Sunday, February 5, 2012

RG2011... Stanza@TV9: Kisah-Kisah Usahawan Dah Berjaya

 

Sejak akhir-akhir ini saya suka menonton siri Stanza di TV9. Siri ini menceritakan usahawan-usahawan disekeliling Lembah Kelang yang dah berjaya dengan perniagaan masing-masing. Di akhir post ini ada juga video dari youtube yang boleh ditengok.

Bermula dengan memperkenalkan diri sendiri, Stanza bawa penonton untuk melihat sendiri aktiviti harian usahawan tersebut. Bermula dari pagi dirumah tengah sarapan sehinggalah balik kerumah balik time makan malam.

Ada diantara mereka yang mempunyai 2, 3, 4 jenis perniagaan pun ada. Ada yang masih muda umur 23, 25 dan meniaga macam-macam. Tak semestinya Melayu yang keluar. Baru-baru ini ada Cina buat bisnes akademi DJ kluar.

Rasa jelous pun ada tengok lifestyle mereka. Masa dalam genggaman dan terasa bebas dengan gerak langkah dalam kuasa untuk memilih. Apa lagi bila tengok yang keluar muda belaka. Baru muda dah meniaga 2 3 benda.

Antara benda yang dapat tahu:-

1- Tahu benda apa yang banyak orang kita meniaga (dan perniagaan apa yang betul-buat duit).

2- Pengalaman sebenar dari orang yang sebenar. Bukan sekadar kisah teori yang biasa dibaca kat blog, forum atau dalam buku.

3- Boleh dapat feel bagaimana meniaga ni, dan apa effect dia kat orang sekeliling.

Tapi, ini yang saya perasan sendiri dan mungkin tak betul. Kebanyakan yang keluar Stanza ni dan yang dah berjaya dengan perniagaan sendiri adalah juga anak orang-orang kaya. Setakat ni takde lagi yang cerita "saya dari keluarga susah dan berusaha keras sehigga tahap kais pagi untuk malam punya" (mungkin ada tapi melepas tak tengok).

Lagi satu, tayang time nak maghrib la pulak!






--
Dicatat Oleh Imran Malik ke H u j a n E m @ s [ X ] di 2/05/2012 05:32:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment