Sunday, February 12, 2012
Seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika beliau transit di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke New Zealand.
Menurut Menteri Dalam Negeri penahanan itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi. Lelaki itu cuba melarikan diri kerana menjadi buruan pihak berkuasa Arab Saudi akibat dari perbuatannya menghina Nabi Muhammad SAW. Kenyataan daripada KDN boleh dibaca di sini.
Di Malaysia pula sejak beberapa tahun lepas ada sejenis penyakit baru yang mana virusnya dibawa oleh parti-parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Penyakit hak asasi manusia.
Nak keluar masuk agama apa pun boleh kerana itu hak asasi manusia.
Nak lakukan seks rambang atau seks sejenis pun boleh kerana itu hak asasi manusia.
Nak nikah sama sejenis pun boleh kerana itu hak asasi manusia.
Polis tak boleh tembak mati penjenayah atau perompak kerana melanggar hak asasi manusia serta macam-macam lagi kesalahan atau kegiatan mungkar yang dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, semuanya atas nama hak asasi manusia.
Begitu dalam kes lelaki Arab Saudi yang menghina Junjungan Mulia umat islam. Tiga orang manusia laknat telah mempertahankan lelaki tersebut dan mencari jalan bagi menghalang lelaki itu dihantar pulang ke negaranya.
Mereka ialah Christoph Wilcke dari Human Rights Watch dan aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.
Itu masih boleh tahan lagi kerana dua orang itu bukan beragama islam. Yang paling malangnya apabila seorang peguam wanita yang bertudung litup, yang beragama islam yang juga ahli PKR turut menjadi penghalang kepada usaha untuk menghantar balik lelaki berkenaan ke negaranya.
Usaha terakhir peguam halang wartawan diusir gagal
Malaysiakini 4:00PM Feb 12, 2012
Aktivis hak asasi manusia hari ini gagal dalam usaha mereka untuk menghalang pihak berkuasa di negara ini daripada mengusir pulang wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari ke negaranya dan berkemungkinan menghadapi hukuman mati berhubung apa yang ditulisnya di Twitter.
Awal hari ini, peguam dan aktivis berkenaan berkejar ke Lapangan Terbang Subang setelah Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan perintah interim bagi menghentikan pengusiran itu.
Setelah dimaklumkan bahawa wartawan Arab Saudi itu tidak berada di Subang, mereka berkejar pula ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun usaha mereka sudah terlambat.
Menurut tweetnya, peguam Fadiah Nadwa Fikri (kiri) berkata Hamza dihantar pulang pada jam 10 pagi ini dengan sebuah pesawat Arab Saudi sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Dalam satu lagi tweet kemudian, Fadiah berkata pegawai imigresen KLIA memaklumkan kepadanya bahawa Hamza diusir tanpa butirannya dicatatkan.
Agensi berita AFP sebelum ini, yang memetik sumber kerajaan, melaporkan bahawa Hamza telah pun dihantar pulang dan kini dalam kawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.
Di Arab Saudi mereka telah memutuskan lelaki yang menghina Nabi itu sebagai murtad. Jadi bagaimana pula dengan orang islam yang mempertahankan orang yang menghina Nabi ?
Dibawah ini adalah video ucapan Fadiah Nadwa Fikri dalam kongres PKR
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gNOEloRI4b0
Tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah mengambil langkah yang tepat dengan menghantar lelaki itu pulang ke negara asalnya seperti yang diminta oleh kerajaan mereka.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment