Saturday, July 14, 2012

RG2011... Dah READY ke nak kahwin?

 

 
Bila tiba musim raya, musim keramaian, musim kenduri… yang akan berkahwin tu sure happy je la kan. Alhamdulillah, semoga berkekalan hingga ke akhir masa. Tapi bagi yang tak kahwin-kahwin tu? Adoi… kesiannnn…
 
Bagi girls lah yang selalunya akan lebih terasa tension dan tertekan akibat soalan dan pertanyaan bertubi-tubi sepanjang 'Musim Raya+kahwin" ni kan…tapi kan, you all ni yang asyik memikirkan tentang nak kahwin… asyik bercakap pasal nak kahwin, "Nak kahwin…nak kahwin… let me ask you, dah betul-betul ready ke nak kahwin?" Jangan hanya mulut kata ready tetapi hati, jiwa dan diri masih tak tahu, tak yakin… macamana nak kahwin cam tu beb?
 
Let me ask you MORE :-
 
·         Adakah anda sudah sedia untuk memasak sedap-sedap setiap hari kepada suami anda? – Ooo…nak cari pasangan yang tak kisah isteri pandai/boleh masak ke tak. I tell you, lelaki sekejap je tak kisah, sekejap je boleh la makan luar… Tapi, takkan nak makan nasi bungkus je beb, takkan nak makan luar setiap masa… sampai suatu masa, mesti nak isteri dia masak. Sebab, dia rindukan masakan mak dia… so, boleh masak?
 
·         Adakah anda sudah sedia untuk meninggalkan kehidupan sosial anda? -  Tidak boleh serapat mana berkawan dengan lelaki lain lagi, tidak boleh senang-senang keluar rumah lagi, tidak boleh balik jauh-jauh malam. Tidak boleh sangat minta tolong dengan kawan-kawan lelaki. Semua ni jika anda lakukan jugak setelah kahwin… well, maybe you kahwin dengan suami yang sporting dan tak jealous… tetapi ALL that akan membuat dia merasa tercabar!
 
·         Adakah anda sedia meletakkan suami lebih dari semua orang? –Bukan kawan anda, bukan saudara mara anda, bukan kawan-kawan anda, BUKAN semua orang! Semuanya untuk suami anda, nak buat apa, nak pergi mana, nak makan apa, apa-apa sahaja… MESTI rujuk pada suami, boleh?
 
·         Adakah anda ready to be a real housewife? – Walaupun anda seorang Career Woman, pagi-pagi nak kena pergi kerja. Kena siapkan kerja yang bertimbun… bila anda balik rumah, you're NOT a career woman anymore, adakah anda ready to face that? You kena kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, gosok baju suami, Kalau jumpa suami yang sanggup buat kerja rumah sama-sama, okaylah. Tapi kalau yang malas, amacam? Very rare suami tolong isteri buat kerja rumah beb…
 
·         Adakah anda sedia untuk menghadapi ibu mertua mu? – Ibu mertua yang akan sentiasa meletakkan anda dalam kategori TAK PANDAI jaga anak dia seperti dia menjaga anaknya sekian lama?  Masakan tak sesedap masakan yang dia masak, bersih tidak sebersih dia. Walau bergunung usaha anda namun satu pun tidak dianggap baik oleh ibu mertua anda, kerana bagi dia, anda telah mencuri anak lelakinya dari dia beb hehehe… sampai bila-bila pun dia akan menyimpan dendam. Cam? Ready nak kahwin?
 
Adakah anda betul-betul ready untuk berbagai-bagai perubahan dan kehidupan lain lagi?
 
Bukan ingin menakutkan you all…tetapi Cuma mahu memberi gambaran sebenar. Jika you all betul-betul ready well tentu saja boleh berkahwin la kan. TAPI kalau sekadar nak kahwin,kerana semua orang dah kahwin… tetapi belum betul-betul ready lagi… ada lebih baik jangan berkahwin dulu, takut nanti belum apa-apa dah bercerai. Kerana kita sendiri pun selalu sangat melihat pasangan  yang hanya berkahwin beberapa bulan BAMM!! Bercerai!
 
PENTING : Ignore je soalan-soalan bodoh dan menyakitkan jiwa bila pulang ke kampung nanti. Tak perlu jawab, dan tak perlu fikir apa nak jawab… BE SILENT! IGNORE… lagi menyenangkan hati. Kalau boleh get away daripada orang-orang sebegini… kerana mereka sebenarnya AMAT MEMBOSANKAN!
All the best!
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment