
Sekarang ni makin ramai orang yang mempunyai akaun facebook. Amende facebook tu? Cinta Mukabuku ke? Pada yang tak tau tu, pi la tanya orang sekeliling. dalam 10 orang mesti ada 9 orang yang tau pasal mende nih. Apa2 pon bukan tu yang aku nak story, kali ni aku nak kongsi fakta tentang facebook yang kita tak tau atau buat2 tak tau. Ok, rollllll....
1) Secara purata, keseluruhan rakan facebook untuk setiap pengguna facebook adalah 130 orang dan perempuan biasanya memiliki lebih sedikit secara purata bilangan teman facebook berbanding lelaki. Walau bagaimana pun, secara puratanya seseorang itu hanya berinteraksi dengan 4 ke 7 orang sahaja secara kerap.
2) 25% pengguna facebook putus hubungan melalui facebook. Survey pada June 2010 mendapati daripada 1000 pengguna (75% lelaki), 25% daripadanya telah ditinggalkan pasangan masing2 melalui pesanan facebook. 21% daripada nya meninggalkan pasangan hanya dengan menukar status kepada single!
3)Facebook tak benarkan gambar penyusuan ibu. Ingat lagi tak kes tu dulu? si ibu yang mengupload gambar sedang menyusu anaknya di ban gambar tersebut sebab "menjolok mata". Err bagaimana pulak gamba sexy berbikini boleh lepas pulak eek?
4) Ia menyumbangkan statistik 1 daripada 5 kes penceraian. Ini berdasarkan kajian oleh American Acedemy of Matrimonial Lawyers.

5) Al Pacino adalah wajah yang digunakan dalam mukadepan interface facebook yang pertama. Diorang letak gambo nih dalam lingkungan tahun 2007, maka kepada yang baru berjinak2 ngan facebook pasti tak dapat menangkap amende yang aku cakap ni.
6) 36% pengguna akan menyemak akaun facebook diorang selepas melakukan hubungan sex. Pada oktober 2009 kajian oleh Retrevo menyatakan 36% pengguna lingkungan bawah 35 tahun akan tweet, sms dan log on facebook selepas melakukan sex.
7) 350 juta pengguna menghadapi penyakit "Facebook Addiction Disorder". Terma ini diperkenalkan oleh ahli psikologi US kepada mereka yang obses dengan facebook sehingga mengganggu aktiviti2 harian yang lain. Gejala2nya adalah seperti produktiviti merosot, perhatian merosot, menyendiri, murung bila tak dapat online.
8) Burger King memberikan burger percuma kepada sesiapa yang "Unfriend" seseorang dalam facebook. Pada Januari 2009, kempen "Whopper Sacrifice" memberikan burger kepada pengguna facebook yang menggunakan "Angry whopper" untuk memadamkan 10 teman secara publik, yang mana teman tersebut akan menerima mesej mengatakan beliau didelete dari kumpulan teman kerana burger percuma!
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
But you are responsible for what you give them to think about you"
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Pengirim article
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment