Skandal NFC: Dakwa Mereka, Bukan Sekadar Pulangkan RM250 Juta
PETALING JAYA: Membayar balik wang pinjaman berjumlah RM250 juta tidak sama sekali bermakna melepaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) daripada dipertanggungjawabkan ke atas krisis yang melanda projek ternakan lembu fidlot itu.
Sebaliknya, mereka yang terbabit dengan kes tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman jika terbukti wujudnya sebarang bentuk penyelewengan ke atas dana yang diberikannya itu.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, adalah tidak wajar melepaskan mereka yang didapati bertanggungjawab ke atas projek itu hanya kerana mereka telah membayar balik pinjaman berkenaan.
"Bayar balik memang perlu tapi kalau kesalahan telah dilakukan kita tak boleh membebaskan pelaku-pelakunya," kata beliau.
Zuraida berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) itu.
Mohamed Nazri, pada Ahad, telah dipetik menyeru keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik wang dana RM250 juta yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk projek PFN.
Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang juga kurang bersetuju apabila Mohamed Nazri berkata bahawa Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan apabila telah mengembalikan wang kepada kerajaan.
"Saya tak setuju sepenuhnya. Satu 'bahagian' saja dia betul dan saya setuju - bahagian bayar balik RM250 juta," katanya Zuraida.
"(Kenyataan) Bayar balik duit seolah-olah membebaskan mereka yang terlibat dan menutup kesalahan," katanya.
Isu berkaitan PFN itu menjadi hangat ekoran daripada laporan audit negara mengenai status projek itu dan disusuli dengan dakwaan pembangkang bahawa berlakunya penyelewengan dana PFN yang disalurkan melalui penerajunya iaitu NFCorp dengan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang dan juga Singapura. -mstar
Bayar balik untuk tutup skandal NFC
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan National Feedlot Corporation (NFC).
"Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.
"Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," tegasnya.
Mahfuz menyatakan pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.
"Nazri perlu peka dan jangan jadikan perkara tersebut satu benda yang remeh kerana penyelewengan dalam NFC melibatkan jumlah yang besar, apatah lagi kelemahan telah berlaku dari peringkat jawatankuasa itu lagi.
"Malah tindakan Nazri itu adalah umpama ingin melindungi seseorang, yang mana pada waktu ini kita hanya ketahui Shahrizat sahaja yang terlibat dan saya yakin masih ramai lagi yang terlibat, perkara tersebut kita perlu dedahkan," sambungnya lagi.
Dalam kenyataannya, Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang diberikan kepada syarikat keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.
Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," Sinar Harian memetik Nazri berkata.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak agar minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan NFC bertarikh 23 November 2011 diserahkan kepada Ahli Parlimen sebelum sesi parlimen tahun ini ataupun didedahkan kepada umum.
Ini, katanya kerana di dalam minit mesyuarat tersebut terdapat laporan daripada kementerian terbabit berhubung NFC.
"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap Ahli Parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.
"Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini.
Jelasnya lagi, pendedahan laporan tersebut amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui walaupun melibatkan seorang menteri.
Malah beliau turut memberitahu, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.
"Saya ingin beritahu untuk perlaksanaan projek NFC ini terdapat empat jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Pertanian (MOA), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kerajaan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan NFC.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memantau setiap perjalanan projek tersebut malah peruntukan sebanyak RM250 juta itu juga perlu disalurkan mengikut peringkat projek bukannya secara terus iaitu RM250 juta.
"Tetapi sebaliknya berlaku yang mana peruntuk dibayar sepenuhnya dan apa peranan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut kalau ia ditubuhkan untuk memantau perjalanan projek bagi tujuan menyalurkan peruntukan," kata Naib Presiden PAS itu lagi.
Mahfuz turut menyatakan isu NFC akan menjadi tajuk perbahasan pasa sesi parlimen kali ini dan desakan akan terus dilakukan sehinggalah kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan skandal NFC. -HD
comments:
"Bayar Balik RM250 Juta Kepada Kerajaan" - Kata Nazri Kepada Shahrizat
KUALA KANGSAR Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
"Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya.
Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.
"Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH
comments:
- Anonymous said...
-
Yeeaah, aku bab ni aku sokong dengan Nazri. Memang patut ramai lagi pemimpin yang cakap macam Nazri malah lebih ganas lagi, lagi baik. So apa lagi Kak Jat, bayag balik, selesai abis cite. Komen Kak Jat ? Tanya balik Nazri, hang sapa ? Presiden pun tak kalut....
- non said...
-
soal nak d jalankan secara terbuka atau tertutup soal letak jawatan atau tidak itu belakang kira ,pokok nya peminpin umno dah mula menerima ada nya penyelewengan dalm NFC dan bukan nya PR yg mereka cerita atau fitnah sebagaimana yg d gembar gemburkan olih bloger2 pro umno,
- faizal hashim said...
-
kak jat....bayar balik..
- Anonymous said...
-
spin nak tolong kawan ka apa.bagus la kalau nak pulang.tp hukuman yang setimpal perlu bagi yang menyeleweng.kalau kak ijat dapati besalah..rasakan la dalam jel..emmm
- Anonymous said...
-
P + I
- Anonymous said...
-
Dari jauh...
Lebih molek adakan dulu RCI (Royal Commission Inquiry). Biar SEMUA yang terlibat dikenali oleh rakyat. Kemudian baru HUKUMAN ARAHAN BAYAR BALIK perlu di buat. Mana tau...kot-kot Menteri2 lain juga terlibat sama. Bila DITUNTUT bayaran balik, DIA ORANG PAKAT SAMA-SAMA UNTUK MEMBANTU BAYAR BALIK.Yang jadi "LEMBU HITAM" hanya Menteri Pembangunan KELUARGA seorang je diketahui rakyat... - mariampan said...
-
Anon 0215 : masuk jel ka nanti itu Kak Jat itu sama anak Toyo juga sama-sama bikin parti baru aaa kasi lambang itu besi sel .......... manyak lucu la deii.
- Anonymous said...
-
Satu kenyataan oleh seorang menteri yang menggambarkan betapa 'haprak'-nya pengurusan wang negara oleh UMNO/BN. Seolah-olah wang RM250 juta macam beri pinjam tunai kepada seseorang macam RM2.50 sahaja. Selok poket, ambil dan kasi. Lepas tu caloo...
Satu bukti jelas UMNO/BN memang tidak bertanggungjawab dan tidak berasa apa-apa salah yang berat dengan 'hangusnya' sejumlah besar wang negara itu.
Jangan terbangang berkali-kali apabila terus mengundi BN dalam setiap PRU. - Anonymous said...
-
semua PEMIMPIN POLITIK UMNO hikpokrit, "i help you, you help me" untuk memcuri WANG CUKAI RAKYAT dengan cara mudah.
Penindasan dan penipuan terhadap RAKYAT akan berterusan selagi PEMIMPIN POLITIK UMNO diberi kuasa memerintah NEGARA,JANGAN PECAYA PADA UMNO.
dari: PENGUNDI ATAS PAGAR. - puspawangi said...
-
sorilah nazri..dah terlambat..ni bukan soal pulang duit dan buka tender..ini soal salah guna kuasa dan salah guna wang rakyat..kalau pulangkan pun, salah tetap salah..ini bukan hutang 25sen..
- menteri penipu said...
-
eleh...saja nk mengelabui mata rakyat la tu terutama org2 kampung..kalau jual semua harta yg dibeli dgn duit NFC pun kak jat yg masih untung...reputation dpt balik + still bleh pegang jawatan yg rakyat bayar gajinya + still berkuasa di malaysia + duit dia sesen pon x payah kluar(pulang duit nfc jer)
klau jual kondo2 tu semua mestilah rumah dh naik harga...habis keuntungan jual kondo2 tu msk poket famili shahrizat ker???aku x nampak apa hukuman yg shahrizat dpt drpda jenayah yg dilakukan...
jgn lah terperanngkap dgn cadangan bodoh Nazri ni..saja nk membodohkan orang jer..zaman sekarang ni menteri ramai yg lagi bodoh drpada rakyat.. - Anonymous said...
-
lepas nie..aku nak mencuri,merompak...kalau ditangkap polis..aku nak bayar balik pada empunya diri...blh tak nazri lembu?
- Anonymous said...
-
kak nfc muka tebal perempuan jat lembu ni betul betul meluatlaaaaa jika lihat dan pandang muka hitam dia niiii....woi!!! bayar balik wang 250juta kepunyaan rakyat MALAYSIA semua balik dan kau nfc lembu kondo ni boleh pinjam kot fat mama nanti....ok?
- Anonymous said...
-
Mmg sah lah kak jat singsing lengan with family kaput duit NFC. jwpn kak jat nnti ialah MANA ADA DUIT LAGI. SUME ADA BELANJA. Klu dia rasa betul bayar je la.
- Anonymous said...
-
Kau orang tahu kenapa si Muhyiddin Yasin tak mahu mewujudkan Suruhanjaya DiRaja???
Kerana diri dia sendiri yang terlibat meluluskan pinjaman itu. Itu lah alasannya.
Mau melarikan diri dpd kesalahan.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


NAMPAK MACAM GENG GEROMBOLAN NAK 'BAILOUT' MACAM SELALU MAMAK KUTTY BUAT DOLU-DOLU HAA !
untuk apa dipulangkan?
tindakan ini same mencuri...
pecah amanah...
kalau dulu juruwang pecah amanah yang jauh lebih kecil nilainya dipenjara..mengapa tidak si ibu lembu ini...???
Movie Angry Sharizat bakal dikeluarkan...Burung-burung akan digantikan dengan lembu-lembu...dan rumah batu dalam angry bird akan digantikan dengan kondo-kondo serta 'binatang hijau hidung tinggi' adalah 'si ibu lembu itu'...nantikan kedatangannya...