Ini antara yang perlu kita praktiskan utk menghadapi pelbagai masalah@ujian@cubaan dunia akhir zaman ini.Mampu memberi kekuatan dalaman@roh@jiwaSesungguhnya ada satu ketika diwaktu malam itu – waktu yang sgt mustajab doa@hajat.Memang susah nak buat . Tapi kalau Mahu Seribu Daya.Wallahua'lam bissawab.
| Solat Tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya |
| tengah malam atau lewat tengah malam. Solat Tahajjud juga dikenali juga |
| sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para|
| pemimpin Islam kerana Rasulullah salallahualaihi wasallam dan para |
| Sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka sebagai |
| ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang |
| menggalakkan umat Islam mengerjakan solat Tahajjud sebagai ibadah |
| tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi |
| salallahualaihi wasalam mengenai perkara ini. |
| |
| Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara 6 hingga 8 jam |
| sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr |
| Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England |
| University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu |
| tidur malam selama 3 jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua |
| bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur|
| lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana|
| tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur |
| yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis |
| Barat ialah selam 3 jam. |
| |
| Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana |
| kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika |
| tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba |
| lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. |
| Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian |
| jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut |
| kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula |
| sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita |
| akan menurun. |
| |
| Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita |
| melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah salallahualaihi |
| wasallam telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan |
| doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti : |
| |
| 1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika |
| kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk |
| dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula. |
| |
| 2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur. |
| |
| 3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan |
| lain-lain kotoran. |
| |
| 4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur. |
| |
| 5. Kurangkan masa tidur dari 8 jam sehari kepada 7 jam sehari untuk bulan|
| pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada 6 jam|
| sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada 5 jam sehingga kita boleh |
| tidur untuk masa 3 jam sahaja. |
| |
| Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu |
| diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi |
| pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari |
| tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. |
| Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong |
| dari Kolej Perubatan Lioning. |
| |
| Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga |
| kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam al |
| Quran yang bermaksud: "… Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di |
| dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa |
| yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia |
| adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di |
| waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada |
| Allah…"- ( Surah az Zariat ayat 15-18 ) |
| |
| Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan |
| mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya |
| apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab: "…The woods are lovely, |
| dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I |
| sleep…" |
| Maksudnya: Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai |
| temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur. |
| |
| "…The heights by great men reached and kept were not attained by sudden |
| fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the |
| night…" - Longfellow |
| |
| Maksudnya: Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak |
| didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam |
| pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. |
| |
| Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai |
| kejayaan dalam hidup mereka. |
| |
| Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat Tahajjud. Apakah kebaikan|
| dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat Tahajjud |
| sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran |
| logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan |
| kebaikan. Solat Tahajjud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita |
| untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha|
| Mengetahui. |
| |
| Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang |
| wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit |
| matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah |
| menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen |
| dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan |
| manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit |
| dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada |
| waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur |
| lewat tidat merasa nikmat oksigen ini. |
| |
| Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat |
| kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah |
| membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta |
| menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan |
| membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung |
| mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan |
| ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang |
| pinggul. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di |
| atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan |
| otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan |
| persendian yang kita gerakkan. |
| |
| Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi|
| dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita |
| telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , |
| bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain |
| otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama |
| duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini|
| menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan |
| lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher |
| tengkuk dan lain-lain. |
| |
| Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan |
| oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu |
| akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat Tahajjud juga boleh |
| menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak|
| tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Dalam buku bahasa Arab darjah 6 |
| keluaran JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ada satu bidalan yang ingin |
| penulis sebutkan; |
| |
| |
| |
| [ Siapa yang ingin menuntut kemuliaan hendaklah dia berjaga malam ] |
| |
| wallahua'lam |
| |
| |
|
Your kind understanding upon receipt is much appreciates.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
ஜ
ஜ
"You are not responsible for what people think about you. But you are responsible for what you give them to think about you"
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article
Pengirim article
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment