Friday, February 3, 2012

RG2011... Mereka cuba mencabar perlembagaan persekutuan negara.

 

DAP Akan Buang Kakitangan Awam Bila Perintah Malaysia

Sinchew Daily News, mukasurat 9, 1 November 2011.

Sejumlah 1.2 juta kakitangan awam baru sahaja mendapat khabar gembira melalui kerajaan Barisan Nasional yang memutuskan untuk mengadakan semula pelarasan gaji yang lebih baik antara 7 hingga 13 peratus dalam Belanjawan 2012. Kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 setahun mengikut gred. Namun langkah baik yang dibentangkan oleh Barisan Nasional tidak mahu diteruskan oleh pihak pembangkang jika mereka berpeluang menjadi kerajaan. Satu harapan yang tidak baik untuk kelangsungan pembangunan negara.

Tony Pua (Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara) telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan agenda sebenar DAP di negara ini. Kenyataan Tony Pua tersebut dikeluarkan dalam seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bajet 2012", program yang dianjurkan oleh Pemuda DAP Johor. Tony Pua mencadangkan untuk memecat kakitangan awam. Kalau pecat, siapa pula akan mengisi kekosongan terbabit?

Tony Pua menyatakan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat maka satu projek yang dinamakan sebagai "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" akan dilaksanakan untuk mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat peringkat setiap tahun. Tujuan utama Tony Pua mencadangkan sedemikian adalah kerana untuk mengurangkan perbelanjaan katanya. Penyelesaian untuk kurang belanja adalah membuang orang. Ini pilihan penyelesian mudah kerajaan pakatan pembangkang.

Bila kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tony Pua, maka jelaslah bahawa agenda dalam Buku Jingga yang cuba dibawakan oleh pakatan pembangkang adalah satu agenda yang hanya sekadar janji kosong semata-mata. Mana tidaknya, jika kakitangan awam hendak dibuang, maka golongan guru adalah yang paling banyak akan terjejas. Di Malaysia terdapat 405,716 guru yang mengajar di 9,943 sekolah bagi manfaat 5,407,865 orang meliputi murid sekolah rendah, prapersekolahan dan menengah.

Pembangkang berjanji dalam perkara 4 Buku Jingga iaitu "Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap orang". Berjanji dalam Buku Jingga hendak naik imbuhan, namun berjanji pula dalam program DAP hendak berhentikan kakitangan awam. Guru-guru baru dijanjikan dengan pelarasan gaji oleh kerajaan Barisan Nasional bakal mendapat bencana jika mengundi memilih pakatan pembangkang untuk kuasai negara ini.

Kenyataan Tony Pua ini juga sebenarnya telah mencabar Perkara 153 yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jawatan dalam perkhidmatan awam sudah direzabkan untuk diberikan kepada orang-orang Melayu dan bumiputra Sabah serta Sarawak. Persoalan tentang sebanyak mana yang harus dikhaskan kepada orang Melayu dan bumiputra, Perlembagaan menyebut bahawa jumlahnya ialah 'suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di Pertuan Agong'.

Walaupun jumlah ini tidak dijelaskan, tetapi amalan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam yang dilakukan di Malaysia adalah mengikut nisbah 1:4. Setiap seorang bukan Melayu yang diambil ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, maka empat tempat lagi dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputra. Jika Tony Pua hendak mengurang kakitangan awam, maka siapa yang paling ramai akan dibuang? Satu persatu hak dan kedudukan orang Melayu cuba dicabut keluar oleh DAP. Paling baru hendak membuang kakitangan awam. Kenyataan Tony Pua ini juga menjelaskan bahawa DAP memang berhasrat ingin memerintah negara ini, bukannya PKR atau PAS.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment