Friday, July 6, 2012

RG2011... Fw: Petua Memudahkan Dapat Zuriat

 



Petua Memudahkan Dapat Zuriat

mamakembar3.blogspot
 
Salam dears,
Mama terjumpa petua ni dari blog
Afifah and nak kongsikan di sini.  Ada doa & amalan amalan yang boleh dimanfaat kan oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat

Kalau korang yang dah pernah amalkan tapi masih belum berjaya, terus kan lah.  Benda baik elok tak rugi kalau terus buat kan?  Mana tau dengan berkat usaha tanpa putus asa moga Allah akan makbul kan permintaan kita, InsyaAllah :-)


Doa Memohon Zuriat - amalkan sebagai zikir sepanjang masa:

  
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi'
(Surah Al Anbiya' [21]:89)

 
"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa"
(Surah Ali Imran [3]: 38)

Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan: 

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

(credit to Afifah)

Kita hanya berusaha tapi semuanya terletak pada ketentuan Allah - usaha, tawakal dan redha. Wallahu'alam....

comments:

eMMe said...

terima kasih...InsyaAllah...kite usaha sehingga berjaya...doakan saya kak...heeeee~

Lelord said...

thanks share yek

aNgAh_aLiFaH said...

hai mama. sayee pun penah jmpa petua ni kat sumwhere dlu. tapi tak penah amalkan. insyaAllah lepas ni akan cuba sedaya upaya nak amalkan...

Nad @ MamaZakwan said...

penah buat entry pasal ni jugak..
info kami pinjam dan kongsikan tu diamik dr majalah pama keluaran bulan lepas kot kalu tak silap :)

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

lyeah nak praktikkan tak boleh =.='
hahaa. calon pun takde lagi.
btw, sorry lama tak singgah blog mama ='(

busy dgn assignmentsss. hehee.

kakchik@ella said...

tengs for sharing this Nani. kwn kc dh 2 tahun kawen tak pregnant lagi. nnt kc suh dia refer kat sini eh.

MSS said...

surah maryam/yusuf untuk anak cantik dan bijak kan mama??

Adyshariz said...

thanks for sharing mama

Mama Kembar 3 said...

TO ALL: thanks for your comments. mudah mudahan doa & amalan nih dpt memanfaat kan semua :-)

MSS: yup, surah surah tu elok diamalkan masa mengandung gak

::MRSfie:: said...

harap2 dipermudahkan rezeki anak..

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi sabtu mama kembar 3..
alhamdullilah..berkongsi lagi ilmiah..

moga2 dapatlah rezeki tahun depan..amin

TQ mama

Atiey said...

bagus tips nie...untuk anak kedua insyaAllah akan buat...

Mama Kembar 3 said...

Mrsfie: InsyaAllah

Citarasa Rinduan: Welkam k ayu :-)

Atiey: bagus tu, mana tau ada rezeki kan :-)

Yatie Aab Khan said...

Salam kenal...amalan yg sangat bagus niee...moga2 saya dpt amalkan dan dipermudahkanNya...penantian satu penyeksaan...semoga berhasil :)

AdaNaz87 said...

salam. terima kasih kak. (:

Nur said...

Assalamualaikum..

Insyaallah..Sama- sama kita doakan kejayaan.Amin...

zaren said...

thanks for sharing kak nani n afifah!
insyaAllah sy akn cube amalkan.. doakan sy ye kak.. nie da hampir 3taun tggu baby..tp blom rzeki lg..

 

Tips Membantu Pasangan Untuk Mendapatkan Zuriat

mengandung.com
Ditulis oleh Miey Ahmad

Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil

Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.

Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; "Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

Beberapa Tips Untuk Hamil

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.

 

Ustaz Sharhan - Cara Dapatkan Zuriat

ayucintakamu.blogspot

Dibawah ni adalah petua yang diberikan oleh Ustaz Sharhan untuk mendapatkan zuriat.Aku pointkan ye..

1-Madu Asli dan Telur Ayam Kampung
Lelaki dan perempuan 14 biji seorang.

2.Minum 1 biji 1 hari dan minum dengan cara selang sehari.

3.Sebelum minum baca surah An Nahlu ayat 69,surah Attin dan akhiri dengan Selawat sebanyak 7 kali.

Surah At Tin

Maksudnya: "Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir"
Surah An nahlu

Insyaallah..Salah satu jalan ikhtiar yang mana ikhtiar ini penting dalam kehidupan.
## kalau ada yg berminta nk tahu pasal produk dan kebaikan bidadari..boleh cari saya di fb ya...

semoga kita akan sentiasa berdoa.. kerana ALLAH SWT itu MAHA MENDENGAR....
jgn berputus asa.. kerana ALLAH SWT ITU MAHA MENGASIHANI..
semoga doa kita semua akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT.. cepat atau lambat..kita harus bersabar dan jgn berputus asa.. AMIN..

 
 
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment