Sunday, February 12, 2012

RG2011... ...Sakitnya mati

 




Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana

kita
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana

pula
kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan
mati,
akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan


lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan
Allah.


Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan
oleh
Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang
dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,
maksudnya:
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka
sabda
Baginda:


Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika
kita
ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak,
cuma
sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan

pula
ditetak dengan tiga ratus


tetakan.


Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup,
dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu
menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan
kesakitan
maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu,
untuk
meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka


digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.


Antaranya:-


Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih


Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang
air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang
air
kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris
as
lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan
kemudian
Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi
Idris
as
mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan
teguh
lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul


maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu
juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah


supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan
Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut
bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi
Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan
hidup-hidup,
maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."
Kata
malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya
lakukan
khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku


lakukan terhadap seseorang pun."


Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang

yang
telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata:


"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati
yang
masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba
hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal
dulu."
Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"


Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka
Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan
berdoa
kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan
janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.


Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya
mengira
hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi
putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as:
"Sudah
berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu

maka
belumlah


hilang sakit dari sakaratul maut."


Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan. InsyaAllah





--
 
Your kind understanding upon receipt is much appreciates.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
dance dance dance
"You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you"
 
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment