Sunday, July 1, 2012

RG2011... Fw: ‘Wanita’ Timbalan Presiden M =?UTF-8?Q?ESIR=3F_ ?=

 



 

Dr Mursi, Presiden Mesir Yang Digeruni Israel

 
Biodata Pof Dr. Muhammad Mursi

Dr. Muhammad Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah Al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah Al-Quran.

Di dalam dunia pendidikan Dr. Mursi telah melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperolehi Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dan memperolehi Sarjana Kedoktoran, memperolehinya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
--------------------------------------------------------------------------
Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan beliau turut terlibat ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen untuk tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak,namun setelah keluar keputusan yang tidak berpihak kepadanya, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah beliau mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
---------------------------------------------------------------------------
Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi merupakan di antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan dihadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang seperti dirinya.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau sering ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006, beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan akibatnya beliau telah diheret ke dalam jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi 28 Januari 2011 yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab) supaya beliau tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Sebagai satu pengiktirafan karier politik perjuangannya selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin telah memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin juga memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang beliau berdakwah, bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian Hassan Al Banna menyaksikan pejuang Islam ini telah dilayan dengan keji oleh pemerintah, disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Hari ini tokoh pejuang Ikhwanul Muslimin, Dr. Muhammad Mursi telah dinobatkan sebagai Presiden Mesir yang baru menggantikan Hosni Mubarak yang telah digulingkan atas suara-suara akar umbi Dataran Tahrir yang telah menyalakan api perjuangan demi sebuah pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat Mesir sendiri.

Kini di pundak Dr Mursi tergalas segala keringat dan air mata malah percikan darah juga menjadi saksi revolusi yang dicetuskan oleh rakyat untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan untuk melakukan perubahan seterusnya mengangkat martabat Islamiah. -locengwangsa

Peristiwa Hebat di Medan Tahrir

Ucapan Presiden : Dr. Muhammad Mursi

"Aku sangat yakin dengan kelebihan (kurniaan) Allah, kemudian aku yakin dengan kamu samua. Aku tidak takut melainkan kepada Allah, setelah itu aku bekerja untuk kamu dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, aku datang pada hari ini untuk bertemu rakyat Mesir setelaha aku mendapat kepercayaan dan dipertanggungjawabkan dengan amanah. Aku datang untuk memperbaharui janji dengan kamu semua.

Aku ingatkan kamu semua, bahawa kamulah tujuan yang menjadi tempat untuk aku mulakan segalanya, setelah pertolongan Allah yang menyokongnya. Adakah kamu sudah bersedia? Adakah kamu bersama aku sehingga akhir bagi mendapatkan kembali hak-hak kita dan hak-hak kamu? Ini segalanya adalah kehendak kamu , setelah ia juga merupakan kehendak Allah.

*(Ketika berucap beliau membuka kodnya menandakan dia tidak memakai baju kalis peluru)


sumber: fb




comments:

:

Amuraria said...

ALLAHU AKHBAR,KEMUNCULAN PARA PEMBELA AGAMA ALLAH DIAKHIR ZAMAN ,MASA MENENTUKAN PULA UNTUK KITA DI MALAYSIA KERANA KITA PUN TIDAK KURANG DENGAN SIFAT MOBARAK ,ABU !

Anonymous said...

Pemimpin Islam yamg hakiki tidak takut dengan kematian. Ini adalah kerana mereka yakin bahawa mati syahid adalah merupakan matlamat akhir daripada perjuangan mereka. Berbeza dengan pemimpin-pemimpin Islam yang tidak berjuang atas dasar Islam, mereka takut akan kematian. Adakalanya mereka takut berhadapan dengan rakyat secara terbuka kerana penyelewengan-penyelewengan yang telah mereka lakukan.

Anonymous said...

Semuga perjuangan ISLAM terus disemarakkan di bumi Allah ini KHASNYA di MALAYSIA.

 

UMNO Tidak Selesa Kerana Mursi Jadi Presiden Mesir?

selatanonline

Blog Ibn75.wordpress.com

 

MERSING – Kemenangan calon Ikhwan Muslimin, Mohammed Mursi yang diisytiharkan sebagai Presiden Mesir, selepas menguasai 51.73 peratus undi mendahului lawannya yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan meraih undi 48.27 peratus undi didakwa menyebabkan pemimpin UMNO kurang selesa dengan perkembangan terbaru itu.

Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, hal itu kerana membayangkan bahawa gerakan Islam Mesir itu sealiran dengan PAS dan kemenangan itu mampu memberi kesan yang besar dalam perjalanan politik tanah air.

"Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO semacam tak gembira dengan perkembangan terkini politik Mesir. Dengan kemenangan calon dari kumpulan gerakan Islam sealiran dengan PAS.

"Saya percaya perkembangan ini pastinya memberikan impak dan kesan besar kepada politik negara kita. Imbas kembali sejarah kemerdekaan negara ianya dimulakan oleh kesedaran ulamak-ulamak yang belajar di timur tengah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan yang diumumkan oleh ketua suruhanjaya pilihanraya Mesir, Farouq Sultan berhubung kemenangan Mohammed Mursi sebelum ini.

Farouq dilaporkan berkata, terdapat 50,3 juta pengundi layak dengan 37,000 undi dibatalkan.

Mursi disokong Ikhwan Muslilin yang pernah diharamkan, manakala Ahmed Shafiq adalah Perdana Menteri era rejim Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan.

Berita kemenangan itu, disambut dengan sorakkan daripada penyokong Mursi yang berkumpul do dataran Tahrir sejak awal pagi lagi.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu, namun ditangguhkan

Posted by ibn_bacoks

 

'Wanita' Timbalan Presiden MESIR?

selatanonline

Blog Ibn75.wordpress.com

SETELAH berlakunya himpunan menggulingkan rejim zalim Hosni Mubarak, sekali lagi Mesir bakal melakarkan kejutannya apabila salah seorang timbalan presidennya adalah wanita.

Perkara ini dinyatakan oleh penasihat dasar kepada Dr Muhammad Morsi, Ahmed Deif dengan katanya, untuk pertama kali dalam sejarah Mesir, wanita akan diberi kepercayaan untuk bersama presiden baru menerajui negara tersebut.

"Wanita yang dilantik untuk memegang jawatan timbalan beliau itu tidak hanya mewakili suara golongan mereka tetapi akan turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada presiden," katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, Morsi sebelum ini pernah melarang penglibatan wanita dalam politik tetapi pendiriannya berubah selepas pillihan raya pusingan kedua pada awal bulan ini.

"Wanita mempunyai hak setaraf dengan lelaki. Jadi, selagi ia tidak melanggar Perlembagaan, tidak perlu wujud jurang antara jantina di negara ini," kata Morsi.

Posted by ibn_bacoks

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment