Wednesday, February 1, 2012

Re: RG2011... RE: Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

 

Kelakar. Benda ni pun nak salahkan najib? tu kedai 1 Malaysiakah? ada aduan ke? aduan pun tak buat camne Najib nak tahu? Kedai pasaraya dikemunting tu SDN BHD bukan GLC ke apeke. Lain kali buat la aduan rasmi. kes campur2 report la kat bahagian berkenaan. macam2 la manusia.

2012/2/1 Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>
 

Aiseh… nape ler dia tak turun Manjung ?

Maklum ler.. Najib kan turun Manjung masa sambutan Raya Cina aritu..

Kan best kalo leh ngadu live kat PM siap berlintas langsung ke TV..?

Nak-nak nye masa Najib kata.. semangat Muhibbah 1 Malaysia mlm tu..

Sampai ilang terus rancangan movie kat TV2 mlm tu gara2 lintas langsung tah pape tu..

 

Walau HAKIKAT ~ ke Manjung pun mungkin tak berhasil nak ngadu sbb pak guard banyak..

Pada aku ~ Sia-sia jadik PM kalo tak dengar permaslahan rakyat.. Eceh !

 

 

Thank you & Have a nice day..!

 

With best regards, J

fasriana_hashim


From: Mohd Faidzal [mailto:mohd_faidzal@jabil.com]
Sent: Wednesday, February 01, 2012 9:13 AM
Subject: Fwd: Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

 

 

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik
Posted on Wednesday, January 18 @ 00:59:43 PST
Dilulus untuk paparan oleh cosa


leh: amkns

"

Hak kebebasan mengamalkan agama di tempat kerja di Malaysia ini seharusnya dikaji semula untuk mengelakkan ketidaksefahaman diantara para pekerja dan para majikan. Justeru itu Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998 haruslah disemak semula selaras dengan perkembangan dunia semasa. Media juga harus memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada semua pihak dalam isu ini.

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

Utusan Malaysia , 18 Jan 2012  

 

SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang.

Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya. 

 

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu.

Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."  

 

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak. 

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya. 

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini.

 

Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT.

Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam.

 

Bagaimana tahap kesuciannya?  Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.  Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini. 

JURUWANG TERANIAYA

Taiping, Perak 

 

 

 

 

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment