Sunday, July 8, 2012

RG2011... RE: [MalaysiaNews] Nik Aziz Pembela Bangsa!

 

Kemiskinan: Kelantan jauh lebih baik daripada Sabah (Oleh: Azrul Azwar)

Menurut hasil kajian World Bank’s 2010 Malaysia Economic Monitor, paling ramai rakyat miskin di Sabah boleh ditemui di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan etnik Rungus di Utara, Orang Sungai di Timur dan etnik Suluk di Timur.

 

Terdapat juga rakyat miskin dalam komuniti lain termasuklah keturunan Tionghua di kawasan bandar. Sabah juga mencatatkan kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia. Dengan saiz isi rumah purata terbesar di Malaysia dari segala segi, sudah pasti kesempitan hidup amat mencabar terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam kategori 40 peratus isi rumah terbawah (40 peratus).

 

Lebih parah lagi, kadar isi rumah di Sabah dalam kategori 40 peratus isi rumah terbawah ditakrif  sebagai mereka yang berpendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan (pendapatan kasar bulanan purata pada 2009 bagi seluruh Malaysia adalah RM4,025 iaitu RM4,705 di bandar dan RM2,545 di luar bandar berbanding bagi golongan 40 peratus isi rumah terbawah sebanyak RM1,440) telah meningkat kepada 11 peratus pada 2009 berbanding 6 peratus pada 1989!

 

Hakikatnya, pada 2009, menurut laporan The Millennium Development Goals at 2010, terbitan hasil kerjasama di antara PBB dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, semua negeri di Malaysia KECUALI Sabah berjaya mencapai satu daripada lapan matlamat pembangunan seperti mana terkandung dalam Millenium Development Goals yang dipersetujui oleh kesemua 193 negara ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk dipenuhi di antara 1990 sehingga selewat-lewatnya 2015, yakni mengurangkan sehingga menjadi separuh kadar kemiskinanan masing-masing.

 
Rakyat Sabah mundur

Malah, masih ramai rakyat Sabah seolah-olah terpinggir daripada arus pembangunan pesat negara dan dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur kerana setelah hampir setengah abad, Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah semasa di luar Barisan Nasional masih gagal menyediakan bekalan elektrik kepada hampir satu pertiga (23 peratus) daripada masyarakat luar bandar Sabah berbanding hanya 0.5 peratus sahaja masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang masih belum menikmati kemudahan elektrik, bekalan air bersih atau air yang telah dirawat kepada hampir separuh (47.7 peratus) daripada masyarakat luar bandar di Sabah.

 

Sedangkan hanya 10 peratus daripada masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa akses kepada air bersih, peluang pekerjaan sesuai pada paras pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup terutamanya bagi warga belia.

 

Jika Malaysia menggunapakai kayu ukur kemiskinan sebagaimana pendekatan yang diambil di negara maju seperti OECD dan Kesatuan Eropah yakni Purata Garis Kemiskinan (PGK) pada paras 50 peratus atau 60 peratus pendapatan isi rumah median yang dianggap oleh banyak pihak berkepentingan sebagai mampu memberi gambaran lebih tepat paras pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan asas supaya mencapai taraf hidup yang memuaskan, nescaya kadar kemiskinan Malaysia khususnya Sabah akan meningkat paling kurang tiga hingga empat kali ganda!

 

Jika diambil kira purata pendapatan kasar isi rumah pada 2009 sebanyak RM3,144 bagi Sabah dan Labuan, PGK pada kadar 60 peratus akan melonjak kepada RM1,886.4 bagi Sabah dan Labuan berbanding RM1,048, sekaligus menjerumuskan lebih ramai lagi rakyat Sabah ke dalam kancah kemiskinan. Jurang antara kaya dan miskin melebar atau ketidaksamaan ekonomi merosot di Sabah dan Labuan di mana pekali Gini telah meningkat kepada 0.453 pada 2009 berbanding 0.450 pada 2007 atau 0.448 pada 1999!
BN penyebab Sabah negeri termiskin

Semua ini jelas mercu tanda kegagalan pentadbiran Barisan Nasional memanfaatkan sebaiknya kekayaan hasil bumi dan pelbagai kelebihan lain yang dimiliki negeri yang terkenal dengan jolokan di Negeri di Bawah Bayu ini. Sebagai antara negeri terkaya di Malaysia dari segi sumber alam semulajadi seperti minyak, gas, balak, hidupan laut serta hasil lautan dan perhutanan asli yang lain di samping kawasan pertanian yang luas dengan kelapa sawit, getah, koko dan komoditi lain serta pelbagai kawasan tarikan pelancong berpotensi tinggi terutamanya bagi segmen pelancongan-eko dan pelancongan-agro, adalah amat tidak wajar dan memalukan bagi Sabah mendapat gelaran negeri termiskin di Malaysia.

 

Malah, tidaklah keterlaluan jika sesetengah pihak menyifatkan kegagalan perancangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan inklusif ini sama seperti ‘jenayah kemanusiaan’ apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik telah melebarkan jurang kaya-miskin, bandar-luar bandar, Bumiputera-bukan Bumiputera, berpendidikan-tidak berpendidikan, antara wilayah atau negeri dan sebagainya bukan sahaja di Sabah malahan di seluruh Malaysia.

 

Kelantan jauh lebih baik

Meskipun pendapatan per kapita negeri Kelantan adalah yang terendah di Malaysia, sudah terang lagi bersuluh bahawa negeri tersebut bukanlah yang termiskin di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana pada paras 4.8 peratus, kadar kemiskinan Kelantan hanyalah yang kelima tertinggi di Malaysia di belakang Sabah, Perlis, Sarawak dan Kedah (mengikut turutan).

 

Oleh kerana terbukti tanpa sebarang keraguan lagi bahawa rakyat Sabahlah yang terpaksa bergelut paling teruk untuk meneruskan kehidupan seharian terutamanya dalam golongan 40 peratus isi rumah terbawah, maka Najib dan rakan-rakannya dinasihatkan supaya mengekang diri daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan sama sekali tidak berasas ataupun menyalahgunakan/menyalahtafsirkan penunjuk ekonomi seumpama ini pada masa hadapan.

 

*Penulis dari Lawyers For Liberty. Artikel ini merupakan bahagian kedua dari 2 siri yang diterbitkan minggu lalu. 

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28723

 

 

From: MalaysiaNews@yahoogroups.com [mailto:MalaysiaNews@yahoogroups.com] On Behalf Of shreddervirtuoso
Sent: Sunday, July 08, 2012 6:16 PM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [MalaysiaNews] Nik Aziz Pembela Bangsa!

 

 

 

Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Rakyat Kelate Di Bawah Regim Nik Aziz Nik Mat #MBMalas - Siri 1

 


Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.

Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.


Tetapi sebaliknya berlaku di Kg. Pulau Gajah, kerana walaupun wakil rakyat mereka berjawatan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun segala kemudahan serta kebajikan mereka nampaknya masih tidak terbela.

Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu GelombangkickAOKPersada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.

Malah yang membuatkan saya lebih terkejut apabila melihat 20 buah rumah yang lain turut berada dalam keadaan yang sama serta dipenuhi sampah-sarap.


Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.

Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini?

Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.

 


Menurut Kak Yam sejak menetap di rumah usang hampir 20 tahun , tiada kelibat Nik Aziz Bin Nik Mat iaitu wakil rakyat ADUN Chempaka merangkap Menteri Besar Kelantan datang menjenguk atau menghulurkan bantuan kepada beliau serta dua anaknya.


Sebaliknya beliau hanya bergantung hidup dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan yang diberikan oleh penghulu yang dilantik oleh BN.  Selain itu Kak Yam juga turut memaklumkan kepada saya bahawa dirinya baru sahaja menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi wang tersebut habis dibelanjakan untuk membayar bil elektrik serta air yang tertunggak bertahun lamanya.

Mendengar keperitan yang dialami saya bertanyakan sama ada beliau merupakan seorang warganegara atau tidak. Soalan tersebut saya ajukan bagi memastikan sama ada Kak Yam adalah warganegara Malaysia dan juga rakyat Kelantan.

Kerana terdapat kes warga selatan Thailand menetap di Kelantan serta hidup berkeluarga. Mendengar soalan yang saya ajukan, Kak Yam terus bangkit menuju ke ruang bilik rumah tersebut lalu menghulurkan kepada saya mykad yang memaparkan butir-butir peribadi dirinya.

Setelah diperiksa, hasilnya saya dapati Kak Yam atau nama sebenarnya Mariam Binti Mat Deris merupakan pengundi berdaftar bagi Parlimen Pengkalan Chepa dan Dun Chempaka.

Malah Kak Yam sendiri turut mengakui bahawa undi beliau sebelum ini hanyalah untuk 'Tok Guru'. Tetapi malangnya kesetiaan Mariam Binti Mat Deris dalam mengundi Nik Aziz Bin Nik Mat telah membuatkan nasibnya tidak terbela oleh wakil rakyat yang dipilihnya sendiri.

Pemimpin PAS dan anak beranak mereka seronok tinggal dalam rumah yang selesa...


Beza Rumah Tok Guru & Rumah Menantu Kesayangan Tok Guru dengan Rumah Rakyat DUN Chempaka

 


Ibu tunggal bersama anak kecil yang juga rakyat Kelantan pula mereka biarkan berhujan dan berpanas di dalam ruang rumah yang usang? Agaknya inilah 'Kerajaan Kebajikan' yang mereka laungan, iaitu hanya kebajikan mereka dan anak beranak sahaja dijaga tetapi rakyat dan pengundinya sendiri dibiarkan terus merempat!

 

Untuk rekod kisah keperitan rakyat Kelantan di Kg. Pulau Gajah pernah dipaparkan dan disiarkan oleh media sebelum ini. Tetapi ianya masih belum cukup untuk membuka mata pemerintahan regim Nik Aziz Bin Nik Mat.


Bersambung...


YY : Nantikan rakaman video dari KCW Crew. Mati esok2 Nik Aziz kena jawab ke dok ni biar rakyat dia merempat?

 

Tido dulu dehh..

 

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment