Sunday, July 1, 2012

RG2011... Fw: Pelakon Osman Kering Meninggal Dunia

 



 

Al-Fatihah: Pelawak "Osman Kering" Meninggal Dunia Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

PDO
 
 
PETALING JAYA, 29 Jun - Pelakon dan pelawak Osman Kering (foto),58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.
 
Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia."Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua," katanya. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini.
 
Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama. Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu.

 

Pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.

 
Osman Kering
 
 
Twitter Zed Zaidi
 
SHAH ALAM - Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.

Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru.

Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.

Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

AL FATIHAH

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment