Saturday, February 18, 2012

Re: RG2011... Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014

 

Tapi jangan la cakap 'jamin'. Ko tuhan ke boleh jamin2. Kena cakap insta Allah. Atau 'berdsarkan analisis.'. Jangan jadi macam pm thai yg x briman dgn Allah. Dia jamin bangkok tak banjir. Sekali tu tak sampai sebulan lps cakap Allah tunjuk kuasanya. So jangan bongkak dengan cakap jamin jamin. Benda air ni mmg kerja tuhan. Kalau rasa cukup pun kalau kemarau mcmn?

Ahmad Zulfikar. 

Sent from my iPhone

On 17/02/2012, at 12:37 PTG, Jamalulkhar jamalul <jamallul_jwjeram@yahoo.com.my> wrote:

 

Saya berkerja disalah satu loji rawatan air terbesar di selangor, di Bukit Badong, Ijok, supply air utk klang valley,,,,,,,pun ???????????? dgn statement dibawah nie???


From: wakkam <naim_222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 16 February 2012 5:08 PM
Subject: Re: RG2011... Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014

 


rakyat dah tak larat nak bela pemerintah dan pemimpin politik yg kaya raya.....


From: yusof muhamad <white4clean@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, February 15, 2012 4:37 PM
Subject: RG2011... Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014

 
Lagilah susah hati para kroni BN kerana tak ada projek....
 
...................................................................................................................................................................................

Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014

Muhammad Faizal, 15 Feb 2012
Harakahdaily
 
SHAH ALAM, 15 Feb: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014 seperti mana yang dihebahkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, krisis air yang dibangkitkan itu merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional.

"Ini adalah usaha BN untuk meracun pemikiran dan bertujuan menakut-nakut rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Negeri Selangor serta tindakan Syabas memaksa Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.

"Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat kepada pemimpin-pemimpin BN," jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau menyatakan, Kerajaan Selangor dengan menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenalpasti beberapa punca air yang telah dirawat dan boleh digunapakai bagi menampung keperluah rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Bagi menampung keperluan air kita akan mengambil air mentah dari bekas-bekas lombong yang banyak terdapat di seluruh negeri Selangor, pengambilan air bawah tanah, rawatan dan penapisan air singai, penggunaan air hujan dan juga air mentah dari takungan air hujan.

"Malah kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber air tersebut untuk menampung keperluan harian rakyat Selangor," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, cadangan ini merupakan alternatif yang lebih bermanafaat dan menjimatkan daripada projek pembangunan infrastruktur pemindahan air dari Pahang yang menelan belanja berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagu merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Negeri Selangor.

"Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.

"Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," sambungnya lagi.

Lantaran itu, kerajaan negeri bertegas untuk terus meneruskan tadbir isu bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manafaat pemberian 20 meter padu air percuma.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment