Sunday, February 5, 2012

Re: RG2011... Keluhan rakyat pendapatan lebih RM3000

 


Memang betul tp sebenarnya mereka yg berpendapatan bawah rm3k ni juga mempunyai akaun dgn KWSP, kereta, astro, internet utk anak2 guna, anak mereka juga ada yg belajar di asrama, kadang2 mereka terpaksa pinjam sana sini utk tampung.

Bg golongan yg berpendapatan lbh dr rm3k, kita dah memang x mampu nak tolong mereka dr segi wang ringgit, jadi biarlah mereka gunakan KWSP kita dahulu utk beli rumah yg sesuai kerana pada akhir perkhidmatan, duit KWSP kita tetap ada gak. Setidak2nya kita ada juga membantu golong yg kurang kemampuan memiliki rumah.

Saya harap agar semua yg membaca email ini agar sentiasa berfikiran positif kerana dgn cara ini saja kita tidak akan sentiasa berasa curiga, iri hati atau sakit hati dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Bersangka buruk terhadap apa atau siapa tidak baik buat hati dan fikiran kita.

Amin.
Wasalam

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 5 Feb 2012 19:26:16 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Keluhan rakyat pendapatan lebih RM3000

 


Oleh Nur Hafizah Ghazali

Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3000.

Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat yang memilihnya.

Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan kerajaan pemerintah pimpinan Barisah Nasional memberi segala bagai kebendaan dan wang kepada golongan ini, pihak kerajaan telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja yang wang simpanannya digunakan oleh kerajaan sewenang- wenangnya tanpa kebenaran mereka.

Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran- restoran.

Meraka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.

Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak- anak mereka yang belajar di universiti.

Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran- restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi  membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.

Kerajaan permerintah pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan pemerintahan dalam PRU13 yang akan datang ini. Mereka patut diberi perhatian!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment