Thursday, February 2, 2012

RG2011... Fw: Tipu RM1.755 Juta Cepat Dakwa, Tipu RM250 Juta Diam

 

 
 
----- Original Message -----

Isu NFC: Tipu RM1.755 Juta Cepat Mahu Di Dakwa, Tapi Bila Tipu RM250 Juta Diam Membisu Sahaja !

PDO

KUALA LUMPUR 31 Jan - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta. Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau. Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi. Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan.

 

Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas. Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas. Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Shamsulbahrin diwakili oleh Zarina Ismail.

[Memang sungguh memusykilkan bila kita melihat isu NFC ini. Bayangkan, isu lain yang dihebohkan tiba-tiba isu lain pula yang mahu dibawa ke mahkamah. Mana pegi persoalan pokok RM250 juta peruntukan kerajaan kepada syarikat milik keluarga Sharizat Jalil untuk projek lembu itu?. Mana pergi isu beli kondominium dan buka restoran mewah yang diperkatakan itu. Kenapa keluarga Shahrizat tidak didakwa sedangkan isu dibongkar menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya oleh pembangkang ketika itu. Tiba-tiba isu wang RM1.755 juta pula yang cuba dihebohkan. Persoalannya, kenapa suami Shahrizat begitu bodoh boleh ditipu atau beliau memang layak untuk ditipu kerana dia telah awal-awal agi menipu rakyat Malaysia. Maka itu, kita wajar melihat isu ini dari kontek sebenar dan bukannya isu RM1.755 juta ini. Rakyat harus bijak menilai dan tidak wajar berdiam diri dengan isu ini. Jangan biarkan mereka sewenannya merompak wang rakyat sesuka hati lagi. Nyahkan mereka pada PRU-13 ini].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment