Friday, February 3, 2012

RG2011... Pengumuman Dividen Tabung Haji 2011. Lebih Baik Daripada Tahun 2010!!

 


Pengumuman Dividen Tabung Haji 2011. Lebih Baik Daripada Tahun 2010!!
by Staff Berita Semasa on February 3, 2012
 
 
Alhamdulillah, pemberian dividen Tabung Haji 2011 sebanyak 6% yang baru sahaja diumumkan dan dilihat ada peningkatan berbanding tahun  sebelumnya. Tahniah kepada Tabung Haji dan yang bagusnya ia sudah pun ditolak dengan zakat simpanan. 
 
PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus kepada pendeposit sebanyak enam peratus bagi 2011. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengumumkan perkara itu, berkata ia adalah kenaikan 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. (Sumber : Berita Harian)
 
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji umum kadar bonus pendeposit 6.0 peratus bagi 2011, babitkan anggaran pembayaran RM1.67 bilion kepada pendeposit, demikian menurut laporan Bernama. (Sumner :  Bernama)
 
Rekod Pengumuman & Pembayaran Dividen Tabung Haji (1994-2011)
 
Kadar Dividen Tabung Haji (%)
·         1994 – 9.5
·         1995 – 9.5
·         1996 – 9.5
·         1997  - 9.5
·         1998 – 8.0
·         1999 – 8.0
·         2000 – 5.5
·         2001 – 3.25
·         2002 – 3.5
·         2003 – 4.0
·         2004 – 4.3
·         2005 – 4.5
·         2006 – 4.75
·         2007 – 5.0 + 2.0 bonus
·         2008 – 5.0
·         2009 – 5.0
·         2010 – 5.5
·         2011 – 6.0

Dikesempatan ini kami berharap daripada 27,000 kuota jemaah haji yang diberikan kepada Lembaga Tabung Haji berdasarkan (kiraan 0.01% daripada jumlah penduduk daripada setiap negara), kuota untuk muasassah dipertingkatkan :
 
·     Berikanlah kelebihan dan keutamaan kepada golongan yang belum berkesempatan menunaikan haji bagi mengelakkan mereka-mereka terus menunggu yang adakalanya menginjak ke tempoh berbelas tahun lamanya
·         Kurangkan kuota yang diberikan kepada agensi/pakej swasta (di mana, siapa ada duit lebih boleh potong Q).
 
Bagi kami yang ada kesempatan membuat haji banyak kali, alhamdulillah mereka cukup bertuah, sememangnya itu rezeki yang diberikanNya. Tidak ramai yang dapat peluang sebegitu rupa.
 
Walaubagaimanapun, menunaikan fardu haji untuk kali yang kedua dan seterusnya adalah sunat. Jadi adalah lebih elok diberikan lebih keutamaan kepada kelompok yang belum pernah menunaikan haji. Itu lebih baik sebenarnya.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment