kepada yang tidak berhak. Pelaburan dalam harta tanah sebenarnya amat menguntungkan dan nilainya tidak pernah merundum seperi mana melabur dalam saham atau menjadi pemegang saham pada mana-mana syarikat. Rasanya demi kepentingan mereka-mereka yang masih tidak memiliki rumah ini ada baiknya akta yang dibincangkan di sini dipinda. Dengan dana yang besar KWSP bukan sahaja mampu mengeluarkan pinjaman bahkan mampu untuk mengantikan syarikat-syarikat pemaju yang ada kalanya terkubur sebelum sempat projek disiapkan. 
 
Sebelum inipun banyak kali juga kita dengan bagaimana wang KWSP digunakan untuk tujuan-tujuan pembiayaan ada yang menguntungkan dan ada juga yang rugi. Urus tadbir KWSP memang baik dan memuaskan cuma adakalanya campur tangan oleh pihak tertentu menyebabkan KWSP terpaksa menanggung kerugian. Kita juga tahu KWSP bukan berfungsi sebagai bank perdagangan tapi tidak salah jika KWSP mengambil sedikit inesiatif demi membantu ahli-ahlinya serta memperolehi keuntungan. Rasanya ada baiknya juga jika KWSP mengalami transformasi seperti mana dilaungkan oleh PM kita..
 
Ini cuma pandangan saya secara peribadi, dan kelemahan memang jelas kerana saya bukanlah mahir dalam ekonomi apatah lagi yang berkaitan dengan akta-akta.

From: "dzayu03@yahoo.com" <dzayu03@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 11 February 2012, 19:29
Subject: Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP

 

Fahamkan betul2 apa yg dicakapkan oleh Nurul dan Pua dan jawapan yg KJ bg. Izzah ckp mane boleh bg dkt individu, menyalahi akta KWSP, so KJ terangkan yg akan dipinjamkan kepada pihak ketiga supaya tidak menyalahi akta mana2.

Lagipun yg kesianlah dekat org yg tak mampu nak beli dan mengharapkan bantuan ni. Bg mereka yg berpendapatan lumayan dan mampu serta layak mendapat pinjaman bank, x apa lah. CubaLah dekati golongan yang berpendaptan rendah ni, bantu mereka apa yg terdaya supaya mereka dapat menikmati apa yg dikurniakan Allah.

Amin.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 11 Feb 2012 13:33:40 +0800 (SGT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP

 
Jawapan KJ : KWSP meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan?
 
Kan lebih baik KWSP pinda saja akta yang melarang KWSP untuk memberikan pinjaman kepada individu khususnya kepada ahli KWSP sendiri. Mengapa perlu ada pihak ketiga?
 
Rasanya betullah apa yang Pua dan Izzah kata, kan lebih baik beri terus pinjaman kepada pembeli rumah bukan kepada Yayasan.. orang tentu akan curiga mengapa perlu yayasan? mengapa tidak terus sahaja? Akta tu boleh dibatalkanlah bila-bila pun boleh.
 
KJ sepatutnya menjelaskan apakah kebaikannya KWSP berbuat demikian? Apakah keuntungannya yang doperolehi oleh peminjam dan pencarum KWSP? Kenapa pula YWP perlu meminjam daripada KWSP? adakah YWP tidak mempunyai dana?

From: ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 11 February 2012, 8:53
Subject: Re: RG2011... JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP

 
kwsp dpt pulangan yg besar? 4.5% - 5.5% setahun tu besar sgt???
salam cium tangannn.... terima kasih pemimpin
pulangan yg kecil 10% - 20% tu diorg sapu.
2012/2/9 Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
 

 JAWAPAN KEPADA ISU SKIM PINJAMAN PERUMAHAN OLEH KWSP
 
Baru-baru ni Nurul Izzah & Tony Pua telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang memburuk-burukkan KWSP berhubung dengan Skim Pinjaman untuk penduduk
Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).
 
Semalam, Khairy Jamaluddin @ KJ telah mengeluarkan kenyataan yang berjaya membongkarkan niat buruk Nurul Izzah dan Tony Pua.
 
Mari kita lihat apa ulasan KJ terhadap tuduhan Tony Pua & Nurul Izzah…
 
Tuduhan 1 Tony Pua & Nurul Izzah:
 
EPF akan meminjamkan wang kepada individu bagi membeli rumah. Ini bersalahan dengan Seksyen 26 Akta KWSP yang melarang KWSP memberi pinjaman kepada individu.
 
Jawapan KJ & KWSP:
 
KWSP akan meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). YWP pula akan memberi pinjaman kepada individu yang layak. Ini jelas tidak melanggar sebarang
peruntukan Akta KWSP.
 
Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.
 
Tuduhan 2 Tony Pua & Nurul Izzah:
 
Pinjaman yang diberi adalah berisiko tinggi kepada KWSP.
 
Jawapan KJ & KWSP:
 
Pinjaman ini tidak berisiko tinggi kerana KWSP telah menetapkan syarat yang ketat.
1.  Jumlah pulangan yang diterima KWSP ialah 5.5% setahun.
2.  Nilai cagaran adalah lebih dua kali ganda nilai pinjaman.
3.  DBKL perlu menyediakan rizab sebanyak 25% dari jumlah pinjaman.
4.  Hanya penghuni yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja akan ditawarkan pinjaman.
5.  DBKL juga memberi jaminan akan membeli balik semua rumah jika terdapat masalah pembayaran oleh peminjam.
 
Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.
 
Tuduhan 3 Tony Pua & Nurul Izzah:
 
Wang KWSP tidak patut digunakan untuk kepentingan politik.
 
Jawapan KJ:
 
Pakatan Rakyat memang HIPOKRIT. Dalam manifesto pilihanraya Buku Jingga yang jelas berunsur POLITIK, mereka menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan tol dengan
mengarahkan agensi kerajaan yang memegang saham dalam syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk mengambil alih PLUS dan menghapuskan tol. KWSP adalah
pemegang saham di dalam PLUS. Ini bermakna duit KWSP akan digunakan untuk membeli PLUS tanpa sebarang pulangan kerana tol akan dihapuskan.
 
Harus diingat, KWSP melabur dalam PLUS kerana pulangannya yang tinggi. Keuntungan ini pergi ke siapa? Keuntungan pergi kepada kita, rakyat Malaysia, selaku pencarum KWSP!!
Jadi bila PLUS untung besar, KWSP turut untung besar juga. Bila KWSP untung besar, simpanan KWSP kita turut meningkat TINGGI!! Alhamdulillah, bertambah simpanan untuk hari tua
kita.
 
Jadi, siapa yang hipokrit sebenarnya? Tony Pua & Nurul Izzah kata jangan guna duit KWSP untuk beri pinjaman kepada penduduk PPR & PA kerana kononnya ia boleh mengurangkan
simpanan KWSP sedangkan skim ini menjamin pulangan sebanyak 5.5% setahun kepada KWSP! Bukannya KWSP bagi duit percuma kepada penghuni PPR!
 
Bandingkan pula dengan manifesto pilihanraya mereka yang jauh lebih buruk kesannya. Bukan sahaja berbilion duit KWSP hangus kerana terpaksa beli PLUS tanpa pulangan,  tapi
simpanan hari tua kita juga akan terhakis teruk!!   
 
Aku tanya sekali lagi, siapa yang hipokrit sebenarnya?
 
Kesimpulan : TONY PUA & NURUL IZZAH MEMANG HIPOKRIT!
 
Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah & Tony Pua?


 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment