Foto FB: Keahlian Isa Samad Dalam KPF Tidak Sah
PDO
FGVH: Peneroka Tertipu, Syarikat Yahudi Untung Besar Bersama Isa Samad Serta Proksi-Proksinya !
PDO
Beberapa hari yang lalu (Khamis) kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) melonjak ketika ianya mula didagangkan. Antara yang dilaporkan pihak mereka ialah "Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini" dan "Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran". Dengan kenaikan yang cukup mengejutkan itu, maka ramailah yang berkata kenaikan itu membuktikan apa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad adalah benar belaka.
Mereka menempelak omongan kosong yang dibuat oleh pembangkang terutamanya Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka akan mengalami kerugian akibat penyenaraian FGVH ini nanti. Persoalannya, siapakah yang mendapat untung besar akibat kenaikan saham ini?. Kenyataan kerajaan kononnya para peneroka mendapat manfaat amatlah memusykilkan sama sekali. Ini kerana mereka hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja, sebaliknya pihak lain yang tidak ada aset dengan Felda menikmati ganjaran yang lebih besar sebenarnya.
Di sini kami huraikan satu persatu pihak yang memiliki saham terbesar dalam FGVH malah lebih besar dari apa yang dimiliki oleh peneroka, iaitu Louis Dreyfus (Yahudi) diberi saham 2.5% saham (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan keseluruhan peneroka Felda. Kedua, Tan Sri Isa Samad, selaku Pengerusi Felda beliau memiliki 180,000 unit saham. Begitu juga orang kanannya seperti Datuk Sabri Ahmad (180,000 unit saham), Dr Omar Salim (150,00 unit saham) dan Dr.Emir (150,000 unit saham). Persoalannya, kenapa saham yang dimiliki mereka lebih besar dari jumlah yang diperuntukkan kepada para peneroka sendiri?.
Kita kaya, mungkin itu agaknya yang diperkatakan oleh mereka semua ini
Bukti, Isa Samad yang tak ada seinci pun tanah di Felda dapat saham lebih
besar dari apa yang diperuntukkan kepada para peneroka itu sendiri
[Ini adalah bukti yang terdapat diatas kertas sahaja, bagaimana pun dengan bukti-bukti lain. Malah apa yang memusykilkan kita ialah kenapa syarikat Yahudi (Louis Dreyfus) terbabit diberikan jumlah saham terbesar?. Malah lebih mengejutkan Tan Sri Isa Sama selaku Pengerusi Felda mendapat 180,000 unit saham walau pun beliau tidak memiliki walau seinci pun tanah Felda terbabit. Dalam hal ini, kenapa peneroka menjadi mangsa. Siapa yang mahu diberi kemewahan oleh Felda sebenarnya?. Peneroka atau pun individu yang berkenaan?.
Dengan bukti ini, nampak benar peneroka sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Isa Samad dan juga PM Najib Razak. Mereka sebenarnya berhasrat untuk merompak kekayaan Felda untuk diagih-agihkan sesama kroni mereka. Lantara itulah mereka beriya-iya benar menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku kepada para peneroka dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Jika mereka untung, maka kita turut gembira.
Namun jika saham terbabit merudum maka siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang, sekarang majoritinya merasa tidak ditipu tetapi hakikat sebenarnya mana mungkin saham terbesar diberikan kepada syarikat Yahudi?. Sudah jelas membuktikan bahawa memang ada agenda tersembunyi antara mereka itu sebenarnya].
Saham FGVH 800 unit x 31 sen = rm 248 peneroka kene tipu lagi
pasjementah.blogspot
Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kpd RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (rm5.39-rm5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yg di war2kan.
800 unit x 31 sen = rm 248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yg dinikmati peneroka!
Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampu le peneroka pada Isa dan kroni2nya seperti Sabri Ahmad dpt 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.
Apapun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Warga Felda tidak boleh di perjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya utk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal.
Memetik kata2 Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak; kenapa diketika Johor, Pahang, Tgnu dan negeri2 lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, Amanah Saham Negeri2 jatuh. Sekurang2nya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya
(wawancara dlm program 'In Person' di Astro Awani, siang tadi)
Biarlah orang kata ANAK kolot, tak mau transformasi, tolak kemajuan dll, yg penting kita ada prinsip. Kita bukan mcm Isa n kuncu2nya; yg berdegar2 cakap dgn peneroka, kami tak ada kepentingan apa2...
Tau2 dlm prosfektus FGVH...ratusan ribu unit saham. Itu yg nampak.
Seperti kata pelawak Ibrahim Pendek;....Sape yang kena!!!

—mazlan aliman
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment