Thursday, February 2, 2012

Re: RG2011... JOM BINCANG! EMEL POLITIK.. DITERUSKAN ATAU DIHENTIKAN?

 

Berdebat itu baik, sekiranya mengikut garis panduan. Berdebat boleh untuk berbagai isu. Dan politik adalah salah satu dari isu yang boleh diperdebatkan. Sebagaimana kata Tuan Moderator, email politik itu tak salah, cuba kaedah perdebatan itu sahaja yang selalu tidak mengikut garis panduan. Disini saya melihat didalam konteks kematangan. Dan untuk kita menjadi matang kita perlukan masa.

Pendapat saya ialah, berikan peluang kepada Warga RG untuk mematangkan diri mereka terutamanya didalam isu-isu politik. Dedahkan kepada Warga-warga RG maklumat-maklumat dari dua-dua pihak. Memanglah.. akan terdapat caci mencaci dan maki hamun, pada awalnya.. InsyaAllah, lama kelamaan, kematangan itu akan datang dan Warga RG pada ketika itu akan menghargai maklumat yang diperolehi dan akan bertindak diatas maklumat tersebut mengikut garis panduan. Sementara itu, Warga RG boleh membuat teguran dengan cara yang berhemah sekiranya ada Warga RG yang memberi respon yang melampaui batas. Sama-sama kita Warga RG bentuk kematangan diri kita masing-masing.

Wallahualam


From: "Mod@yahoo.com" <Mod@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 2 February 2012, 20:08
Subject: RG2011... JOM BINCANG! EMEL POLITIK.. DITERUSKAN ATAU DIHENTIKAN?

 
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Akhir2 ni saya tengok warga RG semakin rancak menghantar emel2 politik.
Menghantar emel politik tak salah.. cuma yg menjadi masalahnya ialah respons kpd emel tersebut.. perbincangan atau perdebatan langsung tiada ilmiah! yg ada hanyalah caci-mencaci, umpat, keji, maki! langsung tiada rasa hormat antara sesama warga RG! lantas terjadilah permusuhan sesama sendiri demi menegakkan pendirian politik masing-masing..
tujuan utama RG ditubuhkan adalah utk mengeratkan silaturrahim antara warga RG.. disamping mengadakan aktiviti2 amal..
namun situasi sekarang dah jauh tersasar dari visi asal RG iaitu "RESPEKS Hak & Pandangan Orang Lain Di Sini"..
Mod E1 ingin bertanya kpd warga RG.. apakah perlu emel atau debat politik ini diteruskan atau dihentikan?
berikan pandangan bernas anda dlm suasana harmoni.. Insyaallah..
 
 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment