Sunday, July 8, 2012

RG2011... Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar

 

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar

Selepas ini bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dinikahkan dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak. Acara akad nikah berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang.

Ella dimajlis pernikahannya

 

Pelamin pernikahan Ella

 

Dekorasi majlis pernikahan Ella

 Dalam majlis pernikahan Ella, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.

update.
Majlis pernikahan tergendala akibat blackout. Ella masih menanti dengan penuh debaran.
Ella akan bertunang dulu sebelum akad nikah

 

 

 

Ella akan bertunang dulu sebelum nikah

 

Pengantin lelaki-Azhar bersiap sedia untuk nikah

Syukur. Ella selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 10.30 mlm

Ella dan Azhar untuk upacara menyarungkan cincin

 

Ella dan Azhar selamat menjadi suami isteri

 

Ella terima ciuman manja dari suami-Azhar

Update
Setelah bertahun-tahun lamanya peminat menanti, akhirnya Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30, dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin, menjadi wali.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini diadakan di rumah keluarga Ella di Telok Gadong, Klang, kira-kira pukul 10.35 malam tadi.

Majlis yang dibuat dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember ini.

Ella dikatakan sudah mengenali Azhar semenjak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.

 

p/s: Smoga berbahagia ke anak cucu.. J

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment